POLITIKUS TIRU HAIWAN
(Untuk Pemangku Raja Perak,
Raja Dr. Nazrin shah)
Ampun Tuanku!
Pada zaman patik kanak bolin,
dalam sawah padi tangkap belalang,
ulama kata; Belalang kunyi ada khasiat,
patik berangan – angan tinggi,
nak jadi Raja negeri.
Ampun Tuanku,
dalam sawah lalang subur padi mati,
patik lari bertelanjang,
gamat sengketa di balik sana,
dua ekor kerbau janta berlaga,
kata datuk: binatang tu rebut betina.
Ampun Tuanku,
Bila patik besar bernama dewasa,
profesion patik guna pena saban waktu,
ke mana – mana tinta patik mengalir,
laksana mani manusia meramai umat,
orang Cina kata: Lu Laja tatak cepiau (mahkota).
Ampun Tuanku,
Di Perak laja tata cepiau bermukim,
1977 periastiwa berlaku,
Rakyat meragas daulat paduka Sultan,
Benteri Besar kekal jawatan,
Memecat mamakanda tiada dalam perlembagaan.
Ampun Tuanku,
Lalu berlagalah haiwanun natiq sekalian,
puja Raja tentang Sultan,
Tidak kuasa Sultan pewaris adat purba,
Hanya mama Perdana Menteri ada cara,
Pecat Menteri Besar menghilang sengketa.
Ampun Tuanku,
Kelamarin para politikus negeri Tuanku,
jadi macam kerbau pada zaman patik telanjang dulu,
bukan rebut perempuan lorong Durian,
rebut kedudukan laksana kelkatu,
mungkinhah semua politikus berotak di lutut?
Ampun Tuanku,
Tak patik salahkan ayahanda,
demikian juga paduka Maha Mulia,
sekadar silap amal hukum,
tanpa bertanya ulama kita,
menentu tindakan 'benar saksama'.
Ampun Tuanku,
Adam dan kekasihnya Hawa,
Diturun Allah dari Syurga,
Dik Hawa berfikiiran di lutut,
Mengikut Iblis musuh Allah,
Buah khuldi masing-masing menelan.
Ampun Tuanku,
Jujur patik terhadap paduka mulia,
Dewan Negeri tidak tercemar,
Jika ayanda hitung saksama,
semua hati dibelai berhikmah,
takkan Raja rakyat sanggah.
Ampun Tunku,
Pada detik itu jika Paduka Sultan,
taklah berlaga haiwanun natiqdalam arena,
macam lembu kerbau di bendang,
hilang taraf pemimpin ummah,
nama agung akhlak tiada.
Ampun Tuanku,
Banyak sudah Paduka lakukan,
nasihat ummah di mana – mana,
carilah ikhtiar dengan sabar,
selesaikan sengketa di negeri Paduka,
dirikan tugu adil dan berkah.
Ampun Tuanku,
Jatuh Masir kerana Firaunnya,
Sultan Malaka beraja di mata,
Malaka jatuh ke tangan penjajah,
kecundang Faruq kerana nafsunya,
mabuk kuasa Shah Iran diturun rakyat.
Ampun Tuanku,
Kuasa di tangan milik Allah,
Ulama mursyid dilupa jangan,
Iku petunjuk Quran dan Hadis,
Renung rakyat dengan hati,
Amanah takhta utamakan rakyat.
Ampun Tuanku,
Putusan Sultan hanyalah kuasa,
Mahkamah menghitung dengan adill,
Rakyat menghitung silap siapa,
Jalan kembali masih dekat,
Kekalkan takhta layani rakyat.
Bukit Chandan, .....................….Mokhtar Petah
Gambar di atas ini ialah para politikus di Negeri Perak - Pakatan
Rakyat dan Barisan Nasional yang beramukan sesama mereka
dalam Dewan Undangan Negeri.Mereka sama - sama tidak betul.
1 comment:
1)1977 periastiwa berlaku.
-rangkap empat, perkataan betul atau salah?
2)ke mana – mana tinta patik mengalir,
laksana mani manusia meramai umat,
-penulis menghentam diri atau siapa? (air mani)
Post a Comment