Haji Haji Hadi Awang
Inilah dia ajaran Islam yang mesti kita tunaikan. Dalam kita mengajak orang lain menganut Islam, paksaan adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam. Ajaran Islam juga mengajar tentang erti keterbukaan. Maka atas asas inilah, kita bersedia mengadakan tahalluf' - perbincangan dan persefahaman - dengan rakan - rakan yang brlainan ideologi, bangsa dan agama dengan kita kerana Islamlah yang menyuruh kita.
Kita mengadakan tahalluf , perbincangan dan mengadakan persefahaman dengan individu dan pihak lain.Walaupun berbeza ideologi, fahaman dan agama, tetapi di sana ada titik persamaan dan titik persefahaman yang membolehkan kita bersama dengan pihak yang lain untuk mendaulatkan agama (Islam), menegakkan keadilan, melakukan kebaikan kepada rakyat, menentang undang - undang yang zalim seperti Internal Secutiry Act - ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), diskriminasi, double standard dan lain - lain yang dilakukan oleh kerajaan." - Petikan ucapan Haji Hadi, pada ketika merasmikan Knvensyen Parti Islam se Malaysia, di Rapat Setia, Ipoh, pada 26 Julai 2008.