Saturday, August 8, 2009

SAJAK

CINTAI ALLAH


Bisik dan rengekmu bermadah cinta,

Cinta kita,

Cinta insan dengan insan kamil,

Cinta hamba sesama hamba.


Cinta kita,

Cinta bertatahkan hikmat,

Cinta putiknya bunga nikmat,

Cinta buahnya lazat.

Cinta manusia sukar diteka,

Cinta payah diraba,

Cinta pura - pura,

Cinta berhujungkan derita.


Cintamu kepada Allah,

Cinta Allah yang cintkan kamu,

Cinta kamu dan cinta aku,

Cintakan Allah agung erti bagimu.

Sesungguhnya Allah cintakanmu,

Kerana kamu tasik iman,

Kerana kamu lubuk ihsan,

Kerana kamu hamba Tuhan.


Parit Raja, Johor .......................Mokhtar Petah


No comments: