Wednesday, May 20, 2009

HADI AWANG PRESIDEN PAS

Abdul Hadi bin Awang

Hadi Awang

"Kita hndaklah sedar dan insaf betapa wajibnya kita berpegang kepada Allah. Manusia yang lemah ini kaang - kadang tidak tahan dengan ujian dan cubaan yang terlalu banyak serta tipu daya syaitan, jin dan manusia (syaitan yang tidak dapat dilihat dan syaitan yang dapat dilihat) menyebabkan kita terpesong dari jalan Allah.
Oleh kerana itu menunjukkan kepada kita betapoa besar hikmat Allah memerintahkan kita supaya menunaikan sembahyang lima waktu,pada tiap -tiap rakaatsembahyang kita memohon kepda Allah dengan penuh permohonan:

Akan andalah kamisembah dan akan andalah kami memohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang betul. (Al Fatihah: 5 , 6)

Perjalanan di atas jalan yang betul ini terlalu banyak ujian dan cubaan dan manusia terlalu mudah terpesong dari jalan Allah. Oleh itu hehndklah mengikut kadar takdir yang ditentukan oleh Allah, mengikut ikhtiar manusia yang memandang remeh betapa perlu begantung kepada Allah, makaada manusia yang terpesong dari jalan Allah walaupun pada masa hayatnya, dia seorang yang baik, tetapi berbangga dengan amalan dirinya sahaja, tetapi lupa betapa dirinya perlu bergantung kepada Allah, tiba - tiba menusia itu dihanyutkan, terpesong dari jalan Allah dan mendapat su'ul khatimah (keburukan pada hujung usia) yang membawanya ke neraka walaupun dia beramal dengan amalan ahli syurga."












No comments: