Friday, May 15, 2009

QURAN



PERDAMAIAN

Dan jika mereka condong kepada perdamaian,maka condonglah kepadanya dan bertawakkkallah kepada Allah.Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mendengr dan Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud menipu anda, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindung anda). Dialah yang memperkuatgkan anda dengan pertolongan - Nya dan dengan para mukmin. Dan yang mempersatukan hati mereka (orang -orang yang beriman), walaupun anda membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya anda tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesaungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. - Al Anfal: 61 - 63.


HADIS


ILHAM

Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia bertutur yang baik, kalau dia tidak dapat bertutur yang baik, maka diaM sahaja.
- Muttafaq 'alaih.


PETUA

BERTSAHABAT DENGAN SYAITAN


Jika ada orang yang datang kepada anda dan dia bercakap menceritakan kebaikan dirinya sahaja dan memburukkan orang lain, maka tak usah melayan dia bercakap, kerana pada ketika itu dia bersahabat dengan syaitan.


No comments: