Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semula kepadanya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.
Pertama kali pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya Jumaat lalu di Mahkamah Majistret, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Penuntut tahun pertama jurusan perfileman berkenaan didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain melalui akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis: “ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding...”
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumah No: B10-17-20, Jalan PJS 2B/1 Desa Mentari 2, di sini, kira-kira jam 10 pagi, 10 Januari lalu.
Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff dan Nor’Amalina Ismail sementara Mohamad Tasyrif diwakili peguam, Mohd Radzlan Jalaludin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Mac depan untuk pendakwaan membekalkan semua dokumen perbicaraan kepada peguam.
Aslam membenarkan Mohamad Tasyrif diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Ayahnya, Tajuddin Awang, 51, pembantu awam di sebuah sekolah, selaku penjamin menjelaskan jaminan itu.
(Berita ini diambildari Sinar Harian Online, 20 Janauari 2010)
No comments:
Post a Comment