Mokhtar Petah
Pada 18 dan 19 November 2005, satu Persidangan Penerbitan Biografi Malaysia ’05, anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA, cawangan Sabah, di sebuah hotel terkemuka, di Putrajaya.
Seramai 18 orang penulis, cendekiawan dan sejarawan telah membentangkan kertas kerja masing-msing dalam persidangan itu.
Dalam ‘Sesi: Setatut Dan Peluang Dalam Penerbitan Biografi’, pembentang kertas kerja ialah: Encik Mat Zin Mat Akib dari UiTM cawangan Sabah, ‘Peluang Dalam Penerbitan Biografi di Sabah’, Encik Roosfa Hashim, ‘Penerbit UKM – Status Penerbitan Biografi Malaysia dan aku, ‘Pengalaman Menulis Biografi Sebagai Kegiatan Harian’.
Aku telah diberi penghormatan membentang kertas kerja dalam Sesi:status Dan Peluang Dalam Penerbitan Biografi, bertajuk ‘Pengalaman Menulis Biografi Sebagai Kegiatan Harian’.
POLITIKUS
Dalam ‘Sesi Projek Penerbitan Biografi’, Datuk Abdul Munir Yaacob, ‘Projek Biografi Prof. Ahmad Mohamed Ibrahim: Satu Pengalaman Mengetuai Projek’, Puan Siti Aishah Murad dari Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘Kajian Biografi Pengarang Melayu’, Enci Hasron Haron, Ketua Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM, ‘ Penerbita UKM – Beberapa Ciri Biografi dan Autobiografi Daripada Pengalam Penerbit’ dan Prof. Emeratus Datuk Dr Nik Safiah Karim,’Penghasilan Buku Biografi Tokoh Wanita Malaysia’.
Dalam ‘Sesi Pengalaman Penulisan Dan Penerbitan Biografi I, Sasterawan Negara, Arena Wati, ‘Pengalaman Menerbitkan Enda Gulingku’ dan penyair Zurina Hassan, ‘Pengalam,an Menulis Memoir’.
Wartawan terkenal dan politikus, Said Zahari, telah membentangkan kertas kerjanya ‘Biografi, Memoir dan Sejarah’ dalam ‘Sesi Pengalaman Penulisan Dan Penerbitan Biografi II, Encik Kassim Ahmad, ‘Dari Hikayat Hang Tuah ke Memoir Kassim Ahmad’, Prof.Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, ‘Penulkisan Biografi Ilmiah: Satu Pengalaman’ dan Dr Zahidi Dato’ Hj. Zainol Rashid, ‘Pengalaman Menulis Tiga Buku Biografi Tun Dr Mahathir’.
Dalam ‘Sesi Kepentingan Biografi Dalam Masyarakat’, Prof. Madya Dr. Ding Choo Ming, UKM, ‘Biografi Cina Malaysia Pinggir Aabad 19’, Yang Quee Yee, ‘Memoir Seorang Pengarang Cina Dalam Kesarjanaan Melayu, Selok-belok Pengkajaian dan Perkamusan Bahasa Melayuku’, Dr Nik Anuar Mahmud dari UKM, ‘ Memoir dan Biografi sebagai sumber baru dalam pensejarahan semula Malaysia, Dr. Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya, ‘Filem Biografikal: Tuntutan dalam industri sinema Melayu’ dan Tan Sri Ramon V Navaratnam ‘Pengalaman Penulisan Memoir Pentadbir’.
Di antara kandungan kertas kerjaku, ialah:
‘Penulis buku biografi adalah sama dengan penulis sejarah bangsanya. Kalau tulisan itu lari dari fakta sebenar atau ada tujuan nagatif, makasetiap pembaca buku itu akan menerima pembohongan- nya sebgai seorang warganegara yang terpedaya oleh sang penulis yang tidak memegang amanah.
Anak-anak warganegara ini selepas merdeka yang belajar di sekolah menengah, mereka telah terpedaya oleh buku sejarah pemimpin-pemimpin mereka. Mereka disogokkan dengan pengetahuan sejarah, bahawa pejuang pejuang kemerdekaan tanahair ialah Dato’ Onn jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Tetapi apabila mereka telah melanjutkan pelajaran ke universiti, mereka mendapati ada pejuang lain lagi sebelum Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, iaitu Ibrhaim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmd Boestamam, Shamsiah Fakeh, Mustafa Hussein dan ramai lagi.’
Aku telah mengamati sendiri, bahawa golongan orang Melayu yang menganut keyakinan nasionalisme – nasionalisme kapitalis atau nasionalis acah-acah Islamisme, sama ada mereka berjuang, menjalankan peranan dalam kerajaan dan mengatur kegiatan ekonomi, mereka telah tidak dapat melarikan diri dari ajaran atau pengaruh Inggeris menerusi dasar penjajahan dan Yahudi menerusi kelab-kelab dan perniagaan dan perdagangan.
PERIBADI
Kekadang mereka itu kelihatan seperti lebih dari orang Inggeris dan bersikap keYahudian dengan tidak mereka sedari terpesong dari ajaran agama Islam dan kebudayaan Melayu.
Mereka memandang sesuatu dari Barat (Inggeris dan Yahudi) seperti satu kuasa mukjizat yang mereka mesti amalkan atau patuhi. Dengan demikian mereka kehilangan peribadi sendiri dalam perjuangan mereka untuk membina bangsa sendiri. Contohnya:
( 1 ) Bahasa: Mereka tidak yakin kepada bahasa ibunda atau
bahasa Melayu dapat digunakan dalam semua bidang
kehidupan rakyat jelata. Mereka mendewa-dewakan bahasa
Inggeris dan memaksa massa menggunakan bahasa tersebut
sebagai kuasa penting untuk bangsa mereka.
( 2 ) Tulisan sebagai tunggak dan dasar ilmu dari bahasa Arab dan
agama Islam, telah dihapuskan sehingga semua dari
golongan muda Melayu (Islam) masa kini tidak pandai
menulis tulisan Jawi.
( 3 ) Dengan beralasankan Perlembagaan Negara, mereka seolah-
olah bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk mlemakan
bangsa Melayu dalam semua bidang kehidupan, sehingga
bangsa Melayu menjadi satu kaum sahaja.
( 4 ) Dalam bidang politik orang Melayu sendiri yang berjuang
Untuk mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan mengmalkan
konsep ‘Negara Islam’ telah menjalankan langkah-langkah untuk
menghapuskan segala kegiatan yang dilakukan atau dilaksanakan
oleh orang-orang Islam, termasuk untuk menumbangkan kerajaan
Negeri Kelantan yang dibangunan oleh orang Melayu dan Islam.
( 5 ) Menentang hukum-hukum yqng ditentukan oleh Allah dalam
Quran dan mempertikai sesuatu yang telah teraut dalam agama
Islam seperti menuntuk hak dan kuasa bagi kaum wanita.
Pada masa menghadapi pilihanraya Pengkalan Pasir, Kelantan pada 6 Disember 2005, aku telah mendapati tokoh-tokoh parti politik nasionalis, terutamanya peringkat Negeri Kelantan, telah beria-ia benar untuk menghancurkan kerjaan pimpinan orang Melayu (Islam) di negeri itu. Untuk menyedarkan umat Islam, aku telah menulis sebuah artikel ringksas dalam munigguan ‘Siasah’pada 2- 15 Disember 2005, seperti berikut:
‘Walaupun PAS diamanahkan memerintah Negeri Kelantan tetapi Kerajaan Pusat sebenarnya mempunyai banyak bidang dan peluang untuk membangunkan negeri itu, malah bertanggungjawab ke atasnya. Selama hari ini pun kita tidak pernah mendengar PAS menghalang Kerjaan Pusat mendirikan sekolah, hospital, jalan raya, atau mengadakan kelas Kemas daaan pembangunan lainnya demi kepentingan rakyat.
Namun, apa yang menarik perhatian saya, adalah pilihanraya di Pengkalan Pasir itu nanti akan menampilkan cetusan ‘bunga api’ di mana orang-orang Islam sendiri bertanggungjawab untuk menghapouskan tertegakkanys ebuah Kerajaan Islam di Kelantan. Adakah usaha menghaouyskan kerajaan pimpinan ulama, yang diketuai oleh Tok Guru yang warak dan ikhlas menjadi kenyataan?
Sememangnya pilahanraya itu pasti berakhir dengan kemenangan untuk pihak tertentu, tetapi elakkanlah daripda apa yang pernah dilakukan orang-orang nasionalis di Turki dan Afghanistan yang sangup menghancurfkan sebuah kerajaan yang menjunjung syariat Islam.
Mungkin Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak sependapat dengan saya bahawa pilihanraya adalam medan mencari kebaikan dan bukan mencipta permusuhan sesame umat Islam. Kemenangan perlu direbut tetapi janganlah sampai umat Islam bertindak menjatiuhkan kerajaan Islam sendiri.
Kita semua maklum, apabila jatuhnya pemerintah Iraq dan Afghanistan oleh penceroboh Amerika Syarikat, maka Yahudi dan musuh-musuh Islam bertepuk tangan kerana gembira pemerintah umat Islam tumbang. Jangan pula kita di Malaysia yang bertindak menjatuhkan Kerajaan Islam sendiri, bukannya pihak lain yang membenci Islam. Sepatutnya kita perkukuhkan saki-baki Islam yang ada.
Hendaknya tidak dicatatkan dalam sejarah, selepas pilihanraya 6 Disember 2005 nanti, bahawa umat Islam sendiri yang meruntuhkan maruah dan kehebatan Islam, dan orang-orang UMNO sendiri menodai Islam Hadhari.’
Aku berpendapat, Kerajaan PAS di Negeri Kelantan, UMNO dan Barisan nasional mengikis sikap terlalu berpolitik dan emosi nasionalis dapat mencapai persefahaman dengan PAS ‘merelakan’ Kerajaan Kelantan bercorak Islam berada dalam tangan PAS, atau kerajaan itu bekerjasama dengan UMNO membangun Negeri Kelantan dan memakmurkan rakyatnya.
Caranya mudah amat, iaitu UMNO dengan PAS mencapai kata sepakat; pada pilihanraya akan datang dan sampai bila-bila, semua kawasan Dewan Undangan negeri yang berada dalam tangan PAS dikekalkan dan UMNO dan Barisan Nasionala tidak meletakkan calon-calon untuk merebut kerusi. Begitu juga kawasan-kawasan Dewan undangan Negeri dalam tangan UMNO dibiarkan, iaitu PAS tidak akan betanding dalam kawasan-kawasan itu.
Aku yakin, kalau diamalkan seperti sekarang, iaitu UMNO dengan PAS tidak bekerjasama, sampai bila pun UMNO tidak akan dapat menguasai negeri itu. Kalau dapat UMNO dapat mengusainya pun akan jatuh pula pada piliahanraya akan datang.Bangun dan jatuh tidak akan memberi apa-apa menfaat kepada rakyat negeri itu.
Dengan demikian akan berdosalah UMNO dan PAS kerana menjadikan Negeri Kelantan seperti meja catur, kali ini UMNO kalah, kali lain PAS kalah, sedangkan rakyat menjadi mangsa.
Setiap kali pilihanraya, sama ada pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil, terlalu banyak wang kerajaan yang hangus. Kerana lewatan para menteri, alauns para pegawai dan berbagai-bagai lagi.Memanglah pilihanraya perlua dalam sesebuah Negara demokrasi, tetapi apalah ertinya setiap kali pilihanraya ‘ projek kabajikan atau maaruf orang Melayu (Islam) juga yang musnah.Orang Melayu bercakaran dengan orang Melayu. Akibatnya seperti peribahasa Melayu ‘antan sama antan berlaga ayam juga yang kenyang’. Orang Melayu terus berkadaan ‘menang sorak kampung tergadai’.
No comments:
Post a Comment