Wednesday, May 6, 2009

BARISAN NASIONAL SABAH

Najib Tun Razak


Najib Tun Razak


"Sokongan padu yang diberikan oleh rakyat negeri Sabah ini tidak akan kekal selama - lamanya jika sesuatu tidak dilakukan bagi mengukuhkan sokongan tersebut.
Semua pihak perlu memainkan peranan ini, sama ada yang mempunyai jawatan dalam parti, wakil rakyat dan anggota pentadbiran negeri.
Beberapa tahun lalu saya pernah mennyifatkan Barisan Nasional Sabah sebagai simpanan tetap
BN dan hari ini saya datang ingin melihat simpanan tetap itu masih kekal atau turun.
Saya percaya, nilai itu tetap kekal pada tahap yang tinggi berdasarkan kepada hakikat rakyat Sabah masih terus bagi kepercayaan dan keyakinan kepada Barisan Nasional.
Ada banyak beza kalau kita dengar taklimat di pejabat dalam bilkik berhawa dingin berbanding kita turun dan melihat sendiri apa yang dirasai rakyat biasa, apa mnasalah rakyat dan kita melakukan secara berterusan.
Saya kira hasrat Najib itu baik dan amat baik, tetapi memerlukan keikhlasan para wakil rakyat - sama ada di peringkat Dewan negeri mahupun di peringkat Parlimen. Kalau keikhlasan tidak ada - percakapan berdegar untuk menolong rakyat, sebilangan wakil rakyat mengaut kekkayaan dari peluang yang ada dan rakyat bawahan tinggal terkulkat - kulat atau menggigit jari, dalam tempoh yang tidak lama lagi Barisan Nasional akan hanya menjadi catatan sejarah sahaja. Sabah akan dikuasa oleh Pakatan Rakayat.
Mungkin Najib telah menerima sungutan seperti yang saya telah terima. Setiap kali saya meninjau ke Sabah - Kota Kinabalu, Kota Blut, Keningau, Lahat Datu dan Sandakan, telinga saya disumpat oleh sungutan rakyat kelas bawah atau marhein,. . Sungutuan itu menasabah dan perlu diambil tindakan oleh Najib dan Barisan Nasional, iaitu:
* Ada wakil - wakil rakyat mengabaikan tanggungjawab kepada orang ramai.
* Ada sebilkangan wakil rakyat mengutamakan perjuangan
mengejar kekayaan dan mengenepikan hasrat dan harapan
rakyat.
* Habuan - habauan diri kerajaan, seperti tender,bantuan dan
sebagainya, sebilangan besarnya terlepas kepada orang
berada dan merekadalam golongan Ketua Menteri dan
kuncu - kuncunya.
* Ada wakil akyat bercakap berdegar - degar di Parlimen dan
Dewan Undangan negeri, tetapi rakyat dalam
kawasan mereka masih tidak mendapat pembelaan.
Saya telah melawat ke kawasan Parlimen yang diwakili oleh Bong Mokhtar misalnya, sebilangan rakyat marhein di sana masih bermimpikan bantuan. Mereka suka mendapat bantuan wakil rakyat.Pendeknya wakil rakyat yang dekat dengan merekaterasa jauh.
Kalaulah pihak - pihak tertentu tidak mengamalkan ' sapu sampah ke bawah permaidani' pada maka Perdana menteri dan para menteri melawat ke sana, memang telah lama masalah rakyat dapat diselesaikan atau di atasi.
Banyak sekolah rendak di Sabah Daif. Peniaga kecil tidak terbela. Ramai petani tidak mendapat tanah walaupun telah lama dipohon. Mereka seperti menonton tv yang menayangkan gambar sepasang kekasih sedang bercinta atau memadu kasih, tetapi penontoh hanya menikmati adegan dan suara cuma, kenyataan tidak ada.
Untuk mengelakkan Barisan Nasional Sabah menjadi seperti padi di tengah lalang pada masa akan datang, maka sesuatu, seperti kata Najib, perlu dilaksanakan segera.
(Tamat)


1 comment:

tapayas said...

saya setuju dgn pendapat anda, salah satu contoh pembohongan BN dlm 2 pr umum yg lalu ada dimuatkan di dlm blog saya, para pembaca sabahan sila nilai sendiri kerja BN ni