Tuesday, June 17, 2008

HADIS


SELUAR DALAM

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Kamu pakailah seluar (seluar dalam bagi lelaki dan perempuan) kerana seluar itu dapat menutupi (anggota sulit) kamu dan melindungi (tempat sulit) isteri-isteri kamu, jika mereka keluar (rumah).

Perawi: Al Uqailah, Ibnu Adi dan Al Baihaqi.

Huraian: Menurut Ibnu Hamzah Al Husini Al Hanafi Ad Damsyiqi, Asbabul Wurud, bahawa sebab-sebab lahir hadis ini mengikut keterangan Syedina Ali bin Abi Talib r.a. , iaitu pada satu hari Nabi Muhamad s.a.w. sedang ziarah Al Baqi’ (kawasan pusara ahli keluarga Junjungan) di Madinah, tiba-tiba seorang perempuan menunggang seekor keledai pada waktu tiba berhampiran Al Baqi’, dia terjatuh dari keledainya dan Junjungan berpaling dari merenung perempuan tersebut.

Ada riwayat, bahawa maksud seluar itu, ialah seluar panjang yang menutup aurat lelaki dan aurat perempuan.

No comments: