SAKIT LUTUT
Sakit lutut (osteoartritis) – OA - , adalah penyakit degeneratif sendi dan hampir setiap orang apabila menjengkau usia 65 tahun akan mengalami penyakit ini.
Faktor
Antara beberapa faktor menyebabkan penyakit ini termauklah obesisti, penggunaan sendi yang berlebihan, kecederaan akibat dari cara bekerja atau bersukan, pembedahan, usia dan sejarahkeluarga. Oleh itu ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup dengan menghadkan pergerakan dan menyebabkan rasa sakit. Penyakit ini paling kjerab berlaku dibahagian sendi antara lutut dengan paha.
Sebab Sakit
* Kepekatan hialuronan dalam bendalir (benda alir seperti minyak
pelincir) sendi yang melindungi sendi,alan berkurangan dan
menjadi kurang likat. Sehubungan itu,benadalir sendi tidak lagi
mampu berfungsi sebagai pelindung dan pelincir.
simtom OA termasuklah rasa sakit, kekejangan, pergerakan sendi
yang terhad, sedikit keradangan dan bengkak – bengkak.
Penyakit ini menyukarkan pengidapnya melakukan ibadat sembahyang, iaitu pasa waktu sujud.
HYALGAN
Islah sejenis hialuronan semula jadi, dan secara kimia sama dengan hialuron yang biasa terdapat pada sendi lutut.
Bagaimana Hyalgan bersungsi?
Apabila disuntik ke dalamsendi, ia akan mengembalikan semujla hialuronan dan meningkatkan kualiti bendalir sendi.
* Ia bertindak seperti pelincir dan penyerap hentakan, dan dengan itu
mengutangkan rasa sakit serta membolehkan pergerakan yang lebih
lancar.
* Ia menambah baik fungsi sendi dengan mengaktifkan proses pembaikan
tisu dalam rawan sendi. (bersambung Ahad depan)
(sumber: Hospotal Universiti Kebangsaan Malaysia - HUKM)
Nasihat:
Menurut amalan orang tua – tua Melayu, untuk mengelakkan sakit ini,
1 – Minum air rebusan akar atau daun patawali (seruntun) campur madu
lebah asli pada tiap – tiap pagi atau tiga kali seminggu.
2 - Makan isi gondang (sejenis siput besar terdapat dalam sungai Perak),
kira – kira tiga kali dalam sebulan.
No comments:
Post a Comment