Sunday, May 10, 2009

CERPEN


ANAK RAJA

DAN

PEMUDA LABU SAYUNG


Tengku Laila duduk murung atas kerusi kayu, di ruang dapur. Hatinya sedang dibakar kemarahan. Malam tadi dia mendapati seutas rantai emanya telah tidak ada dalam kotak kayu dalam almari di biliknya. Kuat benar hatinya menuduh orang gajinya yang mencuri rantai emasnya itu.

Pada malam minggu lalu Tengku Laila telah menari dengan Tengku Faisal di kelab. Rantai emas itu telah dipakainya bersama dua utas rantai emas lagi. Tengku Intan tidak sedar rantai emasnya telah di ambil oleh Tengku Faisal pada ketika tubuhnya separuh mabuk dan lemah longlai dilapah oleh pemuda itu.

Janda panas baran itu menunggu orang gajinya pulang. Orang gajinya, Putih, janda bersia 47 tahun, masih belum pulang dari kampungnya, di Padang Rengas

RANTAI HADIAH

Pada petang semalam, Tengku Laila menyedari rantai emasnya telah hilang. Puas dia mencari rantai hadiah dari suaminya itu di serata biliknya. Dengan tidak usul periksa dia mengesyaki orang gajinya telah mencuri rantai emas itu.

Tengku Intan tak ambil,”hati Tengku Laila yakin.

Tengku Laila tidak mensyakkan anaknya. Anaknya banyak barang kemas. Kalau dia telah mencuri rantai itu, apa yang hendak dibuat dengan rantai tersebut. Hendak digadai, wangnya banyak.Lagi pula gadis itu jenis orang tidak boros. Yakin benar Tengku Laila kepada anak gadisnya itu.

Tentu Putih yang curi, orang miskin saja begitu,”sungut hati Tengku Lela.

Nantile, …dia balik taule,” sungut Tengku Laila sambil mendengus.

Tengku Laila duduk atas kerusi kayu, macam burung hantu kehujanan.

“…laki aku yang hadiah rantai tu, dia menang kuda…,”sungut Tengku Laila.

Tengku Laila murung lagi.

Di luar bunyi deru injin kereta. Sebentar kemudian puterinya,Tengku Intan memanjat tangga dan masuk ke ruang dapur yang sunyi. Seekor kucing Iran berbulu panjang berlari manja menggisir-gisirkan tubuhnya pada betis Tengku Intan.

Emak, ngapa emak murung ni, emak,”Tanya Tengku Intan.

Tak apa, saja,”jawab Tengku Laila.

Takkan tak ada apa-apa, ni mesti ada problem…,”kata Tengku Intan

Tengku Laila diam.

Mari kita makan, ni Intan beli nasi lemak,”Tengku Intan mengajak ibunya.

Tengku Laila diam.

ORANG KAMPUNG

Tengku Intan menyiapkan minuman. Dia menghidangkan nasi lemak, kuih dan air teh atas meja makan.

Tengku Laila bangun dan berpindah ke meja makan.

Ngapa kamu ni, Intan?” Tengku Laila baratnya.

“…ngap, emak?” Tanya Tengku Intan.

Dulu tak,…runsing emak tengok, kepala bertudung macam orang kampung,”jawab Tengku Laila.

Saja,”sahut Tengku Intan.

“…agaknya Intan ni dah kena pengaruh orang kampung tak,” kata Tungku Laila.

Tengku Intan senyum.

Kalau emak pakai tudung macam Intan ni, cantik, emak,”ka Tengku Intan.

Jangan nak merepek…, tu pakaian orang tak ada kemajuan.”

Tengku Intan senyum.

Apa yang buat emak jadi macam ni, emak?” Tengku Intan bertanya.

Nak tau?”Tanya Tengku Laila.

Ialah, anak mesti ambil tahu emaknya,” jawab Tengku Intan.

Rantai emas emak dah hilang,”kata Tengku Laila.

Yang mana satu, …semua?” Tanya Tengku Intan.

Tak, satu, …yang Tengku abah hadiah, tu,” jawab Tengku Laila

Ooo, taka pale, emak kan banyak lagi rantai,”kata Tengku Intan.

Ada Intan ambil?” Tanya Tengku Laila.

Intan nak buat apa, emak?” Tanya Tengku Intan pula.

Tengku Laila diam.Tunduk.

CEMBURUKAN MADU

Tengku Laila menyumbatkan nasi lemak ke mulutnya. Nasi lemak itu dikunyahnya. Pada ketika itu dia kelihatan seperti isteri tua cemburukan madunya.

Ni, mesti si Putih tu ambil,”kata Tengku Laila.

Tak baik, syak orang, emak,”kata Tengku Intan.

Siapa lagi yang ngambilnya, kalau tak dia...,”balas Tengku Laila.

Cuba emak ingat baik-baik,…salah letak kot,…atau hilang pada malam emak pergi majlis tari menari tuke...,”kata Tengku Intan.

Taaak,”Tengku Laila berkata.

Setelah selesai makan, Tengku Intan meninggalkan ibunya moyok di meja makan. Pada waktu dia meluruhkan punggungnya atas kerusi, di sisi meja komputer dalam biliknya, fikirannya diganggu-gugat oleh pertanyaan tentang rahsia diri ibunya.

“…kalau anak gadis orang kata gila angau, tapi emak aku dah janda..., jadi macam tu juga...?” Tengku Intan bertanya kepada dirinya.

Dia tidak mahu menjadi anak yang busuk perut mengesyaki ibunya ada boy friend. Ada kendak.



BUAH PINGGANG

Tengku Intan teringat akan cerita tentang Datin Jamilah, di kampung Talang. Perempuan itu telah berusia lebih empat puluh lima tahun. Selama tiga bulan suaminya dirawat di hospital kerana sakit buah pinggang, dia menyimpan teman lelaki, seorang pemuda pendatang dari Indonesia. Mereka telah kena tangkap basah dalam sebuah rumah, di Simpang Lawin.

Tengku Laila mengangkat ponggongnya dari kerusi di meja makan. Dengan menggonggong sangkaan buruk terhadap orang gajinya, dia melabuhkan ponggongnya atas kerusi di sudut ruang makan itu juga.

Tengku Intan bangun dari kerusi di meja komputer dan meluruhkan tubunya atas birai katil. Perasaan tidak sabar menunggu tengah hari menyiksakan dirinya. Tengah hari itu dia akan ke kampung Sayung. ‘Alimin akan menjemputnya di pengkalan tambang.

MENGGELIKAN HATI

Selungguk tanah liat dalam begkel labu tanah yang ditinggal petang semalam, akan ditempa.Tanah liat itu akan dapat menghasilkan dua tiga belas biji labu tanah. Di sana dia akan menempa labu tanah menggunakan tanah liat itu.

Tiba-tiba ingatan Tengku Intan melayang kepada peristiwa menggelikan hatinya yang dirasa oleh Tengku Intan ‘satu kesungguhan’. Bukan gurauan. Tidak berpura-pura.

Pada waktu itu Tengku Intan sedang menghadapi labu-labu tanah yang telah dibakar, ‘Alimin datang mendapatkannya. Tengku Intan nampak dalam tangan kanan pemuda itu ada satu bungkusan kecil atau sampul surat.’Alimin berdiri di belakangnya. Dia bangun dan menghadap ‘Alimin. Pemuda telah melakukan perkara yang tidak diduga sebelumnya.

MENGANGKAT SEMBAH

Pada petang semalam ‘Alimin bergurau. Gurauan kekasihnya itu telah mengangkat dua belah tangan ke dahinya lalu menghadapnya seperti seseorang mengangkat sembah kepada sultan.

Ampun Tengku Intan,”kata ‘Alimin.

Tengku Intan tercengang. Terpegun. Terasa dua puntung kakinya menggigil. Berdirinya tidak kena, seperti tidak berpijak di bumi.

Apa hal Eli?”

Ampun Tengku.”

Alimin meluruhkan dua puntung tangannya.

Ampun Tengku, ini duit Tengku, ambille.”

Duit apa?”

Duit labu tanah yang Tengku tempa.”

Ha, duit labu tanah?”

Ia, Tengku, labu tanah yang Tengku tempa tu.”

Tengku Intan diam.

Ia, Tengku, tujuh ratus lima puluh dua ringgit.”

Eee, saya tak nak…, tak mau…”

Abille…”

Tak mau.”

Ampun Tengku, ambille, ni duit Tengku.”

Tak, tak,…saya tak nak, saya belajar saja, tak ambil upah.”

Tengku, ambil Tengku.’

Tak mau.”

“…ambil Tengku.”

Tengku Intan diam. Wajah ‘Alimin direnungnya.

Ampun Tengku, …kalau Tengku tak ambil, patik nak pergi jauh.”

Degup jantung Tengku Intan menjadi kencang, sekencang ombak menghempas ke pantai..

Kemana?”

Jauh.”

MENYUIKSA DIRINYA

Perasaan sedih mula mengamuk dalam hati Tengku Intan. Tengah elok- elok bercinta akan berpisah pula. Perpisahan akan menyiksa dirinya. Tengku Intan tidak sanggup berpisah dengan pemuda yang sedang berdiri di hadapannya. Pada ketika itu Tengku Intan seperti seorang anak di hadapan bapanya. Wang di tangan ‘Alimin berpindah ke tangannya.

Terima kasih,” ucap ‘Alimin.

Tengku Intan tidak membalas ucapan kekasihnya.

Alimin senyum. Menang.

Belum sempat Tengku Intan mengeluarkan kata- kata kepada ‘Alimin, sebuah lori tua merayap masuk ke halaman bengkel. Lori itu akan mengambil labu-labu tanah dalam beberapa buah keranjang dalam bengekal itu.

“…saya pergi dulu, Intan,”kata Alimin.

Baiklah,”sahut Tengku Intan.

Alimi pergi menemui kelendan lori. Tengku Intan berdiri terpacak di situ.

Ngapa dia panggil aku Tengku,…angkat sembah pula tu?” Tengku Intan bertanya pada dirinya sendiri.

Dia dah tau siapa aku agaknya,”sungut Tengku Intan.

Takkan le, di mana dia tahu,”sungut Tengku Intan lagi.

BILIK PEJABAT

Tengku Intan beredar dari situ dan berjalan masuk mendapatkan Mimi dalam bilik pejabat. Mimi sedang menghadapi komputer. Mimi bangun menghadap Tengku Intan sebaik-baik sahaja dia masuk.

“…ngapa, kak, nampak pucat aje?” Mimi bertanya.

Tak apa,..iake saya pucat?” Tengku Intan bertanya sambil melabuhkan punggungnya atas kerusi di seberang meja Mimi.

Ha, ia, ngapa, kak?” Mimi bertanya.

Tengku Intan diam. Dengan sapu tangan dia mengesat peluh pada dahinya.

Mimi merenung wajah Tengku Intan. Dia hairan.

Tadi, saya terkejut, Eli panggil saya Tengku, saya bukan raja,”jawab Tengku Intan.

“…dia tersilap kot, …tapi kakak nampak macam anak raja,”kata Mimi.

Taklah, kak bukan anak raja,” nafi Tengku Intan.

Abang Eli silap cakap tu,”kata Mimi.

Takkan silap,…dia angkat dua belah tangan kepada kak macam orang sembah sultan,’kata Tengku Intan.

Mimi ketawa terkekeh-kekeh.

Lori tua telah keluar dari halaman bengkel. ‘Alimin masuk mendapatkan Tengku Intan. Senyuman berkulum dan merenung legat wajah gadis itu.

Saya minta maaf, melawak saja tadi,”kata ‘Alimin.

Melawak? Nyaris saya tak tercirit,”sambut Tengku Intan.

Mereka ketawa. Tawa mereka menjadi satu.

TOLAK REZEKI

Dalam van ke Pangkalan Tambang, Tengku Intan mengeluarkan wang dari bujamnya dan mengunjukkannya kepada ‘Alimin.

Nak ambil duit ni,”kata Tengku Intan.

Eh, saya dah beri, …tak baik ambil balik, …buruk siku tau,”kata ‘Alimin.

Saya bukan nak ambil upah,”kata Tengku Intan.

Saya pun tak kata begitu, duit tu, duit labu tanah,”sahut ‘Alimin.

Tengku Intan Diam.

Dulu emak saya kata rezeki, …tak baik tolak rezeki,”’Alimin berkata. Bergurau.

Tengku Intan mencubit paha kiri ‘Alimin. Pemuda itu mengaduh. Sakit.

Rasakan…,”suara manja Tengku Intan.

Kalau dah banyak duit, Intan, …simpan duit tu, boleh kita gunakan untuk bulan madu,”kata ‘Alimin.Dua matany merenung ke hadapan sambil senyum

Tengku Intan diam. Senyum. Hatinya segar dan berpaling kepada ‘Alimin.

Baik,”kata Tengku Intan.

Tengku Intan menyumbat semula wang ditangannya ke dalam bujamnya.

Cukupke wang banyak tu nak belanja berbulan madu?”Tengku Intan bertanya.

Alimin diam. Senyum.

Belum sempat Tengku Intan bertanya mengapa ‘Alimin memanggil namanya Tengku dan mengangkat sembah kepadanya di bengkel tadi, van mereka tiba di Pangkalan Tambang..

MURAI GILA

Tengku Intan senyum sendirian atas katil. Suara ibunya bagai petir menjilat ke bakiknya. Fikiran Tengku Intan yang telah melayang kepada kekasihnya tadi kembali semula kepadanya. Ibunya bagaikan murai gila tercabut ekor memarahkan orang gajinya, Putih.

Bagaikan arnab bunting,Tengku Intan bangun dari katilnya dan turun ke bawah. Suara ibunya becok. Berselang seli dengan suara Putih.

Kamu yang curi,” tengking Tengku Laila.

“…saya tak curi,”sanggah Putih.

Jangan nak bohong,’ sergah Tengku Lela.

Saya tak bohong,…saya tak curi,”sanggah Putih lagi.

Dua biji mata Tengku Laila terbeliak bagaikan akan bergolek keluar.

Mentang-mentanglah saya miskin, …mak engku tuduh saya curi,”Putih mengangkat suaranya.

“…orang miskin macam kamu, pencuri,”pekik Putih.

Tengku Intan turun mendapatkan mereka. Ibunya seperti singa betina terbakar ekor. Orang gajinya telah hilang hormat kepadanya.

Emk, ngapa emak tuduh mak Putih,…iake dia yang ambil?”Tengku Intan bertanya.

Kalau tak dia, siapa lagi?” suara Tengku Laila garang.

Cuba emak ingat baik-baik,” Tengku Intan memujuk ibunya.

Ia, malam tu emak Engku pakai rantai banyak, macam tali kerbau, “kata Putih.

Kamu diam…,”sergah Tengku Lela.

Baik,”kata Putih.

MENJUNJUNG QURAN

Dua biji mata Tengku Intan mengekor Putih masuk ke biliknya. Sebentar kemudian Putih keluar membawa sebuah Quran. Sambil menjunjung Quran, dia berjalan menghampiri Tengku Laila.

Emak Engku, saya ada belajar agama, …sekolah Arab, bukan macam emak Engku minum arak…, berkendak dengan orang muda …,”pekik Putih.

Apa emak Putih cakap ni, tak baik,”pujuk Tengku Intan.

Belajar agama pun tak guna, kalau pencuri, …pencuri juga,”pekek Tengku Laila.

Baik, emak Engku tuduh saya curi, mari kita bersumpah junjung Quran, …kalau saya curi, busung saya, kalau saya tak curi, mak Engku jadi busung…,”pekik Putih.

Putih meletakkan Quran atas meja.

Tengku Intan terpegun. Berdiri terpacak bagaikan tunggul di huma. Takut dan ngeri menerjah hatinya. Dulu dia telah mendengar cerita; orang bersumpah menggunakan Quran buruk akibatnya.

Mak Putih mengangkat Quran. Dijulangnya kitab suci itu tinggi-tinggi.

Mari kita bersumpah. Kita minta kepada Tuhan, siapa salah , …siapa benar,”kata Putih.

Jangan,jangan…,”Tengku Intan melarang.

Tak peduli,…mak Putih pun ada harga diri, Tengku, …bukan Tengku orang, … raja orang saja ada harga diri…,”kata Putih.

Iaa, semua orang ada harga diri…,”pujuk Tengku Intan.

Jangan sampai sumpah dengan Quran,”pujuk Tengku Intan lagi.

Saya tak sabar, tengku, …emak Tengku dah melampau…,”kata Putih.

ANAK PERAK

Putih mengambil Quran dan menjunjungnya. Dikucupnya kitab suci itu. Sambil bejalan masuk ke bilik, dia mengeluarkan kata-kata yang menyedihkan orang mendengarnya.Pintu bilik ditutup sekuat tenaganya kerana melepas geram. Meruahnya tercalar. Kejujurannya teruji. Majika telah menghinanya. Pantang anak Perak dihina begitu .

“…tule, emak, main tuduh aja, …sekarang apa dah jadi, sampai orang nak sumpah Quran,”kata Tengku Intan kepada Tengku Laila.

Tengku Laila diam. Gigil tubuhnya belum berhenti. Dia takut rahsianya berkendak dengan orang muda terbongkar. Baru sebentar rahsia itu telah diketahui oleh anaknya.

Ha, sekarang siapa yang kena tuduh, …siapa yang bersalah,”kata Tengku Intan.

Tengku Lela diam. Wajahnya bagaikan asam keping.

Emak dah dengar bukan, apa dia kata,…emak ada kendak muda,”Tengku Intan berkata sambil merenung wajah ibunya.

DIRAGUT SESAL

Tengku Laila diam. Seluruh tuhbuhnya masih menggigil lagi. Terasa kebas hujung jari jemarinya. Perkataan busung yang disebut Putih menakutkannya. Rahsia dia berkendak dengan orang muda terbongkar sudah.

Emak ingat tak sampai macam tu,”kata Tengku Laila.

Kalau dah tuduh orang tak bersalah, apa pun boleh jadi,emak,”sahut Tengku Intan.

Tengku Laila diam.

Emak jangan ingat kita berdarah Tengku, darah raja, darah Syed ni baik sangat, …orang miskin jahat, …deme tu lebih baik dari kita,emak,”kata Tengku Intan.

Tengku Laila diam. Hatinya mulai diragut sesal.

Tengkuke, rajake, nama saja, kita sama dengan orang lain,…Tuhan tak nilai tu semua,…yang Tuhan pandang, iman kita, budi baik kita, takwa kita, emak,” leter Tengku Intan.

Tengku Laila tunduk. Gigil tubuhnya belum reda. Pada ketika itu dia terasa pundi-pundi kencingnya sengal. Hatinya gelabah. Takut benar dia kalau-kalau penyakit busung mulai menyerangnya.

KENA TANGKAP

Putih keluar dari bilik dengan menjinjit sebuah beg plastik berisi pakaiannya. Mulutnya becok dalam tangisan.

Emak Engku pergi rapot ke polis, saya rela kena tangkap…, saya nak berhenti, …nak balik kampung…,”Putih berkata sebaik-baik sahaja dia berdiri dekat Tengku Laila.

Mak Putih, sabarlah, …tak usah berhenti,” Tengku Intan memujuk Putih.

“…tak, Tengku, mak Putih nak berhenti,…tak tahan lagi,”kata Putih.

Kasihankan saya, mak Putih,”Tengku Intan merayu.

Tak,Tengku,…mak Putih kerja sini tak guna,…pencuri, nanti habis barang rumah ni mak Putih kebas…,”kata Putih sambil menahan gigilnya.

Itu emak yang kata…,”kata Tengku Intan.

Ia, emak Tengku kata saya buruk,…tapi Tengku tau, mak Putih tak pernah buka rahsia buruk dia selama ni,” Putih berkata dan merenung wajah Tengku Intan.

Rahsia apa?” Tengku Intan bertanya.

Mak Putih ni dah lama berdosa, subahat…,” kata Putih.

“…apa yang syubhah tu, mak Putih?” Tengku Intan bertanya.

“…Tengku tak tau, …emak Tengku bawa jantan, …bawa kendak muda ke rumah ni, mak Putih diam, …,”jelas Putih.

Tengku Intan memegang bahu Putih. Marah Putih beransur reda.

Mari, mak Putih, kita naik ke atas,”ajak Tengku Intan.

Putih mengikut Tengku Intan naik ke atas. Tiba dalam biliknya, Tengku Intan mengambil dari kotak atas mejanya dan dikeluarkan wang sebanyak lapan ratus ringgit. Wang itu diserahkan kepada Putih.

Mak Putih, ambil duit ni, tak apalah mak Putih nak berhenti,”kata Tengku Intan.

Terima kasih, Tengku,”kata Putih.

Saya minta mak Putih tolong saya…,tak usah diheboh-hebohkan hal kita tadi,…malu saya,” rayu Tengku Intan.

Ia, Tengku,”sambut Putih.

SUKAR DIPUNGGAH

Tengku Intan merenung wajah Putih. Perempuan itu senyum kepadanya. Putih telah bekerja di rumah itu semenjak usia Tengku Intan lima tahun. Antara mereka ada kasih, ada sayang dan ada kemesraan yang sukar dipunggah.

Saya hantar mak Putih balik,”kata Tengku Intan.

Eh, tak apalah, Tengku, mak Putih berjalan aje,…balik sendiri...,”kata Putih.

Tak apa, saya hantar ke stesen bas, ”kata Tengku Intan.

“…tak apale, buat susah-susah aje, Tengku,”kata Putih.

Taka pa,”sahut Tengku Intan.

Pada ketika Tengku Intan turun bersama Putih berjalan ke kaki tangga, Tengku Laila berdiri tercegat di situ. wajahnya muram.

Putih, tak usah balik, mak engku minta maaf,”kata Tengku Laila.

Tak apale, mak Engku, Putih minta maaf, halalkan makan, minum Putih…,”suara Putih mendatar .Lembut.

“…mak engku silap, minta maaf,”kata Tengku Laila sambil menghampiri Putih.

Tak apa,…Putih yang patut minta maaf pada mak engku,”balas Putih.

Tengku Laila tunduk. Perasaan malu, insaf, sedih mengunyah dirinya pada ketika itu. Pada derak-derik begitu, Tengku Laila sedar akan kesalahannya menuduh perempuan yang baik budi itu.

MENCABUT BULU

Pada ketika itu Tengku Laila teringat; pada ketika dia terkapar penat, lemah dan lenguh seluruh sendi anggotanya atas katil dalam bilik kelab, pada malam minggu lalu, dia telah terasa Tengku Faisal meraba tengkuknya dan seperti mencabut bulu roma tengkuknya.Tengku Laila yakin pemuda itu telah mengambil rantai emasnya itu.

“…Intan, pujukle dia,” kata Tengku Laila.

Tengokle ,emak,”sahut Tengku Intan.


*** ***


Jarum jam besar dalam bandar Diraja Kuala Kangsar menunjukkan pukul 1.30 petang. Tengku Intan memandu keretanya melalui bulatan jam besar itu. Di situ dia membelok ke kanan lalu menuju ke kawasan warung-warung makanan, di tepi sungai Perak.

Kita minum dulu, mak Putih,”kata Tengku Intan.

“…ialah, minum aje bolehlah,”sahut Putih.

Tengku Intan memberhentikan keretanya atas petak letak kereta. Mereka keluar dari kereta dan berjalan masuk ke sebuah warung. Warung itu masyhur dengan ikan bakar. Ikan- ikan sungai Sungai Perak; tengalan, temoleh, baung, sebarau, patin, jelawat, kelabau dan beberapa jenis ikan lagi.

Mak Putih nak minum apa?”Tengku Intan bertanya.

Apa-apa ajele,”sahut Putih.

Nak, makan nasi, mee, laksa,…”Tengku Intan bertanya.

Putih geleng-geleng kepala.

Mak Putih boleh tak makan Tapah?”Tanya Tengku Intan.

Eh, boleh, ikan apa pun boleh, mak Putih bukannya orang Pari,Bota, Teluk Kepayang, Pulau Tiga, Pasir salak tak boleh makan ikan Tapah,”jawab Putih.

Mengapa,mak Putih?”Tanya Tengku Intan lagi.

“…mak Putih pun tak tau sangat, …kononnya pantang saka baka, turun temurun,” jawab Putih.

HARUM SEMERBAK

Dua biji mata Tengku Intan bagaikan kilat memancar ke sebeng Sungai Perak. Di sana kampung sayung, bumi bertuah kerana di sana cintanya kepada Alimin telah berputik, Kembang. Harum semerbak baunya..

Di sana tu kampung Sayung,”kata Putih sambil menunjuk dengan ibu jarinya ke seberang sungai Perak.

Ia,”sahut Tengku Intan.

Di sana tu ada kaum puak mak Putih,”kata Putih.

Ia?” Tanya Tengku Intan.

“…ia, tapi jauh ke darat sana…,”jawab Putih.

Oo, begitu,…jadi mak Putih ni asal orang Sayungle?”Tanya Tengku Intan.

Ia, sebelah bapa orang Sayung,…sebablah emak Padang Rengas,”jawab Putih.

Tengku Intan mula mencungkil rahsia ibunya dari Putih. Perempuan itu banyak menyimpan rahsia keluarganya. Pada mulanya Putih keberatan, tetapi kerana didesak berkali-kali oleh Tengku Intan, Putih yang lurus hati itu telah mendedahkan rahsia tersebut..

Mak Putih minta maaf,…jangan marah mak Putih, Tengku,”kata Putih.

Tak apa, cakaplah…, apa pula saya nak marah…,”kata Tengku Intan.

Putih merenung wajah Tengku Intan. Hatinya sedih. Kalau tidak kerana Tengku Laila, dia tidak akan sanggup meninggalkan gadis itu.

Tengku, maafkan mak Putih…,”kata Putih.

Tengku Intan ngangguk.

“…yang benornye, Tengku Laila tu bukan emak kandung Tengku,”kata Putih.

DEGUP JANTUNG

Bagaikan batu Gunung Pondok runtuh atas kepala Tengku Intan. Hatinya dilatam duka sebaik-baik sahaja mendengar kata-kata Putih.

“…ia, sungguh mak Putih?” Tengku Intan.

Tengku Intan terasa dinding dadanya ditendang degup jantungnya sendiri.

Ia, dia bukan emak Tengku, bukan,”kata Putih.

Habis, dia tu siapa?” Tengku Intan bertanya.

Rongga dada Tengku Intan sebak. Tersumbat. Air mulai membenak dalam dua telaga matanya.

Dia emak tiri Tengku…” kata Putih.

Emak Intan, emak saya, di mana…?” Tengku Intan bertanya.

Emak Tengku dah meninggal,…dia meninggal, pada masa tu umur Tengku baru empat tahun,…agak begitule,”jawab Putih.

Tengku Intan mengesat air matanya dengan lengan bajunya.

“…dia bukan raja, …dia tak ada darah raja,”kata Putih.

Ha, habis…, tu nama dia Tengku?” Tengku Intan bertanya.

Bapak Tengku,…Tengku Sulung beri nama Tengku tu,”jawab Putih.

Emak Tengku, orang kampung Sayung, nama dia Laila,… Laila,”jelas Putih.

Tengku Intan merenung wajah Putih. Hatinya berbungkus sedih.

Putih merenung wajah Tengku Intan. Sayu benar hatinya melihat gadis yatim piatu itu.

Kasihan dia,…emak Tengku meninggal kerana termakan racun,” kata Putih. Hiba.

Tengku Intan menahan air matanya.

Racun,…emak Intan termakan racun?” Tengku Intan bertanya.

Putih mengangguk. Air jernih bergenang dalam dua telaga mata Putih.

“…Laila tu orang Beruas, …nama dia Munah, dia jadi penari joget di Taiping,”jelas Putih sambil merenung ke dalam dua telaga mata Tengku Intan.

Bapa Tengku kawin dengan dia,…kalau tak silap lima bulan sebelum emak Tengku meninggal,”terang Putih.

“…racun?” Tengku Intan menelan pertanyaannya sendiri.

Semua orang tau Laila tu yang racun emak Tengku, tapi kerana…, entah kuasa raja, kuasa sultan…,mak Putih tak tau, si Laila tu kena tangkap,…tapi dilepaskan semula…,tak bicara pun,”terang Putih lagi.

Tengku Intan teringat akan perkataan immunity - kekebalan. Cerita Putih itu telah mengajar Tengku Intan menjadi gadis yang pernah dikatakan oleh ‘Alimin kepadanya, “…kenal diri baru kenal Tuhan, dah kenal Tuhan, Tanya pada diri sendiri, siapa aku, insanke atau haiwanke. Kalau insan, kena banyak sabar, buat yang makruf, jauhkan yang mungkar.”

Mak Putih, jum Intan hantar ke stesen bas,”kata Intan.

Iale,”sahut Putih.

Esok, Intan nak pergi ke rumah mak Putih,”kata Intan.

Datangle,…ingat lagi rumah mak Putih?”tanya Putih.

Ingat, di kampung Gapis kan?”Tanya Tengku Intan.

Putih mengangguk.

“…emak aku kena racun, …termakan racun…,”kalimat itu bagaikan leret lagu pembunuhan dalam hati Tengku Intan.

“…sabar, Allah sayangkan orang yang sabar .” Tengku Intan teringat akan kata-kata kekasihnya.

Eli,…Intan love u…” bisik Tengku Intan. (mp).





















No comments: