TERSEPIT ANTARA JUJUR DAN KUASA
Oleh: Mokhtar Petah
Sejak zaman pemerintah khalifah Islam hingga kepada masa ini, para ulama Islam tersepit antara kejujuran mereka sendiri terhadap Islam - Quran dan Sunnah - dengan kuasa pemerintah atau kerajaan yang menjamin kedudukan dan mengis periuk nasi mereka.
Sebelum saya meneruskan tulisan ini, saya teringat akan perbualan saya dengan pujangga Indonesia - Nusantara, HAMKA, di rumah Sheikh Tahair Jalaluddin, di Kuala Kangsar, pada tahun 1956.
Walaupun HAMKA tidak secocok dengan Presiden Indonesia, Ir. Soekarno, tetapi beliau memuji pemimpin revolusi rakyat itu, pemintahan beliau tidak pernah menekan ulama yang berdiri di bawah naungan kebenaran Quran dan Sunnah.
ISLAM AGAMA NEGARA
Ir. Soekarno menerima nasihat para ulama dan tidak memaksa ulama sesuai dengan 'Islam agama negara' untuk mengikut kehendaknya, iaitu berhubungan dengan hak ehwal Islam. Presiden itu sering meminta fikiran para ulama dari parti Masyumi, walaupun beliau tidak berkenan kepada parti Islam tersebut.
Menurut HAMKA, semenjak zaman pemerintahan khakifah Islam hingga kepada zaman Kerajaan Arab Saudi para ulama telah berpecah dua; satu pihak yang berdiri jujur di bawah naungan Quran dan Sunnah dan satu pihak terpaksa mengorbankan kejujuran kerana taatkan kerajaan atau pemerintah.
Lain dari Tanah Melayu. Pada zaman penjajah Inggeris, Raja - Raja Melayu yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat Melayu dan ada orang Melayu menganggap Raja Melayu sebagai wakil Tuhan , telah menasihat dan memaksa mereka berhati – hati dalam mengamalkan hukum hakam dalam Islam.
MELAKSANAKAN HUKUM SYARAK
Pada zaman penjajah Inggeris, walaupun khabarnya Raja - Raja Melayu mengguna – pakai mazhab Ahlus sunnah wal Jamaah, iaitu komponan bagi empat imam – Imam Maliki, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Shafie, tetapi dibenar guna – pakai dalam melaksanakan hukum syarak, hanyalah dalam mazhab Imam Shafie.
Manakala Negeri Perlis tidak mengguna – pakai mazhab. Amalan guna – pakai segala hukum hakam dalam Islah terus bersandarkan Quran, Hadis dan ijmak ulama tidak bersandarkan kepada mana – mana mazhab.
Oleh yang demikian, sejak zaman penjajah Inggeris hingga kini, sama ada secara sembunyi atau terang - terangan, terdapat sebilangan ulama Melayu dan para pengikut masing-masing ada yang mengguna – pakai mazahab lain dari mazhab Shafie, termsuk mazhab Syi'ah.
ZAMAN PEPERINTAHAN KHALIFAHM
Penjajah Inggeris mahu Raja Melayu dan orang Melayu mengguna – pakai mazhab Shafie, kerana mazhab itu terdapat kelembutan, kesabaran dan tidak menentang sesuatu yang tidak sesuai dengan Islam secara kekerasan.
Menurut HAMKA, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di Madinah hingga kepada zaman pemerintahan khlifah, ayat Quran: Hai orang – orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil amr (ketua pemerintah) yang diangkat di antara kalian, jika ada pertikaian mengenai (hukum) kembalilah kepada Rasul. (An Nisa: 59),diguna-pakai oleh para ulama yanbg beroihak kepada kerajaan dan pemerintah sebagai menguatkan hujah atas ketaatan rakyat kepada kerajaan dan pemerintahan.
Ayat Quran tersebut digunakan bagi kerajaan (beraja) atau pemerintahan (republik) Islam sahaja. Tidak boleh digunakan bagi kerajaan dan pemerintahan yang tidak mengguna – pakai perlembagaan yang tidak berdasarkan Quran dan Sunnah, seperti peodalisme, kapitalisme, sosialisme, komunisme dan pemerinta- pemerintah lain.
MENIMPA BATANG HIDUNG
Pada zaman khalifah telah bermula satu cara guna terhadap para ulama oleh para khalifah dan penguasa. Banyak hadis Nabi Muhammad s.a.w. Yang boleh menimpa batang hidung para khalifah dan penguasa telah diketepikan atau di hapus terus.
Sebilangan dari para ulama dipaksa mengikut selera para khalifah. Mereka mengeluarkan fatwa mengikut cita rasa para khlifah. Mana - mana ulama yang tidak menyebelahi khlifah atau tidak sependapat dengan para ulama pihak pemerintah, mereka dikena tindakan. Di antara mereka itu,ialah Al Khalaj.
Setelah tamat pemerintahan khalifah Islam dan pemerintah ala raja, Uthmaniah, para ulama Islam telah berada dalam dua kelompok, iaitu kelompok yang dinamakan alat kerajaan dan pemerintah dan golongan radikal,ulama bebas atau dinamakan golongan ulama ekstrimis.
ULAMA KAUM TUA
Di Tanah Malayu, sekitar tahun 1930 – 50 -ah terdapat dua golongan ulama, iaitu ulama kaum tua, iaitu mereka yang befikiran sempit, di peralat oleh Raja Melayu serta menggunakan banyak dalil dan petua yang diambil dari para ulama silam. Manakala ulama kaum muda atau radikal, ialah mereka yang tidak taksub dan segala hukum hakam diambil terus dari Quran dan Hadis atauk Sunnah.
Para ulama kaum muda atau radikal, tidak membolehkan orang Islam menggunakan ayat Quran An Nisa:59 sebagai alasan atau bangindan bagi rakyat mentaati kerajaan beraja dan Raja pada zaman penjajah Inggeris kerana kerajaan tersebut bukan sebuah kerajaan Islam.
Setelah negara mencapai kemerdekaan – kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman - , sebilangan ulama radikal melarang sesiapa menggunakan ayat Quran atau hadis untuk menjadi alasan bagi rakyat mentaati kerajaan atau Raja Melayu.
MENTAATI SULTAN PERAK
Baru – baru ini, apabila Mufti Perak, Dato Harussani yang mnasihati orang ramai rakyat negeri itu agar mentaati Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan mengeluarkan ayat Quran, An Nisa:59, mengenai isu Sultan mengenepikan Menteri Besar, Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin dan menerima Dato Dr. Zambri Abdul Kadir, telah disanggah oleh sebilangan ulama bebas atau radikal kerana Sultan Azlan Shan bikan Raja kepada kerajaan Islam.
Mereka menyifatkan Harussanin sebagai seorang ulama yang tersepit antara kejujuran mengikut Quraan dan Hadis dengan kuasa Raja atau kerajaan kerana beliau pegawai kerajaan.
Memanglah, mana – mana ulama yang bekerja dengan kerajaan, mereka mesti atau wajib mentaati kerajaan dan terpaksa menggunakan ayat- ayat Quran atau hadis untuk memujuk orang ramai agar mentaati Sultan dan kerajaan.
ULAMA YANG RADIKAL
Bagi para ulam yang bekerja dengan kerajaan menyifatkan langkah Harussani itu adalah betul, tetpai bagi ulama yang radikal atau bebas tidak dapat menerima langkah yang diambil oleh Harussani.
Dalam satu temu bual dengan penulis sebuah majalah Melinium yang diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah, Harussani telah menyatakan duka citanya kerana dia dituduh oleh sebilangan orang sebagai anjing kerajaan'.
Saya juga tidak bersetuju ayat Quran dijadikan sandaran seperti yang dilakukan oleh Harussani itu. Saya dan orang ramai bukan tidak taat setia kepada kerajaan, tetapi mufti menggunakan ayat Quran sebagai alasan adalah tidak tepat.
(Tamat).
No comments:
Post a Comment