Thursday, June 12, 2008

PERANG GERILA DI THAILAND

Oleh: Wartawan Al Jihad.


Yalla (Selatan Thailand): Kerajaan Thailand mesti mencari jalan penyelesaian konflik, di empat wilayah Selatan Thailand jika tidak mahu menghadapi perang gerila Islam, kata seorang pejuang, Parti Islam Pattani, menyebut namanya sebagai Muhammad. Hussein Ahmd Pattani.

“Kami berjuang menuntut hak kami, empat wilayah di selatan ni hak orang Melayu, bukan hak Siam, Siam penjajah Negara kami,” katanya sambil menggosok senapang M-16 di tangannya.

“Dalam sejarah empat wilayah ini ada tercatat, Inggeris yang menyerahkan empat wilayah ni kepada siam, sedangkan orang Melayu tak rela,”katanya lagi.

“Kami tak boleh harapkan Negara-Negara jiran menyelesaikan masalah kami, kerana demo tu menyebelahi Siam, demo tekan kami, anggap kami ni pengganas Islam,” ujarnya.

“Kalau Siam tak mahu selesaikan dengan kami, kami akan perang gerila Islam sampai bila-bila selagia masalah ini tak selesai,” ujarnya lagi.

Muhammad Hussein telah menceritakan, kejadian gerila Islam Pattani menyerang pasukan polis Siam dan membunuh tiga orang di profinsi Natarathiwat pada hari Isnin lalu.

Seorang anggota polis Siam sedang memeriksa

Mayat polis setelah berlaku serangan gerila Islam.

Gambar,AFP.


Dia memberitahu, perjuangan gerila Islam adalah jihad pada jalan Allah, kalau mereka mati dalam perjuangan, mati syahid dan mereka tidak takut mati.

Di Selatan Siam terdapat lima parti politik orang Melayu, iaitu:Parti Rakyat Selatan Thailand (PARANAS), Pattani United Leberation Organization (Pulo), Pertubuahan Republik Islam Pattani (PATRIOT), Parti Islam Pattani (PERTP) an Gabungan Melayu Pattani Raya (GEMPAR).

Umat Islam Pattani tidak menghadapi masalah mendapatkan bantuan kewangan dan senjata, kerana mereka boleh mendapatnya dari beberapa negara Islam dan pertubuhan Jihad Islam di seluruh dunia.

No comments: