PARTI ALLAH
Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan harI akhirat saling berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan rasul – Nya, seklipun orang itu bapa – bapa, anak – anak, saudara – saudara atau keluarga mereka. Mereka itu adalah individu – individu yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan (kekuatan, kebersihan hati dan kemenangan terhadap musuh dan lain) yang datang daripada – Nya. Dan dimasukkan – Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka tinggal kekal di dalamnya. Allah reda terhadap mereka dan mereka juga berasa puas terhadap (limpah kurnia rahmat) - Nya. Mereka itulah golongan (parti) Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan (parti) Allah itulah yang beruntung. - Al Mujaddilah:22
HADIS
CINTA
Rasulullah Muhammad s.a.w. Telah bersabda: “Sesaungguhnya Allah berfirman”: Cinta Aku berhak dimiliki oleh orang yang saling berkunjung kerana Aku. Cinta aku berhak dimiliki oleh orang yang saling menolong kerana Aku.
PETUA
BERSAHABAT
Jika anda bersahabat dengan orang yang tabah hati dan sentiasa bersyukur kepada Allah, anda akan bertambah iman dan mendapat keredaan Allah, sebaliknya, jika anda bersahabat dengan orang yang takbur dan berputus asa terhadap takdir Allah, maka anda akan sentiasa dalam keadaan resah, kecewa dan tidak mendapat pertolongan Allah.
TAHUKAH?
Perdana Menteri Najib Razak akan mencapai matlamat perjuangannya, mendapat pertolongan Allah dan keredaan Allah, jika beliau melakukan lima perkara, iaitu: 1. Bekerjasama dengan mana – mana harakah yang menjunjung kalimah dan hukum Allah, 2 . Sentiasa mendampingi ulama, walaupun ulama itu tidak disukainya, 3. Berhati – hati terhadap para sahabat sekelilingnya, 4. Berhati – hati dengan nasihat dan desakan perempunan, walaupun perempuan itu isterinya, dan 5. Sentiasa membantu anak – anak yatim dan fakir miskin. - Individu berkebolehan firasyat.
No comments:
Post a Comment