PAS KEPATAHAN JIHAD
SEKONGKOL DENGAN SOSIALIS
KERANA HENDAK JATUHKAN KUASA MELAYU
Oleh:
PAS ditubuhkan pada tahun 1951 oleh golongan ulama dari UMNO yang menentang perjuangan parti kebangsaan Melayu yang hendak menegakkan Negara nasional – kapitalis di Persekutuan Tanah Melayu.
Para ulama itu terdiri dari para anggota Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam UMNO yang diketuai oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Sebelum itu, jawatankuasaa tersebut dipengerusikan oleh Sheikh Abdullah Fahim.
Kerana tujuan sucinya, walaupun pada pilihan raya 1955 PAS tidak ada wang untuk meletakkan ramai calonnya dan untuk berkempen, tetapi calon PAS, Haji Ahmd Tuan Hussein, telah berjaya merebut kerusi Dewan Parlimen kawasan Kerian, Perak.
Pada umumnya umat Islam (orang Melayu) menyambut baik dan menyokong PAS yang berjuang menegakkan sebuah negara yang berpandukan Quran dan sunnah. Ramai dari mereka telah mengundi calon-calon PAS pada tiap kali pilihan raya umum diadakan.
Sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS terus memperjuangkan Negara Islam – baldatun tayyibah wa Rabbun ghafur . Mursydul Am, Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Haji Abdul Hadi Awang dan ramai lagi menjadi pewaris tegas untuk meneruskan jihad menegakkan Negara Islam di Malaysia.
Abdullah Ahmad Badawi dengan Nik Aziz
Malangnya, apabila menghadapi pilihan raya umum ke – 12, dengan tujuan hendak menjatuhkan kuasa orang Melayu, iaitu UMNO yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak, PAS telah bersekongkol dengan parti-parti yang mengamalkan konsep atau dasar sosio-demokrasi dan tidak memperjuangkan Negara Islam.
Parti-parti politik yang bekerjasama dengan PAS untuk menumbangkan kuasa orang Melayu, walaupun tidak di umumkan, tetapi adalah mengamalkan konsep landas sosialis demokrasi seperti yang diamalkan oleh PAP Singapura.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah nasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah parti politik yang membuka pintu kepada semua kaum dan berkonsepkan sosio-demokrasi. Pada hakikatnya PKR bukanlah parti nasionalis Melayu dan memperjuangkan Islam sebagai dasar negara.
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim yang pada masa memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melaung dan berjuang untuk menjadikan Islam sebagai agama di atas atau agama negara Malaysia. Pada masa itu golongan muda Islam menyifatkan Anwar Ibrahim seperjuangan dengan mereka yang berjuang dalam Ikhwanul Muslimin, Mesir, seperti Muhammad Abduh, Syed Qutb danJamaluddin Al Afghani.
Setelah Anwar Ibrahim terjun ke dalam UMNO, dia kenal beberapa orang tokoh politik di Amerika Syarikat dan setelah dia ditekan dan tertekan oleh rakannya sendiri, maka hatinya jadi lemah dan berubah dari memperjuangkan Islam sebagai Addin.
PAS pimpin Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa orang tokoh yang terdiri dari bekas pegawai tinggi kerajaan, nampak telah terpesok dari perjuangan asal. Ternampak warna perjuangan Nik Abdul Aziz akan ditenggelamkan oleh golongan tersebut.
Haji Abdul Hadi Awang
Semenjak PAS dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri bin Haji Muda, ramai tokoh PAS yang lebih mementingkan kedudukan dan kemewahan, lalu mereka lemah semangat dalam meneruskan perjuangan PAS.
Contohnya, Mohd,. Asri sendiri, Ustaz Abu Bakar Hamzah, Panglima Jihad PAS Hassan Adli dan Dato Nakhei Haji Ahmad.
Pada masa ini, sebilangan pejuang dalam PAS, nampaknya telah hilang jati diri untuk berjuang untuk menegakkan Negara Islam, sebaliknya bertujuan menjatuhkan kekuasaan Melayu dan bekerjsama dengan golongan yang saya telah jelaskan di atas.
Jika berjuang sekadar menjatuhkan UMNO dan kuasa Melayu, lalu mengenepikan perjuangan suci, iaitu menegakkan Negara Islam, maka PAS akan menjadi sebuah parti politik yang pada satu masa nanti akan ditinggalkan oleh orang Melayu.
Mungkin angkatan melayu yang sedar akan menubuhkan sebuah parti Islam yang baru, setelah melihat PAS telah gagal dan menjadi penyumbang kepada golongan yang menjunjung sosio-demokrasi.
No comments:
Post a Comment