WARTAWAN
JADI ALAT POLTIKUS BERKUASA
Oleh: Mokhtar Petah
Tindakan menyekat para wartawan memasuki kawasan rehat para wakil rakyat, di hadapan pejabat para menteri dan lobi Parlimen oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pendekar Amin Mulia, Isnin lalu, saya melihat para wartawan
Kejadian itu terlah mengingatkan saya kepada peristiwa yang dilakukan oleh Pasuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer, terhadapan wartawan Melayu, Abdul Aziz Ishak yang membuat laporan pertabalan Ratu Inggeris di London, sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Templer dengan wajah singa garang telah memekik kepada para wartawan, “He …, rat row journalist.” Kata-kata kesat itu ditujukan kepada wartawan Abdul Aziz Ishak yang mewakili
Pesuruhjaya Tinggi British itu telah marahkan Abdul Aziz Ishak kerana ada di antara laporannya di sekitar istiadat pertabalan itu, di istana Ratu Inggeris itu yang tidak sesuai dengan pandangan orang Inggeris.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 31 Ogos 1957 - Abdul Aziz Ishak yang berasal dari Kampung Kubu Gajah, Taiping, Perak, telah menyertai kabinet Tunku Abdul Rahman. Dia telah memikul tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian.
Kabinet Tunku Abdul Rahman, 1957, duduk paling kiri, Abdul Aziz Ishak. Gambar Arkib Negara
Pada Isnin lalu, seorang ‘the man’, seorang yang dikira berkedudukan tertinggi dalam kerajaan Malaysia yang menghormati kebebasan wartawan, Amin Mulia, telah bersikap sama dengan Pesuruhjaya British itu.
Sekadarkan Amin Mulia dengan bertindak menggunakan kuasa sebagai Speaker Dewan Rakyat, mengadakan peraturan yang diibaratkan ‘lebih sumbi dari gigi’ itu telah menyekat kebebasan para wartawan.Tetapi pada hakikatnya; di segi moral seorang pemimpin dan politikus berkuasa, beliau melihat wartawan seperti sampah yang akan diangkut ke pusat kitaran semula sahaja.
Amin Mulia orang baru, tetapi dengan pengetahuan yang tinggi dalam dirinya, beliau tidak sepatutnya bertindak demikian. Beliau patut tahu pengetahuan am; membeza tugas wartawan dengan tugas pemandu keretanya atau tugas seorang jurutaip.
Sesiapa yang telah belajar ilmu kewartawanan tentulah telah bertemu dengan kata-kata yang begini “Wartawan tidak boleh mencarikkan punggung seluarnya atas kerusi, tetapi mestilah menghauskan tumit kasutnya.” Ertinya wartawan mesti berjalan mencari bahan berita untuk medianya.
Wartawan yang bertugas di Dewan Rakyat tentulah bukan jurutaip. Mereka tidak melaporkan ucapan-ucapan para wakil rakyat (termasuk Speaker) dalam Dewan Rakyat sahaja, tetapi mereka perlu menemui individu-individu tertentu di dewan legar atau lobi Parlimen dan di tempat-tempat terbuka lainnya.
Saya sebagai wartawan telah bertugas di Dewan Parlimen sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga zaman Dr.Mahathir Mohamad, tidak pernah mengalami penghinaan terhadap wartawan seperti Isnin lalu.
Saya tidak menuduh, tetapi saya mengagakkan, perbuatan Amin Mulia itu seperti cuba mencalarkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau sekurang-kurangnya, biar pada masa Perdana Menteri kelima ini dia ‘mengajar wartawan’ supaya takut kepadanya.
Saya berharap Amin mulis mencubakan dirinya sebagai insan yang menghormati golongan wartawan (penulis dan pengarang). Kerana hormat sedemikian tidak merugikannya. Pebuatan itu bagi Amin Mulia yang berkedudukan tinggi seperti ular menyusur akar tidak hilang bisanya.
Dengan tindakan Amin Mulia itu, maka kemasyhuran Parlimen sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga kini, telah terpalit warna hitam dalam sejarah dewan mulia itu, iaitu ‘Speaker anti wartawan’.
Kalau Tunku Abdul Rahman masih hidup, tentu dia menegur tindakan Amin Mulia itu.
Tetapi mujurlah para politikus yang boleh saya kira ‘orang sibilisasi’ – ahli-ahli Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Aziz, Datuk Halimah Mohamad, Datuk Mat Sirat Abu, Datuk Abdul Rahman Dahalan dan Datuk Tajuddin Abdul Rahaman dan beberapa orang lagi telah mengubah papan road block – Ruang Khas Media - kepada wartawan itu.
Sambil mengucap terima kasih kepada Amin Mulia kerana telah mencatatkan warna hitam dalam sejarah Parlimen
Pada tahun 1960-an, iaitu pada masa berlaku krisis politik di Negeri Perak – antara Menteri Besar, Dato’ Shaari Shafie dengan tokoh UMNO Hilir Perak, Sulaiman Bulon, saya telah disekat di jalan raya dekat Jambatan Iskandar, Kuala Kangsar, oleh wakil rakyat, Ustaz Khalid Abbas, wakil peribadi Shaari Shafie, Shafie Mat Saman dan beberapa orang lagi. Saya nyaris dipukul oleh mereka.
Pada tahun yang sama, saya telah ditumbuk dalam kedai gunting, di Bandar Kuala Kangsar oleh Ketua Parti Rakyat, Padang Rengas, Rashid Ali kerana saya telah menulis ucapan Tun Abdul Razak mengecam parti tersebut.
Kejadian yang menakut dan mengembirakan telah berlaku atas diri saya di bilik sebuah hotel terkenal, di Bandar
Apabila saya masuk ke bilik tempat mereka menunggu saya, tujuh orang wanita UMNO yang badan masing-masing gemuk mengguni, telah memeluk saya dan menindih tubuh saya atas katil. Saya jadi lemas dan hampir menjerit. Tetapi mereka tidak memukul atau berbuatan lain ke atas saya.
Sebaik-baik sahaja mereka melepaskan saya, mereka memberitahu, bahawa berita yang saya tulis itu walaupun benar, tetapi memalukan mereka. Kemudian mereka menjamu saya dengan makan dengan makanan yang enak dalam coffee house hotel tersebut.
Apabila berlaku krisis politik – antara Menteri Besar, Tan Sri Ghazali Jawi dengan Sultan Perak, Sultan Idris Shah, pada tahun 1977, kerana tulisan saya dalam surat khabar, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak telah mengirim surat desakan kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie supaya menangkap dan menahan saya di bawa ISA.
Seminggu kemudian Ghazali Shafie pada ketika datang ke
Pada masa berlaku kritis politik antara Menteri Besar Dato Seri Wan Mohamed Haji Wan Teh dengan Sultan Perak, Sulran Idris Shah, 1977. saya hampir dipukul oleh beberapa orang pemuda UMNO Grik, dalam Coffee House dalam Bandar Ipoh, pada satu malam.
Ekoran dari tindakan mereka itu, Sultan Perak telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam. Tidak lama kemudian Wan Mohamed terpaksa meninggalkan kerusi Menteri Besar Perak.
Saya bersyukur, kerana Allah menggerarkan orang-orang itu bertindak atas diri saya, maka saya meneruskan kerjaya saya dan hingga kini saya mengaku, ‘saya akan terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu atas kain kapan saya’.
Pandikar Amin Mulia-Sinar Harian
Tindakan Amin Mulia elok dijadikan pengajaran oleh para wartawan, bahawa kebanyakan orang politik menggunakan wartawan sebagai anak tangga mereka melonjak ke atas, apabila mereka berada di atas, anak tangga itu ditolak ke bawah.
No comments:
Post a Comment