Tuesday, August 4, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


NYAMUK


Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga kepada sesuatu yang lebih daripadanya (kerana prbuatan itu ada hikmatnya), iaitu jika mereka yang beriman (kepada Allah) mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar - benar dari Tuhan mereka, dan kalau orang -orang yang kafir pula, maka mereka akan berkata: “Apakah tujuan Allah membuat perbndingan dengan ini (nyamuk)/”. (Jawabnya): “Allah akan menjadikan ramai orang sesat dengan perbandingan itu dan akan menjadikan ramai pula mendapat tetunjuk dengan sebabnya (nyamuk). Allah idak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan mereka yang pasik. - Al Baqarah:26.


HADIS

MATI SYAHID


Mati syahid itu ada lima macam: 1 - Mati kerana wabak penyakit (seperti taun), 2 – mati kerana sakit perut, 3 – Mati lemas dalam air, 4 – Mati kerana dtimpa runtuhan bangunan (termaasuk gunung dan sebagainya) dan 5 – mati dalam perang sabilullah.

- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim)


PETUAN


ULAMA


Sesiapa yang berima kepada Allah dengan iman yang kukuh tidak akan menentang, mencerca dan menghina ulama, kerana ulama itu waris para nabi Allah. Kalau mahu melihat jahil seseorang yang beragama Islam, lihat bagimana dia mecerca dan menghina ulam. Orang begini, jika menjadi pemimpin tak usah dikut, kerana dia dikutuk oleh Allah dan para malikat, nanti kita juga terkutuk.



TAHUKAH


Orang - orang asing yang menumpang rumah, tanah dan negara orang lain, tidak akan rasa puas hati, jika mereka tidak dapat memiliki, memiliki rumah dan tanah tersebut dan tidak dapat menguasai negara itu sebagai hak mereka.


No comments: