Dato Onn Jaafar (Johor Bharu): "Saya menentang kepada Raja saya sendiri (Sultan Johor) oleh kerana perbuatan dia kepada anak neger ..., maka saya telah diberhentykan daripada jawatan kerajaan Johor ..., saya dibuang dari Johor ..., saya berkelana di singapugha ... Oleh yang demikian, kemudian dari itu saya nenbantah lagi kepada Raja saya di atasa kezalimannya kepada rakyatnya ..., maka sekali lagi saya telah dihalau dari jawatan kerajaan itu ..., oleh sebab saya sendiri tak dapat terima syarat - syarat ketat Sultan Johor ke atas saya, menyekat pekerjaan saya ..., perjuangan saya pada masa saya jadi Yang Dipertua UMNO ..., saya ambil langkah letak jawatan Menteri Besar Johor.
Biarlah kita sedar, iaitu Tanah Melayu ini ada orang - orang yang bukannya keturunan orang - orang Melayu, tetapi yang kasih dan sayang kepada Tanah Melayu - barang kali lebih - dari setengah - setengah orang Melayu sendiri.
Orang Melayu sendiri telah menuntut supaya dijalankan kemerdekaan dengan secara demikrasi dan berkehendakan satu cara pemerintahan yang berdasarkan atas demokrasi ... Biar kita sedar, dasar demokrasi itu tidak boleh hendak memelihara hak negara ini bagi satu pihak orang Melayu sahaja..., satu bangsa Melayu saja ..."
Tunku Abdul Rahman (Kuala Nerang, Kedah): "Kita dok berjuang menuntut kemerdekaan, kita teghima oghang Cina oghan India jadi ghatyat negagha kita. Depa tu mesti taat kepada negagha, tak boleh ungkit hak oghang Melayu, keghana oghang Melayu dah sangat baik kepada depa. Depa tak boleh melampau. Kalau melampuu, depa boleh balik ke negegi datuk nenek depa. Biak pi oghang Melayu yang memeghintah negaga ni.
Saya nak oghang Melayu bersatu. Kalau tak bersatu, tak guna medeka ..., duk jadi pecacai oghang saja."
Ustaz Abu Bakar Al Baqir (Gunung Semanggul, Perak): "Semenanjung Tanah Melayu hak oghang kita, oghang Melayu. Kita mahu negagha kita merdeka nghng Islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat wajib berjuang, berjihad menegakkan negagha Islam di bumi Melayu ni ..., kalau tak berjuang... depa berdosa... Anak cucu depa akan jadi hamba oghang."
Kalau saya dah mati, saya haghap ..., kalau takdir kita mati ..., kita mati syahid."
Dr Buhanuddin Helmi (Kota Bharu, Perak): " ... saya tak nampak, kalau negara kita ni dah merdeka, tidak boleh tegakkan negara Islam ..., kerana semua oghang Melayu beragama Islam. Kalau negara kita merdeka, tetapi masih pengamalkan peperintahan ala barat, sistem kapitalis atau sisialis ..., tak ada erti kemerdekaan kepada orang melayu ..., umat Islam ..., orang Melayu hanya menjadi hamba ..., tukang cakap banyak saja ..., pemimpin jadi alatr kapilis ..."
Saya minta semua orang Melayu, sama ada orang Melayu asal anak Semenanjung ini, mahupun orang Melayu dari pulau - pulau di Kepulauan Melayu, pegang kuat - kuta kepada Islam..., bersatu teguh ..., berjuang ..., jihad.
Jika roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Jika sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan."
Ishak Haji Nuhammad (Temerloh, Pahang): Negara Malaysia sebuah negara kapitalis ..., macam British, Amerika Syarikat, Jepun ... Kita rasa senang, mewah dalam negara kapitalis, tetapi sebenarnya, kita semua, rakyat jelata dari luar bandar hingga dalam bandar ..., pemimpin - pemimpin kita, hanya jadi hamba kapitalis ..., banyak rasuah ...., susah nak hapus rasuah .... Ada kala polis (pegawai pencegah rasuah) nampak sungguh nak tangkap orang rasuah, tapi dia pun rasuah juga ... Inilah negara kapiitalis ..., yang haram boleh jadi halal, kalau pemimpin kata halal ..., suara alim ulama tak guna lagi ..."
No comments:
Post a Comment