Tuesday, June 30, 2009

KAMBING DENGAN TUAN


Kanbing: Kelihatan manja. Hormati tuannya. Harapannya, akan terus bersahabat dengan tuannya hingga ke akhir hayatnya. Bek 1: Tuanku mulia. Bek 2: Aku setia. Bek 3: Aku tak tahu hati dia.
Tuan kambing: "Aku beri kamu makan. Makalah rumput, kulit pisang hatta seluar dalam aku. Bila kamu dah besar dan banyak daging, aku sembelih atau aku jual. Duit aku gunakan untuk mebeli pakaianku dan seluar dalam yang kaumakan."

NIK AZIZ:

DEBAT JALAN TERAKHIR SELESAI MASALAH UMMAH

[Nik+Aziz+sidebar.jpg]

Nik Aziz


Atiff Idris

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Umno kini benar-benar gelabah dengan pelawaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.

Rata-rata pemimpin Umno menolak pelawaan tersebut kecuali Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Puad Zakarshi yang kononnya sedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS.

Sedangkan pada awal tahun ini beliau gagal hadir pada wacana di Kota Bharu dengan alasan yang diadakan-adakan, biar pun pada peringkat awal menyatakan persetujuan datang.

Menteri Besar berkata, kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

"Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Sabtu lalu beliau mempelawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berdebat mengenai sebab apa pemimpin parti itu menolak Islam.

Bagaimanapun pemimpin Umno termasuk bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak cadangan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, calon-calon presiden di Amerika Syarikat termasuk Barrack Obama sebelum ini berkempen secara debat.

"Begitu juga di Indonesia debat melibatkan calon-calon presiden dan calon-calon wakil presiden bagi menghadapi pilihan raya Presiden tidak lama lagi. Jadi mengapa pemimpin Umno menolak," kata beliau.

Sedangkan katanya, debat ialah jalan terakhir setelah nasihat dan pelbagai cara yang digunakan sebelum ini tidak diendahkan.

"Semasa Allah swt menjadikan Nabi Adam as, Tuhan berdialog dengan Malaikat seperti diceritakan dalam al-Quran.

"Islam menyuruh kita berdebat mengenai dasar kerana dunia ini kepunyaan Allah swt, maka kita perlu mengikut arahan atau pun kehendak-Nya, tidak boleh pandai-pandai malakukan apa sahaja.

"Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw membawa Islam merangkumi iman dan ihsan supaya menjadikan perkara ini sebagai dasar dan bukannya berpandukan nasionalis semata-mata," ujarnya.

(Berita ini dri Harakah Daily, 30 Jun 2009)


NAJIB:


DEBAT TAK SELESAI HAL UMMAH



Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang tidak nampak faedah yang akan diperolehi melalui debat itu berkata, jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan.

Tambahan pula, katanya, beliau mendapati terdapat banyak pihak yang tidak bersetuju agar debat itu diadakan.

"Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain.

"Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelawaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan supaya beliau berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pula menasihatkan Pas dan Umno menyelesaikan kemelut antara parti itu melalui perbincangan kerana pendekatan berdebat tidak akan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pula berkata perdebatan itu hanya membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan ideologi yang berbeza.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, menyifatkan pelawaan Mursyidul Am Pas itu sebagai membuang masa dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Umno dan rakyat.

Berhubung sikap permusuhan yang ditunjukkan berikutan cadangan mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan itu, Najib berkata: "Sebenarnya Pas sudah berpecah."

Katanya, ada anggota di dalam parti itu yang mahu supaya perbincangan itu diadakan tetapi ada juga yang bersungguh-sungguh membantah.

"Jadi, kita tengok apa yang berlaku. Semuanya terpulang kepada Pas. Umno telah menyatakan pendiriannya, dengan lain perkataan, kita bersikap terbuka untuk berbincang dengan Pas.

"Tapi, terpualng kepada Pas untuk putuskan apa yang mereka mahu lakukan. Bahagian yang melucukan ialah bola kini berada di gelanggang mereka," katanya.

(Berita ini dai Bernama, 30 Jun 2009)

MENGENANG MASA SILAM

Mokhtar Petah


1941 - 42

Sekolah rendah - Sekolah Melayu - , Sauk, kira-kira lima kilometer jauhnya dari kampungku. Sekolah itu ada dua buah. Sekolah lama berbentuk rumah dan betiang yang tingginya sekadar boleh dilalui kanak-kanak di bawahnya. Sebuah Sekolah lagi setingkat yang keadaannya seperti dewan orang ramai di kampung. Rumah Guru Besar terletak dekat sekolah lama.

Pada masa itu, sekolahku mempunyai murid lelaki dan perempuan sekadar darjah satu hingga darjah lima sahaja. Pada masa itu belum ada murid dari sekolah itu yang telah melanjutkan pelajaran ke darjah enam atau melanjutkan pelajaran ke mana-mana sekolah Inggeris di Kuala Kangsar atau di tempat-tempat lain.

Aku telah mula belajar di ke sekolah itu pada 1 Januari 1941. Pada ketika ayahku menyerahkan aku kepada guru besar sekolah itu, Allahyarham Cek gu Yeop Hasnan dengan menurut adat orang Melayu, iaitu bapaku telah berkata kepada Guru Besar itu, ” ...Cek gu, saya serahkan anak saya, Mokhtar ni kepada Cek gu, kalau dia nakal..., malas..., pukullah, ...asal jangan patah, buta, cacat sudahlah...,”

Aku telah melihat Guru Besar itu senyum lebar, ” Insya Allah,” katanya. Mungkin dia berasa bangga pada waktu itu kerana bapaku telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mendidikku. Mungkin dia juga telah dapat membaca wajahku yang aku akan menjadi muridnya yang baik.

Di antara kanak-kanak di kampungku yang sebaya denganku telah belajar di sekolah tersebut, ialah Kamaruddin dan adiknya Abu Hassan bin Awang Kechil (kemudian mereka berkhidmat dalam pasukan polis) dan Mohd. Yusof bin Abdul Ghani telah melanjutkan pelajaran ke Trade School di Ipoh (telah berkhidmat dalam pasukan polis juga), Sharif bin Ismail, Ahmad Taridi dan adiknya Kamaruddin bin Awang Kecil, Abdullah bin Hussein (kemudian mereka menjdi petani di kampung), Mat Hassan bin Abdul Rais (berkhidmat dalam pasukan tentera British di Singapura), Khdijah binti Lebai Daim, Aminah binti Othman dan Sofiah binti Mahmud (kemudian mereka menjadi suri rumah tangga sepenuh masa).

Guru besar sekolahku, Yeop Hasnan lepasan Maktab Perguruan Tanjung Malim1. Dia adala ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Allahyarham Ibrahim Yaakob.

Di antara guru-guru di sekolahku, ialah Cek gu Tamim dan Chegu Abdul Rahman dari Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar dan seorang guru pelatih, Hassan bin Mohd.Ali.2Bapanya muallaf China bekerja nelayan sambilan, di tasik Chenderoh. Ibunya ada kena kaum kerabat dengan bapaku.

Dalam minggu pertama dan minggu kedua aku belajar di sekolah Melayu, bapaku telah menghantar dan mengambilku dengan basikal. Pada minggu berikut dan seterusnya aku terpaksa berjalan kaki pergi dan balik bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan kira-kira lima belas orang.

Mungkin, apa yang aku telah alami, iaitu belajar pada masa belum perang dunia kedua, tidak akan dapat dirasa oleh murid-murid pada masa akan datang. Tiap-tiap hari aku ke sekolah membawa wang hanya setengah sen. Wang itu aku dapat membeli sebungkus nasi lemak pada sebalah pagi dan sebungkus lagi pada sebelah tengahari. Aku telah belajar membaca Quran dan ilmu agama Islam pada sebelah petang. Aku dan murid-murid lain tidak minum ais, kerana pada masa itu tidak ada ais. Kami semua minum air bersih (tidak tercemar) dari sungai dekat sekolah tersebut.

Aku dan murid-murid lain tidak menggunakan pensel dan buku tulis. Kami hanya menggunakan papan batu dan kalam batu (papan dan dan kalam dibuat dari batu atau simen) berbentuk empat segi dan berukuran 8 X 12 inci atau 20 X 30 cm. Papan itu berbingkaikan kayu putih.

Aku mengakulah diriku cermat. Murid-murid lain sering mengalami papan batu mereka pecah, kerana terjatuh dan sebasgainya. Tetapi papan batuku tidak pecah sehinggalah aku belajar dalam darjah empat, papan batu itu telah pecah sedikit di bucu sebalah kanannya.

Pada sebelah pagi kami belajar pelajaran biasa, iaitu membaca, menulis huruf Jawi dan Rumi, ilmu kira-kira (hisab), congak, dan ilmu-ilmu lain. Dari jam 2.00 hingga jam 4.00 petang kami belajar membaca Quran, tajwid, fiqh, tauhid dan ilmu akhlak. Antara guru-guru agama di sekolahku, ialah Allahyarham Ngah Abdul Ghani.

Di antara buku-buku teks darjah satu, ialah ’Canai Bacaan’ dan di antara pelajaran dalam buku itu, ialah ’ayam jantan bekokok’, ’ayam betina berketak’, ’ular mematuk’ dan katak melompat’.

Di antara pantun-pantun yang kami pelajari , ialah:

Bui laju-laju,

Sampai balik sana,

Apa dalam baju,

Kuntum bunga sena.


Anak rusa nani,

Baru kembang ekor,

Apa dosa kam,

Lalu tidak tegur.

Kami juga diajar dengan beberapa jenis sastera Melayu (sekadar darjah rendah), iaitu yang mengandungi falsafah untuk bangsa Melayu. Di antaranya:

Injit injit semu,

Siapa takut naik atas.


Pat pat siku lipat,

Siapa cepat dia dapat.

Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Biarkan biarkan.


Malang Pak Kaduk,

menang sorak kampung tergadai,

dagang lalu ditanakkan,

anak mati kelaparan dalam buayan.


Semua buku teks disediakan oleh Kerajaan Inggeris. Buku-buku tersebut tidak boleh dibawa pulang. Semua pelajaran yang diajar dari buku itu mesti dihafal oleh murid-murid di sekolah atau ditulis pada papa batu untuk dihafal di rumah. Pada tiap-tiap hari, bila waktu rehat jam 10.00 hingga 10.30 pagi, aku menghafal pelajaran itu, di bawah pokok asam kumbang, dalam kawasan sekolahku.

Pada zaman itu semua murid sekolah rendah - sekolah Melayu - , di seluruh Negeri Perak diwajibkan memakai pakaian seragam, iaitu baju kemeja lengan pendek dan seluar pendek warna putih. Kasut getah atau kembes warna putih. Pakaian untuk belajar agama pada sebelah petang, kami di wajibkan memakai, baju kurung- potongan Teluk Belanga- , warna putih, kain sarung warna biru dan kasut putih.

Pada tiap-tiap pagi, Guru Besar kami, Yeop Hasnan telah memberi ucapan memberitahu kami, bahawa tentera Jepun akan masuk ke Tanah Melayu. Orang-orang Inggeris akan melarikan membawa nyawa masing-masing. Dia juga memberitahu kami, kalau askar-askar Jepun datang, dia akan menembak mereka dengan senapang patahnya yang dua laras yang sentiasa dibawa ke sekolah.


Pada 31 Januari 1942, tentera Jepun telah menakluki seluruh Tanah Melayu apabila mereka berjaya menawan Johor Bharu. Kemenangan Jepun ini dicapai dalam masa sebulan lebih, iaitu 8 Disember apabila mereka mendarat di Kota Bharu, Kelantan.

Kejatuhan Tanah Melayu yang begitu mudah adalah akibat salah perhitungan pihak British terhadap kekuatan tentera Jepun. Sebaliknya tentera Jepun telah dilatih khas untuk berperang di negeri-negeri tropika. Mereka dilatih di Taiwan dan Selatan Indo-China dan diajar cara-cara menghadapi malaria dan menggunakan apa juga kenderaan terutama basikal untuk memudahkan gerakan serangan mereka.’3


Pada satu pagi dalam minggu ketiga bulan Januari 1942, Guru Besar telah membawa masuk senapang patahnya bersama tiga kotak perluru ke sekolah.Senapang itu diisi dua biji peluru dan diletakkan atas meja dekat jendela. Muncung senapang itu dihala ke arah jalan raya. Dia telah memberitahu kami yang askar Jepun akan datang dari sempadan Siam dengan Negeri Perak, iaitu di Kroh (Pangkalan Hulu) dan Grik.

Guru Besar itu telah memberitahu kami lagi, sebentar nanti, apabila bapa kami datang mengambil kami, maka dia akan membenarkan kami pulang. Tetapi dia akan menunggu askar Jepun di sekolah itu. Dia akan menembak askar-askar Jepun itu dengan senapang patahnya.

Sementara itu di atas jalan raya di hadapan sekolah kami, kelihatan beberapa buah lori membawa askar British dan Australia yang tidak berpakaian seragam. Mereka telah datang dari arah Hulu Perak dan menuju ke arah Kuala Kangsar. Semua askar-askar itu telah laungkan kata-kata, ”run, run, run, Japanes’.

Askar-askar penjajah itu telah singgah di beberapa buah pekan kecil di sepanjang jalan raya Lenggong-Kuala Kangsar dan mereka telah membinasakan semua basikal-basikal baru di kedai-kedai menjual basikal. Mereka telah melakukan perbuatan demikian supaya askar-askar Jepun tidak dapat menggunakan basikal-basikal tersebut untuk menyerang mereka.

Bapaku dan bapa semua murid di sekolahku telah tiba di sekolah kami pada waktu hampir tenghari. Mereka telah datang dengan basikal dan ada yang datang dengan kereta. Mereka datang untuk membawa kami pulang ke rumah masing-masing.

Pada waktu aku akan meninggalkan sekolah itu, aku melihat Guru Besar masih berdiri dekat senapang patahnya menunggu ketibaan tentera Jepun. Walaupun aku msih kanak-kanak ’ berhingus’, tetapi aku telah berfikir mengatasi fikiran guru besar itu; iaitu yang akan datang tentera Jepun dengan alat senjata yang lengkap, tetapi Guru Besar itu sekadar dengan sepucuk senapang patah-shot gun-dua laras dan kira-kira empat puluh biji peluru ’big shot no.12’. Dia berkeadaan seperti seekor semut melawan seekor tenggiling sahaja.

Nasib baiklah aku tidak berani bercakap dengan Guru Besar itu, kalau aku berani bercakap dengannya, tentulah dia tidak menerima fikiranku dan menganggap aku bodoh, kerana dia Guru Besar lepasan maktab perguruan, sedang aku murid berhingus yang menjadi muridnya.

Peristiwa Singapura dilangar todak menjadi pengajaran kepada genarasi muda Melayu; kerana budak pintar telah dapat menyelamatkan pulau itu dari dilanggar todak, tetapi kerana ’Raja pendek akal’, maka si budak pintar itu dibunuhnya.

1 Murid kepada Ibrahim Yaakob pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan menjadi ahli

kesatuana tersebut.

2 Novelis yang menghasilkan novel Musafir dan Tugu.

3 Hari Ini Dalam Sejarah, jilid 1, Kuala Lumpur, Arkib Negara, 1980, hl.95.

(Sedutan dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah. - Editor, Petah Shahrir Aidit).




Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman

"Jangan kita gemar kemerdekaan itu hingga dengan kemerdekaan itu kehormatan kita terjual. Ambillah tahu apa yang akan terjadi kelak atas bangsa kita. Oleh sebab itu saya katakan mahulah kita berpegang teguh akan semangat Melayu terlebih dahulu supaya dapatlah kita dengan semangat itu menuntut akan kemerdekaan serta dipaksa mereka serahkan kedaulatan negeri ini kepada kita." (Sedutan ucapan Tunku Abdul Rahman pada ketika mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato Onn Jaafat pada tahun 1951).






Abdul Razak


Tun Razak


"Tentulah menjadi tandatanya apakah sebabnya kerajaan campuran ini tidak diperluaskan lagi supaya benar - benar mencapai perpaduan bulat dalam negara,pada hal hujjah - hujjah yang mewujudkan kerajaan campuran sangat menesabah dan priktikal.
Sebenarnya kita dalam UMNO khasnya dan Perikatan amnya suka hendakbekerjsama dengan sebarang parti lawanyang sanggup bekerjsama dengan kita.
Baru - baru ini ada ura - ura hendak mengadakan kerjasama di antara kita dengan PAS di Kelantan. Saya telah tegaskan kita tidak menolak sebarang usaha ke arah ini demi kepentingan negara dan kemajuanrakyat, khasnya rakyat di negeri - negeri yang kurang maju sepertiKelantan, terengganu dan Kedah. (Sumber:Buku,Duka Tun Razak, oleh: Subky Latif, 1976)
http://pkukmweb.ukm.my/~mbz/fototeks/hukm90/husseinonn01s.jpg

Tun Hussein Onn

"Sejarah telah membuktikan bahawa Al Quran telah berjaya meletakkan suatu sistem nilai yang baik dan terjamin, serta berjaya menyatukan masyarakat di masa itu, di bawah kalimah Tauhid iaitu Lailaha illallah Muhammad Rasulullah. Kejayaan Al Quran ini merupakan kejayaan agama Islam pada keseluruhannya, dalam meletakkan suatu sistem nilai yang secucuk dan sealiran dengan keupayaan manusia itu sendiri. Di antara asas kerukunan hidup masyarakat Islam, Al Quran menentukan bahawa sesama orang Islam itu adalah bersaudara , yang pasti hidup saling bantu membantu, bekerjasama dan kasih mengasihi antara satu sama lain. Al Quran mencela sikap benci membenci,hina menghina di kalangan umat Islam dan manusia seluruhnya, serta mengarah mereka supaya berpegang teguh dengan agama Islam dan bersatu padu di bawah agama Allah. (Sedutan ucapan merasmi Musabaqah membaca Al Quran peringkat krebangsaan, di Stadium Merdeka pada 20 Ogos 1978)

MELAYU TIDKA BOLEH BERPECAH


logo-bbpm4a.jpg

PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.

Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atsaun marhein

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.

QURAN


PENENTANG ALLAH

Tidak anda dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat itu berkasih sayang dengan orang - orang yang menentang Allad dan Rasul , biarpun orang itu bapa mereka, anak, saudara ataupun kaum keluarga mereka sendiri. Itulah orang - orang yang dituliskan Allah keimanan dalam hati mereka, dan Allah mengurniakan mereka kekuatan dengn jiwa (semangat)daripada - Nya, dan memasukkan mereka ke dalam taman (syurga) yang mengalir sungai - sungai di dalamnya. Mereka tinggal di sana untuk selama - lamanya. Allah merasa senang terhadap mereka dan mereka merasa senang terhadap Allah. Itulah organisasi (parti) Allah. Ketahuilah, bahawa parti Allah itu memdapat kemenangan. -Al Mujaddalah:22

HADIS

PARAS RUPA

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada paras rupa dan harta kalian, tetapi Dia memandang kepada hati dan amal baik kalian.
- Perawai: Iman Bukhari dan Ahmad.

PETUA

ULAMA

Para ulama itu adalah waris para nabi, tetapi kalau usianya terlalu tua dan dia bercakap menimbulkan keadaan berpecah belah ummah, maka bolehlah difikirkan untuk mengikutinya atau tidak. Tetapi kalau percakapannya benar seperti yang ditunjukkan oleh Quran, maka ikutilah walaupun anda berasa pahit.


*** ***

TAHUKAH?


BERBAIK - BAIK

Sebilangan besar orang UMNO dan orng PAS ingin berbaik - baik dalam satu muafakat secara Islam, tetapi kerana kelemahan pemimpin masing - masing, maka mereka berkeadaan tenggelam punca atau penjaja hilang batu kati ataupun perempuan di dapaur kehilang anak lesung batu.

PERUT BOYOT

Jika perut anda buncit atau boyot, cuba minum air perahan daun pala pada tiap- tiap pagi sekadasr satu gelas kecil.


AYAT QURAN

Jika anda diserang sakit dengan tiba - tiba, bacalah ayat - ayat Quran atau sekurang - kukrangnya Al Fatihan, insya Allah sakit anda menjadi lega.

PASAR MALAM

Percaya atau tidak, kebanyakan orang berniaga pasa malam boleh menjadi kaya raya, jika mereka tidak meninggalkan sembahyang Asar dan Magrib. Selagi mereka meninggalkan dua fardu itu, maka mereka hanya menjadi seperti belalang mncari makan di tengah padang sahaja.






Monday, June 29, 2009

DIALOG DALAM SEJARAH BANGSA

Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman

"Jangan kita gemar kemerdekaan itu hingga dengan kemerdekaan itu kehormatan kita terjual. Ambillah tahu apa yang akan terjadi kelak atas bangsa kita. Oleh sebab itu saya katakan mahulah kita berpegang teguh akan semangat Melayu terlebih dahulu supaya dapatlah kita dengan semangat itu menuntut akan kemerdekaan serta dipaksa mereka serahkan kedaulatan negeri ini kepada kita." (Sedutan ucapan Tunku Abdul Rahman pada ketika mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato Onn Jaafat pada tahun 1951).






Abdul Razak


Tun Razak


"Tentulah menjadi tandatanya apakah sebabnya kerajaan campuran ini tidak diperluaskan lagi supaya benar - benar mencapai perpaduan bulat dalam negara,pada hal hujjah - hujjah yang mewujudkan kerajaan campuran sangat menesabah dan priktikal.
Sebenarnya kita dalam UMNO khasnya dan Perikatan amnya suka hendakbekerjsama dengan sebarang parti lawanyang sanggup bekerjsama dengan kita.
Baru - baru ini ada ura - ura hendak mengadakan kerjasama di antara kita dengan PAS di Kelantan. Saya telah tegaskan kita tidak menolak sebarang usaha ke arah ini demi kepentingan negara dan kemajuanrakyat, khasnya rakyat di negeri - negeri yang kurang maju sepertiKelantan, terengganu dan Kedah. (Sumber:Buku,Duka Tun Razak, oleh: Subky Latif, 1976)
http://pkukmweb.ukm.my/~mbz/fototeks/hukm90/husseinonn01s.jpg

Tun Hussein Onn

"Sejarah telah membuktikan bahawa Al Quran telah berjaya meletakkan suatu sistem nilai yang baik dan terjamin, serta berjaya menyatukan masyarakat di masa itu, di bawah kalimah Tauhid iaitu Lailaha illallah Muhammad Rasulullah. Kejayaan Al Quran ini merupakan kejayaan agama Islam pada keseluruhannya, dalam meletakkan suatu sistem nilai yang secucuk dan sealiran dengan keupayaan manusia itu sendiri. Di antara asas kerukunan hidup masyarakat Islam, Al Quran menentukan bahawa sesama orang Islam itu adalah bersaudara , yang pasti hidup saling bantu membantu, bekerjasama dan kasih mengasihi antara satu sama lain. Al Quran mencela sikap benci membenci,hina menghina di kalangan umat Islam dan manusia seluruhnya, serta mengarah mereka supaya berpegang teguh dengan agama Islam dan bersatu padu di bawah agama Allah. (Sedutan ucapan merasmi Musabaqah membaca Al Quran peringkat krebangsaan, di Stadium Merdeka pada 20 Ogos 1978)



TUAN AZIZ CALON BN DI MANIK URAI





Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai,Tuan Aziz Tuan Mat,39 akan menjadi calon Barisan Nasional untuk berentap dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Nama beliau diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis di Kampung Sok Luar Manek Urai petang Ahad.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemilihan Tuan Aziz direstui dan mendapat sokongan padu pimpinan parti termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat UMNO selain diterima baik anggota akar umbi.

"Kita beri peluang semua untuk kemuka pandangan. Susahnya kita di Manek Urai ini (untuk pilih calon), kerana ada ramai tokoh yang layak. Bagaimanapun, kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi," katanya.

Muhyiddin berkata seluruh pimpinan parti yakin Tuan Aziz dan jentera pilihan raya yang diketuai Mustapa, dapat menebus kekalahan BN di kerusi itu pada pilihan raya Umum 8 Mac tahun lalu.

Turut hadir, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan Umno dan parti komponen tempatan.

Muhyiddin berkata seluruh pimpinan parti yakin Tuan Aziz dan jentera pilihan raya yang diketuai Mustapa, dapat menebus kekalahan BN di kerusi itu pada pilihan raya Umum 8 Mac tahun lalu.

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.

"Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin ramai yang memandang sinis jika BN menang di Manek Urai kerana wakil rakyat BN hanyalah pembangkang dalam DUN Kelantan malahan ia langsung tidak akan menjejaskan struktur kerajaan negeri yang dipimpin PAS.

Namun, tegas beliau, wakil rakyat BN di Kelantan disokong oleh kerajaan Pusat."Dia calon BN. Saya sendiri akan bantu jadikan Manek Urai simbol kebangkitan semula UMNO dan BN. Dalam masa yang sama, kita akan lihat bagaimana kawasan ini boleh dimajukan," katanya.

Katanya sejak dari awal penubuhannya, BN yang ditunjangi UMNO terbukti mampu membela nasib rakyat seluruh negara dan tradisi itu akan tetap diteruskan.

"Kita akan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu, untuk bangunkan negara dengan dasar yang jelas, iaitu setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan adil dan saksama.

Bercakap kepada para wartawan kemudian Muhyiddin menafikan dakwaan yang disebarkan oleh PAS kononnya berlaku "cah keting" atau cantas mencantas dalam proses pemilihan calon BN.

"Itu anggapan Pas sahaja berlakunya cah keting dan ia tidak pernah berlaku dalam pemilihan sebaliknya calon ini mendapat sokongan semua pihak.

"Tuan Aziz ini bukan sahaja mampu menarik sokongan golongan muda tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik," katanya.Tuan Aziz pula ketika ditemui berjanji akan membantu membangunkan Manek Urai jika dipilih pengundi untuk mewakili kawasan itu.

Anak kelahiran Kuala Krai dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata beliau yang dibesarkan di Kuala Krai memahami kehendak penduduk di situ yang mahu sesuatu dilakukan bagi membangun kawasan tersebut.

Beliau yang bertugas sebagai Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu mahu memanfaatkan pengalamannya yang pernah bekerja di sektor swasta dan kerajaan untuk tujuan tersebut.

"Saya sudah biasa dengan permasalahan rakyat di sini dan amanah untuk mewakili BN akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh," katanya. -28/9/2009

(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 29 Jun 2009)

KAMBING DENGAN TUAN


Kanbing: Kelihatan manja. Hormati tuannya. Harapannya, akan terus bersahabat dengan tuannya hingga ke akhir hayatnya. Bek 1: Tuanku mulia. Bek 2: Aku setia. Bek 3: Aku tak tahu hati dia.
Tuan kambing: "Aku beri kamu makan. Makalah rumput, kulit pisang hatta seluar dalam aku. Bila kamu dah besar dan banyak daging, aku sembelih atau aku jual. Duit aku gunakan untuk mebeli pakaianku dan seluar dalam yang kaumakan."

JANGAN LAYAN NIK AZIZ


KUALA LUMPUR 28 Jun - Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melayan cabaran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka berhubung perbezaan dasar kedua-dua parti.

Menurut mereka, perdebatan itu hanya membuang masa dan akan menyebabkan lebih banyak perpecahan di kalangan orang Melayu apabila setiap pihak ingin mempertahankan pendapat masing-masing.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, kaedah terbaik yang sepatutnya dibuat ialah mengadakan dialog atau muzakarah antara pimpinan kedua-dua parti.

Beliau berkata, dialog itu harus membabitkan semua isu termasuk ekonomi, politik, pendidikan, dakwah serta masalah sosial yang dialami oleh orang Melayu sekarang.

''Pihak kami tidak bersetuju diadakan perdebatan kerana biasanya akan ada satu pihak yang kalah dan adalah tidak manis orang Melayu sama-sama Islam hendak berdebat.

''Sebaliknya dialog adalah lebih wajar kerana setiap pihak sama-sama memberi pandangan untuk kebaikan semua dan tidak ada siapa yang akan kalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cabaran Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan Najib ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadapnya kerana mendakwa parti itu sama seperti ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng, dalam ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, perdebatan itu tidak harus diadakan kerana Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam yang sebenar.

''Beliau menuduh UMNO sebagai komunis dan bagi saya kata-kata seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang individu yang mendakwa berjuang atas nama Islam dan mengaku dirinya seorang alim.

''Nik Abdul Aziz sebenarnya adalah seorang pejuang politik dan ini terbukti apabila beliau sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi tidak mahu bersatu-padu dengan parti Melayu Islam," katanya.

(Berita ini diambil dari Utusan Online, 29 Jun 2009)

MENGENANG MASA SILAM


Mokhtar Petah


Mungkin ganjil, kalau seseorang tidak mengetahui bahasa Inggeris menjadi penulis surat khabar Inggeris, tidak tahu bahasa Jepun menjadi pembrita bahasa Jepun. Aku yang tidak mngetahui bahasa Cina telah menjadi pemberita surat khabar Cina selama beberapa tahun.

Pada tahun 1973 juga, seluruh negara telah mengadakan bulan bahasa kebangsaan, secara main-main atau gatal tangan aku telah menyertai peraduan mengarang artikel bahasa Kebangsaan dalam surat khabar berbahasa Cina, Sing Pin Jih Pao, Pulau Pinang. Itulah kali pertama dan kali akhir aku memasuki peraduan mengarang. Peraduan itu kerana menyambut bulan Bahasa Kebangsaan. Apabila keputusan peraduan diumumkan, maka aku telah mendapat tempat yang kedua dan telah mendapat berbagai hadiah termasuk sebutir jam tangan jenama tersohor.

Sebulan kemudian, pihak jabatan pengarang surat khabar itu telah melantik melantik aku menjadi penulis sambilan surat khabar tersebut. Aku telah menulis berita-berita pada tiap-tiap hari untuk surat khabar itu di Pulau Pinang. Aku telah mengirim semua berita-berita dan gambar-gambar kepada surat khabar itu dengan van khas surat khabar tersebut atau dengan telefon. Semua berita-berita dan artikel-artikel yang aku kirim dalam bahasa Melayu itu, diterjemahkan kepada bahasa Cina.

Pengalaman sebagai pemberita sambilan surat khabar Cina itu menyeronokkan. Surat khabar itu berbeda dengan surat-surat khabar Inggeris dan Melayu di negara ini. Semua jenis kejadian, sama ada besar mahu kecil di siarkan dalam surat khabar tersebut.

Pihak jabatan pengarang surat khabar itu berpendapat; semua kejadian, sama ada besar mahu pun kecil adalah berita dan manusia mahu mengetahui semua berita, tidak kira ianya besar atau kecil.

Mereka berpendapat, walaupun ramai manusia yang suka membaca berita mengenai raja pemerintah, perdana menteri dan sebagainya, tetapi ramai pula yang suka membaca berita mengenai petani menanam sayur, pengemis dipukul oleh orang kaya dan berita orang mencari lokan dalam laut.

Mengenai gambar, surat-surat khabar bahasa Inggeris dan Melayu menyiarkan gambar satu-satu kejadian atau tragedi sekadar sekeping atau paling banyak lima keping (kalau peristiwa besar), tetapi surat khabar Cina menyiarkan sampai sepuluh keping gambar walaupun peristiwa itu tidak sebesar mana.

Begitu juga persitiwa-peristiwa, suratkhabar China tidak sahaja menyiarkan gambar pembesar atau orang kenamaan yang berucap, tetapi gambar-gambar pemandangan yang menampakkan orang-orang yang hadir disiarkan juga.

Tujuan pihak surat khabar itu berbuat demikian, supaya ramai yang gemar membacanya dan mereka membaca dapat mengikut minat dan selera masing-masing.

Manakala gambar-gambar akan menguntungkan pemberita-pemberita sambilan seperti aku. Gambar-gambar yang disiarkan dalam surat khabar tersebut dibayar dengan harga RM4.00 tiap-tiap sekeping.

(Diangkat dari manuskrip buku, Memoir,Patah Sayap bertongkatkan Paruh,

oleh: Mokhtar Petah. - Editor, Petah Shahrir Aidid.











MELAYU TIDAK BOLEH BERPECAH


logo-bbpm4a.jpg

PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.

Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atsaun marhein

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.

QURAN



PERUNDANAN


Dan hendaklah kalian menjalankan hukum (perintah termauuk pemerintahan yang menggunakan politik) di antara mereka dengan apa (hukum) yang telah diturunkan Allah dan kalian tidak boleh menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan awaslah agar mereka tidak memesongkan kalian dari sesuatu hukum yang telah diturunkan Allah kepada kalian. Kemudian, jika mereka berpaling (engkar menerima hukum Allah - perundangan Islam), maka ketahuilah, hanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa - dosa mereka, dan sesungguhnya, kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang - orang yang fasik. Setelah itu patutkah mereka berkehendakkan lagi pada hukum - hukum jahiliah? Padahal - bagi orang yang kuag keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari hukum Allah. - Al Maidah:49,50.




HADIS

KEWAJIBAN

Sesungguhnya Allah telah menetapkan keparduan (kewjiban), maka janganlah kalian mengabaikannya, menetapkan hudud (batasan), maka janganlah kalian melangkauinya, mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kalian mencerobohi (mengengkari) nya, Dia berdiam diri terhadap sesuatu sebagai rahmat untuk kalian dan bukannya lupa, maka janganlah kalian membahas tentangnya.
Perawi: Ad Drquni Al Qutni



PETUA

IDEOLOGI

Untuk melaksanakan Kerajaan Perpaduan - kerjasama UMNO dengan PAS - kedua - dua pihak henhdAklah tidak terburu - buruu dan berwaspada, muhasabah diri, dan mengkaji dasar perjuangan dan matlamat. Adakah tujuan itu kerana Allah dan menunaikan tuntutan Allah atau ada tujuan lain yang merugikan perjuangan sebelah pihak. Kerajaan Perpaduan patut diwujudkan, tetapi semua parti politik hendaklah menggunakan Islam sebagai dasar atau ideologi.

*** ***


TAHUKA?


KOMUNISME

Nasionalisme, kapitalisme dan sosialisme yang tidak mengangkat hukum Allah sebagai peraturan pemerintah dan mengabaikan hukum Allah, sama dengan mana - mana golongan yang menentang atau menafikan kewujudan Allah. Komnunisme dan Atheisme adalah menafikan kewujdan Allah.


BUNGA

Jika anda mahukan diri anda berkedaan lemah lembut dan sentiasa mengingati Allah, gunalah bunga - bungan harum, terutama mawar atau melor sebagai bauan dalam bilik tidur anda.

HARTA PUSAKA

Pawaris yang memakan harta pewaris yang sama waris dengannya secara haram (tidak betul faraid) samalahn dengan memakan hasil samun dan curi.

BULAN MADU

Orang tua - tua arab adan berkata tentang pasangan berkasih sayang dan suami isteri, iaitu, bulan pertama - ke tiga: Syahrul asal - bulan madu, bulan ke tiga - enam: Syahrul basal, bulan bawang (macam bau bawang) dan bulan ketujuh - sembilan: Syahrul kasal - Bulan malas.







MELAYU TIDAK BOLEH BERPECAH


logo-bbpm4a.jpg

PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.

Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atsaun marhein

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.

NASJIDUL HARAM MENGGAMIT ANDA




Masjidul Haram

Dan pada ketika Kami menjadikan rumah Allah itu tempat berkumpul manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian Makam Ibrahim tempat sembahyang. Dan Kami telah memerintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, bersihkan rumah-Ku untuk orang - orang yang tawaf, yang iktikaf, rukuk dan sujud. Dan (ingatlah) pada ketika Ibrhaim meninggikkan (membina semula) dasar - dasar rumah Allah bersama Ismail (seraya berdoa): Yang Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Yang Tuhan kami, jadikanlah kami taat kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak - anak cucu kami umat yang taat kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara - cara dan tempat - tempat ibadah haji kami. Sesungguhnya Engkaulah Penerima tobat lagi Maha Penyayang. Al - Baqarah: 127, 128.

Bacalah buku: FALSAFAH IBADAT UMRAH DAN HAJI, oleh: Mokhtar Peta

ISU SELATAN THAILAND:


TERAS DESAK WUJUDKAN BADAN BEDBAS
Muhammad Arif Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Kerajaan Thailand didesak wujudkan badan bebas bagi menyiasat bukan sahaja peristiwa yang berlaku di Masjid al Furqan, Kampung Air Tempayang, malah di tempat lain kerana ia berkaitan dengan kepercayaan penduduk terhadap pihak berkuasa di negara itu.

Perkara ini ditegaskan oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid yang berpendirian bahawa Kerajaan Negara Gajah Putih itu mesti dengan segera mewujudkan satu badan secara bagi menyiasat tragedi ini dan sehingga sekarang masih belum ada jawatan bebas tersebut.

"Yang ada hanyalah Polis yang membuat soalan-soalan kepada penduduk kampung tetapi tidak ada badan bebas yang berkredibiliti untuk mengembalikan kepercayaan kepada negara dan pihak berkuasa," katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa penduduk di Selatan Thai sudah hilang kepercayaan kepada pihak polis, kerajaan dan tentera.

Katanya, oleh itu, Teras dapati bahawa isu ini tidak boleh diselesaikan selagi polisi yang diamalkan oleh beberapa Perdana Menteri Thai iaitu dari Taksin hinggalah Abishit tidak berubah dengan meminggirkan penduduk di Selatan Thai dalam semua aspek.

"Polisi tetap sama, kawasan tersebut dijadikan satu kawasan medan politik untuk pihak tertentu menggunakan ketegangan di Wilayah itu bagi mendapatkan pengaruh di Thailand.

"Jadi kita kesal, adanya suatu konspirasi pihak atasan di negara itu yang menjadikan umat Islam sebagai mangsa kepada konflik dalaman kerajaan.

"Akhirnya, apa yang kita tuntut ialah undang-undang darurat yang telah dikuatkuasakan sejak 2005 mesti ditarik balik. Akta darurat tersebut memberi kebenaran kepada pihak tentera untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara.

"Kemudian pihak tentera juga boleh menyerbu kemana sahaja yang mereka hendak dan mendakawa sesiapa sahaja.

"Ini ada asasnya untuk rakyat di wilayah itu berasa selesa. kalau tidak rakyat akan melihat mereka akan sentiasa diawasi oleh pihak keselamatan," jelasnya.

Teras juga menutut kerajaan Thai agar segera memberi perhatian terhadap keresahan ini bukan sahaja dari segi bantuan semata-mata.

"Apa yang dimahukan ialah hak mereka sudah dirampas sejak 200 tahun lalu iaitu pada tahun 1902 apabila Kesultanan Melayu Islam Patani dibatalkan oleh British dengan perjanjian Anglo Bangkok pada tahun itu.

"Sejak daripada itulah, umat Islam Selatan Thai hidup dalam penghinaan. Bahasa, identiti dan hak mereka untuk mendapatkan perlindungan dihapuskan," tegas beliau.

Beliau yang lebih mesra dipanggil cikgu berkata, penduduk di Selatan Thai juga bahawa ini adalah satu kezaliman dan kebimbangan ini bukan berpunca dari soal pembangunan tetapi politik yang telah dicerobohi oleh Kerajaan Thailand.

Patani, menurutnya merupakan satu wilayah yang berdaulat dan mereka berhak menuntut. Soalnya, Kerajaan Thai hendak tunduk kepada tuntutan untuk memberikan kuasa autonomi adalah soa yang harus dibincangkan.

"Tetapi untuk mengatakan bahawa wilayah selatan Thai mesti tunduk kepada apa yang dikehendaki oleh Bangkok itu, kita rasakan tidak wajar sama sekali kerana fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan bahawa Patani pernah menjadi satu wailayah yang berdaulat," ujar beliau.

Sementara itu, beliau juga menegaskan bahawa Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) didesak agar serius menangani konflik yang berlaku di rantau ini.

Menurutnya, Asean perlu melihat isu ini dengan serius kerana sekarang kit adapati konflik diantara agama di rantau ini semakin memuncak dan bertambah parah.

"Tengok saja peristiwa yang berlaku di Mindanao, Selatan Thai dan di Myammar yang mana rakyat Rohingya yang beragama Islam turut ditindas dan akhirnya berlaku konflik di antara agama," katanya.

Ini sangat serius, katanya, kalau Asean membiarkan isu ini berlarutan maka, rantau ini akan berhadapan dengan potensi untuk menjadi konflik antara agama yang sangat berat.

"Oleh kerana itu, kita desak Asean supaya mengadakan sidang tergempar untuk diadakan di peringkat tertinggi pertubuhan itu," tegasnya. - mks.

(Berita ini dari Harakan Daily,28 Jun 2009)