PKR tidak mampu bawa perubahan
Beliau berkata, Pas dilihat lebih berprinsip dan berani kerana sanggup mengambil tindakan disiplin kepada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) secara terbuka.
Namun PKR katanya, tidak berani mengambil tindakan yang sama terhadap Ahli Parlimen Bandar Baharu itu yang jelas tidak menghormati semangat kerjasama dalam Pakatan apabila membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Abdul Samad.
“Dalam memperkatakan semua ini saya mungkin dipecat oleh parti kerana tidak mempunyai kekebalan seperti sasetengah pemimpin PKR namun, saya biasa dipecat tetap menyuarakan perjuangan politik yang sihat dan bermaruah demi kebaikan parti,” katanya.
Beliau yang juga bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, ramai yang berasakan pimpinan PKR tidak serius untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli, malah ada yang sudah menjangka tiada keputusan tegas diambil dalam tempoh 30 hari penyiasatan terhadap Zulkifli
“‘Gag order’ atau larangan supaya beliau tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan parti dilihat hebat namun Zulkifli setiap minit terus menghina pendirian Pakatan Rakyat (PR) dalam media ,” katanya.
Zaid berkata, beliau hairan melihat keadaan itu, seolah-olah Zulkifli Nordin adalah seorang yang tidak boleh disentuh oleh parti.
“Entah mengapa ada keistimewaan itu dan sebab itulah beliau menggelar sesiapa saja yang mengkritiknya sebagai firaun kecil dengan merujuk kepada pegawai parti yang tidak ada taring seperti saya,” katanya.
Beliau yakin selepas hari ini PKR tidak mampu mempertahankan sesuatu prinsip utama dalam perjuangan nya.
“PKR hari ini tak jauh bezanya dengan UMNO, cuma ia hanya seperti acuan atau ‘a poor man’s version of’ UMNO. Hanya yang mudah dan ‘expedient’,” katanya.
Menurutnya, rakyat harus yakin dan berpegang kepada prinspin perlembagaan serta pendapat alim ulama mengenai isu kalimah Allah ini.
Zaid berkata, sementara siasatan selesai, Zulkifli sepatutnya digantung sementara kerana kesalahannya jelas dan berterusan.
”Kita perlu berlaku adil kapada dia, tetapi kita juga perlu berlaku adil kapada ratusan ribu ahli parti yang mengharapkan pembelaan dalam mempertahankan prinsip perjuangan parti dan Pakatan Rakyat,” katanya.
(Berita ini diambil dari Sinar Harian online, 28Januari 2010)
No comments:
Post a Comment