Tuesday, May 26, 2009

MASALAH PEEMBERIAN TANAH DI PERAK


Sebenarnya kita telah diberi penjelasan yang salah berkenaan dengan isu tanah di Perak. Pertama sekali pemberian tanah di Perak bukan dari DAP tetapi daripada PAS. Saya sebagai seorang anak Perak memang dengan jelas melihat di dalam Manifesto PAS yang berjanji untuk memberikan hakmilik kepada tanah kepada penduduk di kampung baru yang wujud sejak zaman penjajah dahulu akibat daripada isu Pengganas Komunis. Isunya bukan pemberian tanah baru tetapi pemberian hakmilik. Mereka telah lama duduk di tanah itu cuma tidak ada suratan rasmi tentang pemilikan tanah. Itu sahaja. Lainlah kalau kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat membuka tanah baru dan diberikan hakmilik pada bangsa lain daripada melayu. Selain daripada itu status tanah itu bukan berstatus setinggan. Jadi fahami satu2 isu itu dengan mendalam sebelum membuat telahan.

Kita kena faham media dikawal oleh pihak yang anti Pakatan Rakyat dan seringkali mensensaikan satu2 isu dengan niat yang tidak baik.

Saya tidak tahu secara terperinci mengenai negeri lain kecuali mendengar dari pihak ketiga. Sama ada betul atau tak terpulang kepada pihak yang membawa berita. Tapi apa yang akan saya hebahkan disini adalah melalui pengalaman saya yang terlibat secara langsung dengan proses jual beli tanah kerana saya sekarang bekerja sebagai peguam yang menguruskan hal ehwal terbabit. Saya berpengalaman terlibat di bawah sebuah syarikat perumahan(Roebuck Developement) yang mempunyai projek di Negeri Johor di kawasan Kota Tinggi dan Johor Bahru. Tanah tersebut asalnya adalah tanah kosong yang diberikan kepada syarikat tersebut untuk dibangunkan menjadi kawasan perumahan dan kondominum mewah anggaran harga sekitar 3 ratus ribu(RM). Kemudian Syarikat itu diisytiharkan muflis dan Firma guaman di mana saya bekerja telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan pengambilalihan dari segi undang2 tentang hal pengurusan pentadbiran. Yang mengejutkan saya, dokumen carian rasmi di Pejabat tanah Johor bahru (kerana suratan hakmiliknya berstatus HSD) yang setebal 2 bundle A4 penuh dengan nama cina hanya 1 parcel sahaja yang dipunyai oleh Melayu(2 nama pemilik) dan seorang berbangsa India(simati). Daripada nama2 tersebut sedikit sahaja orang cina yang berwarganegara Malaysia kerana menggunakan No K/P dan beratus lagi orang cina berwarganegara singapura dan ada diantara mereka memiliki lebih dari satu buah rumah. Bayangkan kos berurusan mengeluarkan dokumen dari pejabat tanah menelan hampir 12 ribu(RM). Perkara ini berlaku pada tahun 2006 dan tahun2007.
Kalau tak percaya sila rujuk ke pejabat Johor Bahru buat carian pada kawasan tanah di Kota Tinggi dan Johor Bahru Khususnya.
Iam Khufu Said

Komen di atas diterjahkan ke dalam blogs saya semalam sebagai menjelaskan tentang masalkah tanah diu Perak yang saya telah tulis. Saya ucapkan terima kasih. Mokhtar Petah.

Tanah di muka bumi di negeri Perak (seperti negeri – negeri lain di Tanah Melayu, sebahagiannya adalah terkaluk dalam Simpanan Melayu.Untuk mengetahui syarat membolehkan melepaskan tanah simpanan Melayu,sila baca buku Buku Panduan Pentsdbiran Tanah , Jabatan Tanah Dan Galian Persekutuan 1980.

Jika dilihat dari sempadan antara daerah Grik, Hulu Perak – Kuala Kangsar, dari batu sempadan di Jenalik,dalam mukim Durian Pipit, daerah kecil Lenggong hingga ke sempadan Thailand – Malaysia dan Kedah – Perak, semua muka buminya adalahTanah Simpanan Melayu.

Apabila Undang – Undang Darurat 1948, dikuatkuasa oleh Pesuruhjaya Tinggi British diTanah Melayu, Sir Edward Jame, semua setinggan Cina, India dan Melayu yang tinggal dalam kawasan gigi rimba – banjaran Bintang Hijau dan di tempat – tempat terpencil seluruh Negeri Perak telah dipindahkan ke kawasan penempatan yang di nama kemudiannya 'Kampung Baru'.

Dalam daerah Grik dan daerah kecil Lenggong dan daerah kecil Kroh (kini Pangkalasn Hulu), terdapat kampung – kampung baru yang didiami oleh orang Cina dan India. Di antara ampung – Kampung Baru tersebut, Kota Tempat, Lenggong, Air Kala,Padang Geros dann Kelian Intan.

Pada tahun 1970-an Allahyahram Tan Sri Mohd. Ghazali Jawi Menteri Besar Perak kali yang kedua, telah meminta saya (wartawan) agar tidak menulis membongkar masalah tanah Hutan simpan yang didiami oleh orang – orang bukann Melayu dan tanah kerajaan Negeri – state land (simpanan Melayu) telah diluluskann kepada orang -orang cina untuk ladang getah dan sebgainya.

Beliau meminta saya membantunya agar tidak timbul kecelaluan Kerajaan Perak yang dipimpinnya.


Perkara itu, setelah Sultan Perak, Sultan Idris Shah telah menimpulkan perkara tanah simpanan Melayu yang berada di tangan orang – orang bukan Melayu.

Encik Mokhtar, saya minta you tolong sayam jangan tulis fasal tanah tu …,'katanya kepada saya.

Tulisan saya kelmarin berhubungan dengan Mufti Perak, Dato Harussani dan Ustaz Ahmad Awang, yang menyetuh tentang tanah, saya tidak menyentuh tentang tanah kerajaan – state lands ; tanah dara atau tanah janda (belum diteroka atau telah di teroka) yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Dato Seri Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin. Yang saya timbulkan, ialah tanah simpanan Melayu.

Sekali lagi saya minta kepada pemberi komen agar membaca syarat -sarat melepaskan tan ah sdimpanan Melayu, dalam 'Buku Panduan Pentadbiran Tanah'.




No comments: