BUKU ASPIRASI KEBITARAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Oleh:
Universiti Sultan Idris Tanjung Malim, telah menerbitkan sebuah buku Aspirasi Kebitaraan Universiti Pendidikan Sultan Idris, sejarah Maktab dan Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malam, berukuran coffee table dan 268 halaman, pada tahun 2003.
Saya telah berpeluang menatap buku sejarah itu, di perpustakaan, baru-baru ini. Buku itu cantik. Mengandungi gambar-gambar yang berhubungan dengan penubuhan awal Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim hingga tahun penubuhan universiti.
Sesiapa pun yang membaca buku itu dengan cara sekali lalu akan terasa bangga dan memuaskan sebagai sebuah buku sejarah. Tetapi kalau membacanya dengan pengetahuan seorang penulis atau pengarang dan meneliti kedudukan susunan Raja-Raja memerintah Negeri Perak, maka akan menyifatkan buku itu banyak cacat, tidak sempurna dan ada unsur menolak jasa seorang Sultan negeri itu.
Kulit depan buku
Mengapa demikian jadinya? Saya mendapati ada kealfaan atau kecuaian di pihak Ketua Editor: Mohd.Zuber Haji Zain dan Haji Radzuan Abdul Kadir, dan Panel Editor: Haji Khairuddin Abdul Ghani, Ahmad Khair Mohd. Nor, Mohammad Nazari Abdul Hamid, Abdul Halim Ali dan Julaini Awang.
Sebagai sebuah buku sejarah dan akan menjadi khazanah Negara, maka faktor-faktor yang saya akan kemukakan ini menjadi penyebab buku itu kurang nilai, iaitu:
1 – Sultan Idris Murshidul Azam - Idris the first (1887-1916), Sultan ke -28,
Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah, Sultan ke 29 (1916-1918),
Sultan Alang Iskandar Shah, Sultan ke-30 (1918 -1938),
Sultan Abdul Aziz Almuttasim billah Shah, Sultan ke 31 (1938-1948),
Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Sultan ke -32 (1948-1963),
Sultan Idris Shah Iskandar Al mutawakkil billah Shah, Sultan ke -33 (1963-1984)
dan Sultan Azlan Muhibbudin Shah, Sultan ke -34 (1984 …).
Tetapi pada susunan gambar dalam halaman 9 tidak ada gambar Sultan Idris Iskandar Al mutawakkil billah Shah. Pada masa Almarhum memerintah Negeri Perak, Almarhun telah mengambil berat akan maktab tersebut.
2 - Gambar-gambar lama yang digunakan dalam buku (mungkin dari Arkib Negara dan lain sumber) tidak diberi kredit atau keterangan dari mana gambar-gambar itu diperolehi.
3 - Guntingan-guntingan surat khabar tidak diberi nota kaki atau nota hadapan menunjukan apa nama surat khabar itu seperti pada halaman 125, 184, 184, 191, 216 dan 221.
Mengikut sistem menulis buku, nota kaki atau nota hadapan amat penting, walaupun pada halaman naskhah, risalah, surat khabar dan sebagainya ada tercatat namanya. Kalau tidak berbuat demikian, dalam bidang kewartawanan atau media, dianggap palagiat.
Sultan-Sultan Negeri Perak
Setiap penulis akan tidak baik nilai dirinya, jika menulis sesebuah buku sejarah tidak mempunyai fakta yang jelas atau cukup, tertekan oleh pihak lain dan sebagainya. Buku yang ditulis itu akan rendah nilainya walaupun kelihatan grand atau great.
Walaupun faktor-faktor yang mencacatkan buku itu sebagai sebuah buku sejarah, tetapi saya menyanjung usaha menerbitkan buku itu oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
No comments:
Post a Comment