Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Tunaikan amanah kepada orang (individu atau orang ramai) yang telah memberi kepercayaan kepada kamu dan jangan kamu mengkhianati (terhadap) orang yang telah mengkhianati kamu.
Perawi: Abu Daud, At Tarmizi, At Tabrani dan Al Hakim.
Huraian: Amanah Nabi Muhammad s.a.w. di atas ini kepada kita mungkin tidak ramai yang dapat mengikutinya. Kerana, jika mengikut nafsu, maka sepatutnya sesiapa yang melakukan khianat terhadap seseorang dibalas dengan setimpal terhadapnya.
Tetapi kalau mengikut hati dan perasaan yang terdidik dengan akhlak mulia dan iman yang ikhlas kepada Allah, maka amanah Junjungan itu dapat digunakan ikhlas juga.
No comments:
Post a Comment