Ramai orang bertanya kepada saya. Ada yang melalui telefon dan email dan secara lisan mengenai Mingguan Siasah – milik syarikat penulis Sayuti Omar dan beliau Ketua Editornya -, ke mana arah tujunya.
Saya menjawab; baca dan fikir sendiri. Siapa kenal Sayuti Omar, kenal hala tuju surat khabarnya.
Beliau tidak menyertai atau menyokong mana-mana parti, PAS, PKR dan UMNO, tetapi dia ibarat petani yang gigih, parti-parti politik itu menjadi tanah ladangnya, kata penulis yang pangkal nama masing-masing ‘K’, ‘D’ dan ‘S’.
“Dulu dia orang kuat Arqam, lepas itu jadi macam advisor kepada Mursyidul ‘Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz, la ni macam ‘the right man Pak Sheikh pula,” kata penulis menggunakan ‘W’ pada awal namanya.
“Ada kala dia julang Abdullah Ahmad Badawi setinggi langit, ada kalanya disebatnya,” kata penulis ‘K’ pangkal namanya.
Sayuti Omar pengarang dan wartawan yang produktif, tetapi dia kena ‘study’ sesuatu yang mengkhayalkan manusia; dadah, wanita, kopi o dan ‘tulisan pengarang dan wartawan’.
Berikut ini adalah cabutan dari tulisan Sayuti Omar dalam ruangan pengarang Mingguan Siasah 25-31 Mei 2008.
‘Sehingga ini seruan Dr. Mahathir Mohamad agar ahli-ahli parti UMNO mengikut jejaknya meninggalkan UMNO tidak memberangsangkan. Hanya anaknya Mukhzani dan isterinya Siti Hasmah Mohd. Ali saja berbuat demikian. Mukhriz yang dianggap sebagai pusakanya dalam UMNO masih berfikir dan mengatur strategi untuk bertindak.
Begitu juga cadangan tidak langsungnya menerusi sebuah tulisan dalam blognya agar ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti itu tidak dituruti sesiapapun. .Mahathir dalam tulisannya itu memberi idea, sekiranya ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti menyebabkan Abdullah Badawi akan jatuh sebagai perdana menteri dan kerajaan baru akan ditubuhkan.
Apakah ahli UMNO akan bersimpati dengan nasib diterima bekas Presiden UMNO itu akan mengambil keputusan demikian? Atau mereka tidak bersedia untuk mendengar ajakan Dr. Mahathir? Atau mereka menanti masa yang sesuai?
‘Sekiranya ahli UMNO dan ahli Parlimen terperangkap dengan seruan Dr. Mahathir ini, ia akan memberi impak dan kesan besar kepada politik Negara. Satu sejarah tragedi baru akan dicatat di tanah air ini; bagaimana buat pertama kalinya seorang PM akan berundur dengan cara paksa demikian’
Kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Megat Junid (telah meninggal dunia), “Kalau Sayuti Omar, Syed Hussein Attas dan Yahaya Ismail ‘ngamuk’, bangunan Parlimen boleh runtuh.”
No comments:
Post a Comment