Wednesday, January 27, 2010

BERITA


Nizar nafi laporan stesen TV

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau antara 38 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang hari ini untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

(Berita ini diambil dari Berita Harian - Bernamaonline, 27 Januari 2010)

No comments: