Monday, June 9, 2008


SURAT KEPADA RAJA MELAYU

“Sejarah telah menunjukkan, bahawa di setengah-setengah Negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada abad kesembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu – kepada 240 buah dalam abad yang kedua puluhan, dan pada hari ini – pada dekat kelapan abad kedua puluh – hanya terdapat 40 buah takhta sahaja. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni budaya.”

Titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di atas ini terkandung dalam surat Mokhtar Petah kepada Raja-Raja Melayu yang dirafakkan pada Mei 2000. Mudah-mudahan pembaca blog ini dapat meneliti dan memikirkannya.

Editor, Petah Shahrir Aidid.



Kuala Lumpur. 11 Mei 2000

Menghadap ke bawah,

Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Sultan Johor Darul Taazim.

Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Sultan Pahang Darul Makmur.

Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Sultan Perak Darul Ridzuan.

Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Pemangku Sultan Selangor Darul Ehsan.

Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Sultan Terengganu Darul Iman.

Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Sultan Kelantan Darul Naim.

Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Raja Perlis Indera Kayangan.

DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Dan ke hadapan Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu (Setiausaha Majlis Raja-Raja Melayu).


Ampun Tuanku,

Assalamu alaikum wa rahmatul lahi wa barakatu.

Sesungguhnya, patik adalah wartawan dan pengarang Melayu, rakyat Malaysia dari Negeri Perak Darul Ridzuan. Patik telah menceburkan diri dalam bidang persuratan, politik, kemasyarakatan dan bersama institusi istana semenjak tahun 1951, iaitu pada tahun patik menuntut di sekolah agama lagi hingga pada masa ini.

Atas nama Allah, sesungguhnya, sebagai hamba Allah yang beragama Islam – beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan hari akhirat, patik melihat Tuanku dan kita orang-orang Melayu atau umat Islam sedang berhadapan dengan keadaan yang menyedihkan, iaitu perpecahan di antara orang-orang Melayu atau umat Islam di negeri-negeri di seluruh negara Malaysia ini.

Perpecahan ini menjadi bebanan yang amat besar ke atas Tuanku sebagai Raja Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu, para ulama dan semua orang Melayu untuk mencari ikhtiar bagi mengatasi perpecahan tersebut atau untuk menyatukan semula orang-orang Melayu atau umat Islam di bawah kalimatullahil ulya’, supaya menjadi satu bangsa atau ’umat pertengahan’ dan diredai Allah atau umat yang menyeru kepada kebaikan dan menentang kemungkaran seperti firman Allah berikut ini:

Adakan di antara kamu umat yang mengajak kebaikan, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang melakukan yang salah.

Al Quran: Ali Imran:104

Kamu adalah umat yang paling baik yang di lahirkan dan untuk kepentingan manusia, menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang membuat yang salah serta beriman kepada Allah.

Al Quran: Ali Imran:110


Sesungguhnya, adapun perpecahan di kalangan orang-oranmg Melayu atau umat Islam amat membahayakan kepada kedudukan dan kedaulatan Raja- Raja Melayu dan orang-orang Melayu atau umat Islam. Sekali gus akibat perpecahan itu akan memberi ruang atau peluang kepada orang-orang lain (bukan Islam) untuk menguasai Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu atau umat Islam di Malaysia ini dalam semua bidang – politik, ekonomi, kebudayaan, pendudikan dan sosial atau kemasyarakatan dan hal-hal yang lain.

Hal-hal lain termasuklah pengedaran dan penyalahgunaan dadah, perlakuan seks secara bebas dan homoseksual dan sebagainya.

Akibat daripada penguasaan mereka (orang-orang bukan Islam) itu nanti, pada suatu masa yang terdekat akan wujud di kalangan orang-orang Melayu atau umat Islam seperti berikut:

( 1 ) Orang Melayu tidak beragama Islam atau menganut atheisme atau fahaman tidak ada Allah.

( 2 ) Orang Melayu sekular, iaitu berpegang kepada ajaran Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya.

( 3 ) Orang Melayu memusuhi Allah, agama Allah, kitab-kitab Allah termasuk Al-Quran, tidak berakhlak dan suka kepada amalan jenayah, maksiat atau kemungkaran.


Siapakah yang patut atau wajib memikul tanggungjawab untuk mengatasi atau menolak bahaya-bahaya di atas ini dan untuk menyatupadukan semula orang-orang Melayu atau umat Islam?

Ampun Tuanku, Mereka itu ialah: Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia, Duli-Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Raja-Raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik yang terdiri daripada orang-orang Melayu, para ulama dan orang-orang Melayu sendiri.


Ampun Tuanku,

Patik telah mengikuti peristiwa demi peristiwa mengenai Raja-Raja Melayu dan perjuangan orang-orang Melayu semenjak tahun 1946 hingga pada masa ini, maka dengan rasa rendah diri patik mengakui diri patik bertanggungjawab untuk merafakkan warkah tidak sepertinya ini ke bawah Duli Tuanku yang memikul tanggungjawab sebagai Raja Melayu dan Ketua Agama Islam di negara dan negeri Tuanku. Patik berharap, moga-moga dengan warkah yang tidak berharga ini, sekurang-kurangnya Tuanku di atas takhta kerajaan dan patik di bawah cerpu Tuanku akan dapat berkongsi pengalaman dan mencari ikhtiar untuk menyatupadukan semula orang-orang Melayu atau umat Islam kepada satu ikatan ’umatan wahidah’ umat yang satu dan umat yang diredai Allah serta dapat mempertahankan agama Islam yang mulia ini dari termusnah akibat kealpaan dan kelemahan kita sendiri.


Ampun Tuanku,

Sesungguhnya Tuanku dan patik telah banyak belajar dari sejarah bangsa kita sendiri. Semenjak zaman berzaman lagi negeri-negeri Melayu mengguna-pakai undang- undang syariah atau Islam – atau mengamalkan dan mengguna-pakai semua undang-undang Islam dalam semua bidang kehidupan umat Islam. Di antara negeri-negeri Melayu itu, ialah Negeri Pahang Darul Makmur mula mengguna-pakai undang-undang Islam pada zaman pemerintahan al Marhum Sultan Abdul Ghafu Muhyiddin Shah (1592-1616M), Negeri Terangganu Darul Iman telah mengguna-pakai undang-undang Islam pada zaman kerajaan Sultan Zainal Abidin III (1818-1881), Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengguna-pakai undang-undang Islam, iaitu ’Undang-Undang 99’ atau Papers On Malay Subject yang diambil dari Kerajaan Khalifah Harun al Rashid di Baghdad (786-809M) dan Negeri Kedah Darul Aman telah mengguna-pakai undang-undang Islam pada zaman al Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abdidin Mu’azzam Shah (1174-1760M).


Ampun Tuanku,

Apabila Britrish menjajah dan memerintah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini, walaupun polisi ’pecah-pecah perintah’ – divides and rules dijalankan dan berjalan lancar, tetapi ia tetap menghormati Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu. Penghormatan itu kerana mereka mengakui yang negeri-negeri Melayu ini adalah milik orang-orang Melayu dan setiap orang Melayu menganut agama Islam. Maka hingga hari ini dalam Perlembagaan Malaysia wujud tafsiran ’Orang Melayu adalah orang Islam’. Rakyat negara ini tidak boleh bergelar Melayu selagi tidak beragama Islam. Di sini patik mentafsirkan; dalam apa jua keadaan pun Raja-Raja Melayu mempunyai ikatan yang kuat dan erat dengan orang-orang Melayu atau umat Islam negeri-negeri di Malaysia ini. Ampunkan patik.

Patik akui keeratan Raja-Raja Melayu dengan orang-orang Melayu atau umat Islam di negeri dan di negara ini seperti isi dengan kuku atau seperti aur dengan tebing – rebak tebing robohlah aur dan roboh aur rebaklah tebing’.

Ertinya hilang bangsa Melayu hilanglah kedaulatan Raja-Raja, dan hilang kedaulatan Raja-Raja Melayu maka hancurlah bangsa Melayu.

Hal sedih atau tragedi keruntuhan atau penghapusan bangsa Melayu telah berlaku di Republik Filipina dan Republik Singapura.


Ampun Tuanku,

Patik mengaku, bahawa malang bagi Raja-raja Melayu, iaitu apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sedikit demi sedikit terlihat Raja-Raja Melayu tidak berperanan atau tidak ada tanggungjawab kepada orang-orang Melayu atau umat Islam dan begitu juga kepada agama Islam di negeri-negeri Melayu ini walaupun mereka mempunyai hak sebagai Ketua Agama Islam di negeri mereka sendiri.

Raja-Raja Melayu telah berada pada jarak jauh dari rakyat jelata, iaitu daripada orang-orang Melayu dan umat Islam yang bergelar rakyat jelata. Yang tinggal dalam bandar dan luar bandar, di kampung-kampung dan dusun-dusun. Tetapi yang rapat dengan Raja-Raja Melayu, ialah golongan elit Melayu dan orang-orang bukan Melayu yang berkedudukan dan golongan hartawan dan jutawan. Oleh yang demikian orang-orang Melayu dan umat Islam yang bergelar rakyat jelata terasa mereka disisihkan dari Raja-Raja Melayu.


Ampun Tuanku,

Patik amat khuatir keadaan itu akan mengakibatkan seperti ucapan Tan Sri Raja Azlan (Hakim), iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah seperti yang termuat dalam buku karangan patik ’Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu’ (1993), iaitu:


”Sejarah telah menunjukkan bahawa di setengah-setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada abad kesembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu – kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini – pada dekad kelapan abad kedua puluh – hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta sahaja.”

”Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni budaya.”


Ampun Tuanku,

Hal yang menyedihkan itu (kerenggangan Raja-Raja Melayu dengan rakyat jelata) telah berlaku disebabkan negara dan negeri Tuanku membelakangi hukum atau undang-undang syariah atau Islam. Sebaliknya mengambil hukum atau undang-undang sekular, iaitu diambil dari Inggeris atau dari Kerajaan Rom tua menggantikan hukum atau undang-undang dari Allah. Hukum atau undang-undang tersebut dilihat dalam ilmu sains politik (political science) dinamakan ’undang-undang ciptaan manusia’. Kita mengguna-pakai hukum atau undang-undang dari Allah seperti yang telah ditunjukkan oleh Allah dalam al Quran dan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis-hadisnya.

Perpecahan orang-orang Melayu atau umat Islam yang Tuanku lihat hari ini, bukan kerana agama Islam atau tidak juga kerana hukum-hukum Islam atau syariah, tetapi kerana hukum atau undang-undang sekular diterap dan diguna-pakai di kalangan orang-orang Melayu dan umat Islam di negara dan di negeri ini.

Orang-orang Melayu dan umat Islam; terutama para mufti dan ulama serta orang-orang yang berpengetahuan agama Islam amat faham, bahawa hukum atau undang-undang sekular menjadi musuh kepada agama Islam, seperti racun yang ditaburkan ke atas tanaman atau makanan. Yang demikian itu mengakibatkan umat Islam menjadi lemah dan tidak dapat mencari arah; kepada siapa tempat mereka bergantung. Kepada Raja-Raja mereka yang menjadi Ketua Agama Islam di negeri masing-masing, tetapi nampaknya, sama ada dengan kehendak pihak yang memerintah iaitu parti politik atau kerana kehendak Raja-Raja Melayu sendiri, iaitu menyerahkan bulat-bulat urusan dan pentadbiran agama Islam kepada para pegawai yang berhubungan dengan Islam di negeri mereka. Dengan yang demikian rakyat tidak dapat melihat peranan Raja-Raja mereka sebagai Ketua Agama Islam seperti yang terkandung dalam Perlembagaan negeri.


Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat – Menteri Besar Kelantan berkata: ”Amalan sistem beraja di negara ini dicedok dari barat berdasarkan fahaman Greek tua yang menganggap Tuhan dan Raja mereka sebagai simbol.”

”Islam mengamalkan sistem raja bermesyuarat (syura) dan bukan Perlembagaan kerana Islam meletakkan syarat seseorang pemerintah itu perlu adil, berilmu, bertaqwa, zuhud dan warak.”

Pendapat ulama tersebut termaktub dalam buku karangan patik ’Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu’ (1993).


Patik berpendapat, Tuanku dan Raja-Raja Melayu atau Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai tanggungjawab untuk mencari jalan atau ikhtiar bagi menyatukan semula orang-orang Melayu atau umat Islam di negara ini. Tetapi bukanlah dengan cara bermuzakarah, berdebat di khalayak ramai, melakukan publisiti dalam media cetak dan elektronik. Patut diadakan dengan cara berunding ’dari hati ke hati’ dan cara rahsia sesama kita umat Islam yang sesuai dengan firman Allah:


Hai orang-orang yang beriman, taatkan Allah dan taatkan rasul dan orang-orang yang memerintah di antara kamu. Dan jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, kembalilah kepada Allah (Al Quran) dan rasul; jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.

Al Quran, An Nisa: 59


Ampun Tuanku,

Sesungguhnya, dalam Al Quran Allah telah menjelaskan, bahawa Allah menegah orang mukmin atau umat Islam mengamalkan atau mengguna-pakai

hukum atau undang-undang yang lain dari yang telah diturun atau diciptakan oleh-Nya. Tegahan itu dapat Tuanku perhatikan firman-firman Allah Taala di bawah ini:


Barang siapa yang tidak menghukum (memerintah) menurut yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.

Al Quran, Al Maidah:44

Barang siapa yang tidak menghukum menurut yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang zalim.

Al Quran, Al Maidah:45

Barang siapa yang tidak menghukum menurut yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang fasik (Jahat)

Al Quran, Al Maidah:47

Adakah hukum (undang-undang) jahiliah (ciptaan orang-orang Rom atau manusia) yang mereka tuntut? Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada hukum Allah bagai kaum yang yakin?

Al Quran, Al Maidah:50


Ampun Tuanku,

Kerana tuanku Raja Melayu, Ketua Agama Islam di negara ini dan di negeri-negeri Tuanku, maka tuanku boleh menjalankan kewajipan (tidak melibatkan dengan urusan politik), iaitu memanggil para pemimpin Melayu dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dalam satu perundingan dan muafakat bersama Tuanku Raja-Raja Melayu dalam satu majlis tertutup dari media dan sebagainya. Adakan rundingan dari hati ke hati sebagai orang-orang Islam yang menjunjung dan beriman kepada Allah dan kitab Allah, iaitu Al Quran. Jangan mengikut sentimen, jangan terikat pada undang-undang sekular atau takut kepada sesuatu kuasa. Dalam perundingan itu, segala keputusan yang bersandarkan Al Quran adalah muktamad. Dalam pertemuan itu nanti Raja-Raja Melayu dan para pemimpin Melayu atau umat Islam mengambil keputusan untuk menukarkan corak kerajaan sekarang yang bersifat sekular kepada kerajaan Islam yang duduk di bawa daulatul Islamiyah seperti yang telah dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah al Munawwarah dari tahun 1 Hijrah hingga ke 10 Hijrah dan kemudian disambung oleh para sahabat, para khalifah dan para tabien – yang sambung menyambung kepada kerajaan-kerajaan Islam di negeri-negeri di Nusantara pada zaman silam.


Ampun Tuanku,

Sesungguhnya, jika negeri-negeri Melayu dan Malaysia bertukar kepada negeri-negeri dan Negara Islam, maka orang-orang Melayu atau umat Islam mempunyai kuasa yang penuh atau mutlak, kerana:


a – Orang-orang bukan Islam (kafir) rakyat Malaysia tidak boleh menjadi pemimpin, menteri dan ahli Dewan Parlimen, Dewan Negara dan Dewan Negeri

b - Orang-orang bukan Islam (kafir) tidak boleh berpolitik dan tidak boleh menubuhkan parti-parti politik, bahkan parti politik mereka yang telah wujud dihapuskan.

c – Orang-orang bukan Islam (kafir) rakyat Malaysia

bertaraf kafir zimmi (jinak atau setia) dan mereka hidup sebagai rakyat biasa yang boleh bergiat dalam bidang ekonomi, sosial dan selain dari politik.


Amalan ini berdasarkan tegahan dalam Al Quran seperti berikut:


Jangan mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin, bukan orang yang beriman, siapa yang melakukan begitu tidak ada hubungan sedikit pun dengan Allah.

Al Quran, Ali Imran:28.


Ampun Tuanku,

Sesungguhnya demokrasi yang popular dan sedang kita amalkan sekarang ini adalah dari ajaran kaum Yahudi yang berpandukan kepada ajaran dari Protokol Yahudi atau Zionis yang bertujuan untuk menghancurkan semua bangsa dan agama. Di bawah ini adalah di antara garisan-garisan perjuangan Yahudi atau Zionis:


1 - Menghancurkan pelbagai bangsa dan mengusai negara bukan Yahudi.

2 - Mewujudkan negara Yahudi di negara-negara antarabangsa untuk mengusai seluruh dunia.

3 - Memasukkan faham atau ajaran Yahudi (bukan Islam) ke dalam politik, ekonomi, kebudayaan dan masyarakat bukan Yahudi di seluruh dunia.


Dalam ayat yang ke 10 Protokol Yahudi mencatatkan:


Untuk memperoleh hasil yang kita kehendaki, kita memilih beberapa orang pemimpin yang pernah dibongkar tipu muslihat mereka atau pernah bergabung dalam gerakan yang disangsikan. Pemimpin-pemimpin seperti ini boleh melakukan langkah-Iangkah kita, sebab dia takut terbongkar rahsianya kepada orang ramai dan khuatir kedudukannya dan mencari ikhtiar barn dalam politik, kita mesti mengiring mereka ke dunia hiburan, seperti berjudi, aneka jenis hiburan, pesta seks (termasuk homoseksual), rumah urut. Dengan adanya beraneka hiburan, mereka akan hilang penumpuan kepada menentang ajaran kita, lama kelamaan mereka menjadi lemah.


Ampun Tuanku,

Dengan nama Allah patik mengaku dan yakin, iaitu apabila negara dan negeri-negeri Tuanku telah bertukar kepada sebuah Negara Islam - mengguna-pakai perlembagaan dan perundangan Islam, maka krisis politik akan tidak ada lagi dan perpecahan antara orang-orang Melayu atau umat Islam tidak wujud, kerana kita sama-sama duduk atau bernaung di bawah hukum atau undang-undang ciptaan Allah.

Dalam ajaran Islam melarang rakyat menentang Raja Pemerintah selagi Raja Pemerintah itu beragama Islam dan beriman kepada Allah. Maka dalam negara Islam kedudukan Raja-Raja Melayu terselamat dan berdaulat


Ampun Tuanku,

Jika perkara yang serius ini diambil berat oleh Raja-Raja Melayu dan para pemimpin Melayu serta para ulama, maka patik yakin, bahawa Tuanku dan semua pemimpin Melayu serta para ulama masih belum terlambat untuk mencari ikhtiar untuk menyatupadukan orang-orang Melayu atau umat Islam. Tetapi apabila langkah-Iangkah bertanggungjawab tidak diambil, maka patik khuatir; apabila nasi telah menjadi bubur atau orang yang tenggelam telah meminum air dengan hidung, maka pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa lagi.


Ampun Tuanku,

Atas nama pengarang Melayu dan rakyat negara ini, patik menunggu langkah-langkah berdaulat dan bemai tuanku untuk memimpin orang-orang Melayu dan umat Islam kepada perpaduan sesuai dengan firman Allah:


Kamu adalah umat yang,paling baik yang dilahirkan untuk kepentingan manusia,menyuruh mengerjakan yang benar (baik) dan larang melakukan yang salah.

Al Quran, Ali lmran: 110


Ampun Tuanku,

Warkah ini sekadar suatu suara seorang rakyat di bawah cerpu Tuanku. Yang Berkuasa Tuanku; ke hilir kata Raja, ke hilirlah diikut rakyat, ke baruh kata raja,kebaruh pulalah rakyat mengikut dengan taat setia.


Menanam kelapa di Pulau Bukum,

tinggi sedepa sudah berbuah,

Adat bermula dengan hukum,

hukum berdasar di kitab Allah.


Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun.

Kepada Allah patik memohon taufik dan hidayah.

Sekianlah sahaja, adanya.

Yang benar,

2 comments:

Unknown said...

Tuan Mokhtar Petah,

Saya sangat meminati penulisan tuan walaupun baru menemui blog dan membaca untuk pertama kali artikel tuan baru-baru ini.

Maaf sebagai generasi muda saya kurang mengenali tuan sebelum ini. Apapun saya tidak mahu terus ketinggalan memebaca penulsian tuan sebelum ini.

Saya berhasrat untuk mendapatkan buku tuan sebelumnya iaitu 'Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu' (1993) dan sebarang buku tuan yang lain. Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Mokhtar Petah said...

2 buah buku beliau boleh didapati di Pustaka Antara. Kebanyakan sudah tidak dicetak semula tetapi boleh dibaca di semua perpustakaan awam atau IPT. Kebanyakan diterbitkan untuk derma badan2 tertentu termasuk yang terkini 'Selamat Pengantin Baru utk Pak Lah'derma untuk Rumah Anak Yatim di Baling. Buku 'Abdullah Badawi: Penjana Modal Insan' tuan boleh hubungi Petah Shahrir Aidid 013-2817714. TK