DR MAHATHIR MENYANYI
Oleh: Mokhtar Petah
Pada malam tadi, sejak jam 8.00, sekitar laman terdedah tasik – Kelab Tasik Putrajaya, dingin dalam hujan lebat. Para tetamu yang duduk dalam khemah sementara melarikan fdiri dari dikuyupkan air hujan.Mereka mencari tempat berlindung.
Sebaik sahaja hujan reda, bekas pemimpin negara – paling lama memerintah -, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba dengan tidak diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali. Ketibaan beliau disambut mesra oleh para ahli jawatankuasa kelab tersebut, didahului oleh Tan Sri Shamsuddin Osman dan Dato Haji Mohd. Isa bin Mohd. Salleh.
Para tetamu dalam khemah yang dingin – menggilkan itu -, menyambut ketibaan Dr Mahathir Mohamad dengan mesra, tetapi tidak semariah sebagaimana pada masa beliau berjawatan Perdana Menteri dulu.
Beberapa orang wanita kelihatan amat gembira menatap wajah Dr Mahathir Mohammad yang tua tetapi masih ada handsomnya.
Ramai yang ternanti – nanti bekas Perdana Menteri yang banyak bercakap itu akan berucap dalam majlis jamuan ‘Malam Mesra Kelan Tasih Putrajaya 2009’ tersebut. Tetapi beliau tidak berucap langsung. Hanya menikmati jamuan: Di antaranya: Daging lembu gulai lemah cili hijau tidak berpotong, sate,daging lembau dan yam bakar, ayam kampung goreng, nasi putih, mee dan aneka kuih.
Sebelum meninggalkan majlis tersebut,Dr. Mahathir Mohamad bersama Shamsuddin bin Othman, Haji Mohd.Isa dan dua ahli kelab tersebut telah menyanyi atas pentas dengan menggunakan lagu tahun 1960 – 70 –an, iaitu My Way yang dinyanyikan biduan tersohor Amerika Syarikat, Frank Sinatra.
Saya melihat, Dr. Mahathir Mohamah memiliki wajah yang membayangkan hasratnya yang terpendam. Mungkin hasratnya untuk memperbetulkan keadaan UMNO yang rasah, para pemimpin negara yang gelisah dan perpaduan rakyat yang dilanda keluh kesah ini.
Seperti orang lain juga, saya berharap, Dr Mahathir Mohamad akan terus bercakap dan menulis agara rakyat negara ini, orang Melayu, mencapai kesedaran dan tidak lena dengan kemewahan yang akhirnya akan membenamkan mereka kepada kehilangan bangsa sendiri.
No comments:
Post a Comment