Thursday, May 14, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS



[Nik+Aziz+sidebar.jpg]


Nik Aziz

Umno perlu menukar dasar perjuangan didukung parti itu dalam usaha menyatukan kembali rakyat di negara ini bagi mewujudkan sebuah negara aman dan harmoni. Penawar itu

ini penawar,salah satu cra terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut melanda negara pada masa ini.

Penawar yang saya maksudkan iaitu, UMNO kena tukar dasarnya dari dasar kebangsaan kepada Islam. Ini muktamad.

Kalau UMNO tukar dasar daripada dasar kebangsaan dengan persetujuan cawangan – cawangan dan negeri tukar daripada kebangsaan kePada Islam. Kalau UMNO tukar dasarnya kepada Islam tak payah diajak, saya sokong dia (UMNO), saya akan sokong. Semua orang Pas akan sokong. Tak ada sebab la kami nak lawan sesama Islam.

Kami lawan UMNO kerana dia bawa jalan sesat. Sesat ni kita ulang dalam sembahyang. Kita tak mahu jalan sesat. Jalan sesat ini. Selain dari Islam semuanya sesat.

Jika kita mengikut jalan sesat, matlamat juga akan sesat. Hujung kita tak sampai ke syurga, tetapi akan sampai ke neraka.

Kalau hendakkan perpaduan, tidak ada cara lain, melainkan UMNO ubah dasar dia daripdsa kebangsaan yang menimbulkan perbalahan di antara kaum kepada Islam. Kerana ini ajaran Nabi (Muhammad), bukan ajaran profesor dan bukan ajaran ahli sains.

Kalau tukar dasar lebih dari duduk semeja … saya mahu lagi.

Saya pelawa UMNO supaya nenyertai perjuangan dibawa PAS kerana dasar perjuangan PAS adalah Islam.”


*** ***


MENTERI BESAR MESTI ANAK JATI PERAK


Tuan,

Sebilangan besar ahli UMNO di Negeri Perak tidak begitu berkenan

pucuk pimpinan UMNO -Barisan Nasional memilih Dato' Seri Zambry

Abdul Kadis menjadi Menteri Besar Perak.

Mereka berkenan Ahli Dewan Undangan Negeri (Manong), Ramly Zahari

diangkat sebagi Menteri Besar. Beliau bekas pegawai tsdbir dan anak Me-

layu Perak jati. Manakala Dr. Zabry Abdul Kadir anak kacukan India -

Melayu.

Rakyat Negeri Perak terdiri dari orang Melayu dari berbagai asal usul,

iait: Melayu Perak jati (anak Perak dan orang asal Negeri Perak), Pattani,

Rawa, Aceh, Minangkabau, Mendahiling, Banjar dan Jawa.

- Orang Melayu Kampung Gajah.
























No comments: