Monday, May 16, 2011

TITIK - TITIK SEJARAH

MAMPUKAH UMNO PERTAHANKAN MELAYU?

Oleh: Mokhtar Petah




Najib Tun Razak

Kebangkitan orang Melayu menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan bermula secara kelompok-kelompok dan kenegerian semenjak tahun – tahun sebelum penaklukan penjajah Pertugis ke atas Tanah Melayu pada tahun 1511 lagi. Perjuangan itu diikuti dengan banyak perjuangan lagi, di antaranya di Pahang pada tahun 1870 - 1895, Perak sekitar tahun 1875 -1877,Selangor dan Naning Melaka.

Selain daripada perjuangan orang Melayu menentang penjajah-penjajah Pertugis dan Inggeris, mereka juga menentang penjajah yang dikenali dengan nama‘musuh Siam’, iaitu penjajah dari orang-orang Siam, seperti di Kelantan,Terengganu, Kedah dan sekitar kawasan Hulu Perak.

Pada umumnya perjuangan orang Melayu pada zaman itu di sertai oleh raja-raja yang memerintah dan orang besar-besar. Walaupun perjuangan mereka itu berkonsepkan politik, tetapi gerakan perjuangan mereka lebih banyak menggunakan senjata dan pertumpahan darah. Pendeknya perjuangan orang Melayu pada zaman itu tidak mempunyai parti politik atau pertubuhan yang berdisiplin.

KONGSI GELAP

Sekitar tahun 1930-an perjuangan orang Melayu telah mempunyai sistem yang baik. Mereka mempunyai pertubuhan-pertubuhan politik yang dianggapkan oleh penjajah Inggeris sebagai kongsi gelap.

Contohnya, ramai orang-orang Melayu kawasan Kuala Kangsar, Kinta dan Manjong yang terlibat dengan pertubuhan yang dianggap kongsi gelap itu telah ditangkap dan di sumbatkan dalam penjara, dibunuh dan ada yang telah dibuang negeri ke pulau Labuan.

Kesedaran orang Melayu dalam politik kebangsaan dan Islam sekitar tahun-tahun 1930-an adalah dipelopori oleh guru-guru sekolah Melayu dan guru agama lepasan sekolah-sekolah tinggi dan universiti Islam di negara-negara Arab,India, Turki dan Indonesia. Mereka juga disertai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah agama dan pondok di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

LANDASAN NASIONAL

Guru-guru Melayu, seperti Ibrahim Haji Yaacob dan rakan-raka seperjuangannya dalam Kesatuan Melayu Muda berjuang atas landasan nasionalis Melayu dan mempertahankan agama Islam.

Para guru agama yang dipelopori oleh Sheikh Abdullah Faham, Syeikh Tahir Jalaluddin berjuang atas dasar Islam dan bertujuan menegakkan negara Islam dan bangsa Melayu yang terdiri dari berbagai-bagai keturunan atau kaum.

Murid kepada Sheikh Abdullah Fahim, iaitu Ustaz Abu Bakar Al Baqir telah menubuhkan parti Islam, Hizbul Muslimin, di Gunung Semanggol, Perak pada pertengahan tahun 1945.

Ustaz Abu Bakar AL Baqir disertai oleh kebanyakan pelajar-pelajarnya, di antaranya Haji Hassan bin Yunus,Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Yahya Nasim dan Ustaz Abdul Rauf Haji Ahmad.

Haji Hassan Yunus telah menyertai UMNO,sebaik-baik sahaja UMNO ditubuhkan. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, dia telah memegang jawatan Menteri Besar Johor.

Pada bulan Oktober 1945 Dr. Baharuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Zulkifli Auni, Ahmad Bustamam, Dahari Ali, Musa Ahmad, Rashid Maidin dan ramai lagi orang-orang politik kebangsaan Melayu telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di Ipoh.

MALAYAN UNION

Parti politik itu mempunyai badan pemuda,di namakan Angkatan Pemuda Insaf (API),diketuai oleh Ahmad Boestamam dan badan wanita,dinamakan Angkatan Wanita Sedar (AWAS),diketuai oleh Shamsiah Fakih.

Pada kongres orang Melayu menentang Malayan Union pada 1,2,3,4 Mac 1946 PKMM telah menyertai 37 buah persetubuhan orang Melayu menyertai kongres tersebut dan menubuhkan UMNO. Di antara 22 orang menyertai PKMM dalam Kongres tersebut, ialah Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Dahari Ali dan Zulkifli Auni.

Kira-kira dua tahun usia UMNO, atas nasihat Yang Dipertua UMNO,Dato’ Onn Jaafar - untuk menyelamatkan UMNO -, pada tahun 1948 – 1951 penjajah Inggeris telah menangkap hampir semua pemimpin dan anggota-anggota parti Hisbul Muslimin,Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Mereka telah ditahan di khemah-khemah tahanan politik di beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu ini.

AGAMA ISLAM

Dr. Burhanuddin Helmi tidak terlibat dengan penangkapan itu kerana beliau berada di Pulau Singapura pada tahun-tahun tersebut.

Beberapa orang anggota Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), di antaranya Rashid Maidin (setelah ditahan di khemah tahanan politik Tanjung Beruas,Melaka, telah melarikan diri dan menyertai Parti Komunis Malaysia (PKMM) pimpinan Chin Peng), Shamsiah Fakih, Abdullah Cek Dat (Abdullah C.D.)

Pada 16 Julai 1949 sebuah Jawatankuasa Tetap Agama Islam telah ditubuhkan di bawah UMNO. Jawatankuasa itu bertujuan untuk memberi nasihat mengenai hal ehwal agama Islam kepada ahli-ahli jawatankuasa UMNO di peringkat kebangsaan hingga ke peringkat bawahan.

RAJA MELAYU

Jawatankuasa Tetap Agama Islam itu mempunyai anggota-anggota seperti berikut:

Pengerusi : Syeikh Abdullah Faham (Seberang Perai)

Setiausaha: Sheikh Abdul Jalil Hassan (Johor)

Enam orang ahli Jawatankuasa:

a . Haji Abdul Aziz bin Abdul Salam – Kadi

(Perak)

b . Ustaz Selleh Osman (Perlis)

c . Haji Muhammad Sidin (Selangor)

d . Haji Muhammad bin Haji Hitam (Negeri

Sembilan)

e . Haji Muhammad Mahir (Kelantan)

f . Haji Abdul Rahman Merbuk (Kedah).

Pada peertengahan tahun 1949 hingga 1951,iaitu sebelum Dato’ Onn bin Jaafar meninggalkan UMNO, telah berlaku pergisiran antara UMNO dengan Raja-Raja Melayu. Pergisiran itu telah menimbulkan kucar kacir parti tersebut. Kejadian itu berpunca daripada Dato’ Onn telah menghantarkan sebuah mrmorandum kepada Sultan Kedah. Memorandum itu memohon Raja-Raja Melayu melantik seorang daripada anak Melayu memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dari anak Melayu. Pada masa itu Tunku Abdul Rahman Putra telah menasihatkan Sultan Kedah,iaitu sekiranya diwujudkan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dari anak Melayu, bererti anak Melayu berkedudukan lebih tinggi dari Raja-Raja Melayu.

MENYELAR SULTAN

Rancangan Dato, Onn itu telah gagal. Tetapi Dato’ Onn terus menyelar Sultan Kedah dan Raja-Raja Melayu dalam ucapan-ucapannya di khalayak ramai.

Sebelum itu dalam Pesidangan Agung UMNO di Alor Setar,pada 10 – 12 Januari 1947,wakil SEBERKAS, Senu Abdul Rahman telah membawa cadangan supaya jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dari anak Melayu dikemukakan kepada kerajaan Inggeris supaya dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi Dato’ Onn telah menolaknya.

Setelah berunding dengan Jawatankuasa Tetap Agama Islam,maka UMNO menyerahkan kepada jawatankuasa itu untuk mengadakan Kongres Alim Ulama anjuran UMNO. Satu persidangan alim ulama telah diadakan di Muar,Johor, pada bulan Februari 1950.Sidang itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Johor, Haji Mohd.Noh bin Omar.

ALIM ULAMA

Dalam persidangan itu, beberapa orang ulama telah berucap bagi melembutkan hati Raja-Raja Melayu.

Persidangan Alim Ulama anjuran UMNO kali yang kedua telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada bulan Julai 1951.Persidan itu telah mengambil beberapa keputusan. Di antaranya meminta UMNO mengemukakan kepada kerajaan Inggris supaya memasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dua perkara penting,iaitu Raja-Raja Melayu menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing dan bantuan kewangan dari kerajaan Persekutuan kepada semua sekolah agama rakyat mengikut bilangan penuntut dalam tiap-tiap sekolah tersebut.

Keputusan mengenai kuasa Raja-Raja atas agam Islam di negeri masing-masing telah dapat melembutkan hati para Raja Melayu. Semenjak itu Raja-Raja Melayu memberi kerjasama kepada UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

PARTI ISLAM

Persidangan Alim Ulama itu juga telah menubuhkan Persatuan Alim Ulama yang akan bekerjasama dengan UMNO. Haji Ahmad Fuad bin Hassan telah dipilih untuk menggubal undang-undang tubuh persatuan tersebut.

Beberapa bulan kemudian, dalam Persidangan Alim Ulama anjuran UMNO di Butterworth, Haji Ahmad Fuad bin Hassan dengan sebilangan besar alim ulama, telah mengalihkan persatuan itu kepada Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS).

Beberapa rakan karib Haji Ahmad Badawi bin Sheikh Abdullah Fahim (Bapa kepda Abdullah Badawi) telah menyertai parti Islam tersebut. Di antara mereka itu,Haji Ahmad bin Abdul Malik atau Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Tuan Husin (Seberang Perai). Haji Sulaiman Palestin telah memainkan peranan penting penyekat rakan-rakannya dan Haji Ahmad Badawi daripda menyertai PAS.

KUCAR KACIR

Peristiwa itu telah melanda UMNO sehingga ia menjadi kucar kacir,kerana ramai ahli-ahlinya yang tegar dengan pegangan terhadap agama Islam telah menyertai PAS.

Pada bulan Mac tahun 1951 kerajaan Inggeris telah mengadakan satu muslihat –kayu digunakan untuk beliung menebang pokok-pokok kayu -, iaitu melaksanakan kaedah ‘Member System’,iaitu semua ketua jabatan kerajaan memikul tugas sebagai menteri kebinet. Dato’ telah dilantik memegang tanggungjawab sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam negeri. Dengan kuasa yang ada di tangannya itu,Dato’ Onn telah menasihati Kerajaan Inggeris dan menanda - tangani surat perintah menangkap saki baki semua pemimpin dan ahli-ahli parti-parti politik; Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan saya pemuda dan wanitanya, API dan AWAS.

Sebelum Tunku Abdul Rahman Putra mengambil alih jawatan Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951,UMNO telah dilanda krisis disebabkan karenah Dato’ Onn yang telah menimbulkan tidak puas hati di kalangan ahli-ahli UMNO di seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Pada masa itu juga terdengar suara-suara sumbang dari orang-orang Melayu menuduh Dato’ Onn mengkhianati perjuangan bangsa Melayu.

BANYAK PERISTIWA

Pada masa Tunku Abdul Rahman memimpin UMNO, telah berlaku banyak peristiwa yang menjadikan parti itu bergolak, di antaranya:

* Sikap dingin orang Melayu terhadap Tunku Abdul

Rahman Putra dan Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein

Onn kerana mereka pro-British.

* Kumpulan Melayu dan UMNO termasuk Dr. Mahathir

Mohamad menuntut Tunku Abdul Rahman melatakkan

jawatan Yang Dipertua UMNO.

* Dr. Mahathir Mohamad dipecat dari UMNO kerana menulis surat layang kepada Tunku Addul Rahman.

* Isu Dr. Iamail dengan Tunku Abdul Rahman Putra.

* Isu Baja Urea dan pemecatan ke atas Abdul Aziz Ishak.

* Peristiharan Malaysia oleh Tunku di Singapura dengan

tidak berunding dengan UMNO Jawatankuasa Tertinggi

UMNO lebih dahulu.

* Tragedi 13 Mei 1969 membendung pergisiran antara

Tunku Abdul Rahman dengan Dato’ Abdul Razak bin

Dato’ Hussein.UMNO telah mengalami beberapa

pergolakan dari zaman Perdana Menteri, Tun Abdul

Razak bin Dato’ Hussein, Tun Hussein Onn . Di

antaranya:

* Peristiwa Dato’ Harun Idris ditangkap dan dipenjara

atas tuduhan- tuduhan tertentu.

* Penangkapan ke atas orang-orang penting dalam

UMNO, seperit Dato’ Abdullah Ahmad bekas

Setiausaha politik Perdana Menteri Tun Abdul

Razak, Sidik Ghaus Setiausaha Politik kepada

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr.

Mahathir Mohamad, Wartawan Abdul Samad

Ismail dan Abdullah Majid.

MAHKAMAH TINGGI

Pada zaman Dr. Mahathir Mohamad memimpin UMNO telah berlaku beberapa pergolakan dalam UMNO,di antaranya:

* Retak dan belah 2M – Mahathir – Musa -, Datuk

Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan

Perdana Menteri Malaysia.

* Kumpulan 11 telah berjaya membawa kes UMNO

kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan

pada 4 Februari 1988 hakim, Datuk Harun Hashim

telah membuat keputusan, bahawa UMNO sebuah

pertubuhan yang tidak sah,mengikut Seksyen 12

(3) Akta Pertubuhan Pertubuhan 1966,UMNO tidak

sah di segi undang-undang.

Dr. Mahathir Mohamad telah berusaha menubuhkan (semula) UMNO, tetapi telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Februari. Setelah diubah suai, iaitu menggunakan nama UMNO Baru, maka pada 15 Februari 1988 UMNO Baru telah didaftarkan menjadi sebuah pertubuhan yang sah. Ertinya UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 telah berkubur tanpa nisan menurut undang-undang negara.

Pada hari-hari sebelum UMNO baru ditubuhkan dan didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan, terdapat golongan politik China termasuk beberapa orang kalangan MCA telah bergerak untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan seperti melantik seorang China dari parti itu untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

* Wujud team A dan Team B sehingga Dr.

Abdullah Badawi dijadikan melukut tepi gantang oleh pucuk pimpinan UMNO, kerana seperti orang bercinta; sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi.

Pada masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli politik naiktocang. Dialah ibarat gadis bertuah.

* Krisis antara Raja Melayu dengan UMNO sekitar tahun 1992. Hasilnya kerajaan pimpinan Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Ghafar Baba telah

berjaya memansuhkan kekebalan Raja Melayu. Sidang

Khas Dewan Rakyat pada 18-19 Disember 1992,

telah meminda perkara dalam Perlembagaan: Artikal

181(2) : ‘Tiada apa-apa perbicaraan boleh

dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi satui-satu negeri atas sifat dirinya sendiri.’ Artikal berikut menjadi penghalang kepada pindaan itu:Artikal 38(4): ‘Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran boleh diluluskan dengan tidak persetujuan Raja-Raja’.

Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ghafar Baba dalam ucapannya pada waktu membentangkan usul “Raja Berpelembagaan’ dalam Dewan Rakyat pada 10 Disember 1992,antara lain berkata:

“Saya rasa diri saya memikul tanggungjawab yang sangat berat bagi membawa satu usul yang penting di dalam Dewan yang mulia ini kerana ianya melibatgkan kedudukan Raja-Raja yang selama –lamanya saya anggap sebagai sahabat-sahabat saya yang sentiasa disanjung dan dihormati. Tetapi oleh kerana kepentingan negara mengatasi segala-galanya,maka saya terpaksa berdiri untuk membentangkan usul yang berbunyi:

….Kerajaan menegaskan pendiriannya mahukan Institusi Raja Berpelembagaan dikekalkan di negara ini, walau bagaiamana pun,kerajaan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya bagi menegur dan memperbetulkan apa-apa juga kesilapanm yang didapati telah dilakukan oleh mana-mana juga Raja-Raja Melayu.

Bahkan tindakan Kerajaan ini adalaah dibuat dengan ikhlas dan bertujuan untuk mengekal dan mempertahankan Institusi Beraja sebelum rakyat jelata sendiri bertindak liar terhadap Raja-Raja yang mungkin tidak boleh dikawal lagi akhirnya.

…rakyat jelata telah memberi persetujuan untuk beberapa keistimewaan kepada Raja-Raja sebagaimana yang tersebut dalam Artikal 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang disebut, ‘No Law directly affecting privileges, position, honours and dignities of the Rulers shall be passed without the consent of the Conference of Rulers’.

Cabutan dari titah Sultan Perak,Sultan Azlan Shah di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang: “Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzaum sejarah kerana rakyat Iran tidk lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada Takhta,kononnya Takta Merak Pahlavi telahmelebihi kuasa yang ada padanya.

Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya, pensihat-penasihat istana ini terdiri daripada mereka ayang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan itu berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta tergugat.

Walau seberapa banyak sekalipun askar,polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan,namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakibulkan Allah,maka berpindahlah takhat dari istana ke muzium seni dan budaya”. – mokhtar petah)

Riak-riak kecil pada hari-hari sebelum dan setelah Peristiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Mengeri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998.

Beliau disingkir dari UMNO dan ditangkap atas tuduhan-tuduhan tertentu.

Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan Presiden UMNO dan jawatan itu telah dipangku oleh Abdullah Ahmad Ahmad Badawi.UMNO mengalami Timbalan Perdana Menteri baru di sandang oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Mungkin boleh dijadikan ‘perhatian’ di kalangan ahli-ahli UMNO,iaitu sebuah buku sejarah UMNO hendaklah ditulis agar perjuangan parti itu dibaca dan diketahui oleh generasi hari ini dan akan datang.

Semenjak Dato’ Onn bin Jaafar hingga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, adanya pergolakan, krisis dalam UMNO dan segala macam tidak puas hati di kalangan ahli-ahlinya disebabkan beberapa faktor, di antaranya:

1 - Pemimpin lebih mementingkan dirinya sebagai

Orang nombor satu yang kadang kala ada sikap

kediktatoran kecil yang mereka lakukan.

2 - Pertukaran dari intelektual seorang pemimpin

kepada sikap veto dan autokrasi setelah

memegang kekuasaan tertinggi.

3 - Tindak tanduk orang-orang kanan atau rakan –

rakan rapat pemimpin menggunakan nama

pemimpin bagi mena dapatkan pengaruh

di kalangan orang ramai atau menakutkan

mereka.

4 - Sikap telunjuk lurus kelingking berkait di

kalangan orang-orangyang rapat dengan

pemimpin dan mereka mengejar kepentingan

diri sendiri.

5 - Ada di antar ahli-ahli UMNO yang

berkedukukan atau berkuasa menjadi tidak

jujur kepada parti dan orang ramai,melakukan

rasuah atau politik wang, menikan kawan

seperjuangan dari belakang dan menjadi alat

kepada syarikat-syarikat gergasi bukan

Bumiputera.

AKAR UMBI

Pada masa mendatang ini, UMNO akan berada pada keadaan normal dan memuaskan hati ahli-ahlinya sekiranya faktor-faktor di atas ini dapat dielakkan dan di musnahkan hingga ke akar umbi.

Kita bersyukur kepada Allah, dengan hidayah dan taufiq-Nya, Perdana Menteri, Dr.Mahathir Mohamad telah mengistiharkan dalam Dewan Rakyat, bahawa Malaysia telah bertukar dari sebuah negara nasional – kapaitalis kepada Negara Islam. Apabila Abdullah Badawi mengambil alih kepimpinan negara,beliau telah mengemukakan sajaknya yang berfalsafahkan Islam – Al Quran dan As Sunnah. Sekali gus beliau telah mengitiharkan konsep Islam Hadhari menjadi asas negara. Asas itu juga telah menjadi tunjang, batang dan puncak pada cekap, amanah dan adil yang menjadi amalan negara.

Segala-galanya telah berlaku, maka apakah UMNO akan tetap menjadi sebuah parti nasionalis yang terus menjaga kepentingan nasional atau ia membiarkan negara ini diperintah oleh kalangan yang cenderung kepada mengenepikan bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam?

Seluruh ahli UMNO mestilah bersaspada, bahawa pada masa kini, umat manusia yang hendak menghapuskan satu-satu bangsa, agama Islam dan Raja Pemerintah dengan menggunakan senjata sosio-demokrasi. Iaitu sosialisme demokrasi dari falsafah Karl Mark. Adakah sosialis tersebut yang menurut sains politik, adalah mempunyai ideologi yang paling hampir atau sebadan dan senyawa dengan komunisme


Diceritakan oleh Dato’ Onn bin Jaafar kepada penulis pada masa beliau mengendalikah akhbar Kritik di

Kuala Lumpur pada tahun 1961.

Chin Peng 2003, MY SIDE OF HISTORY, Singapura, Media Masters Pte Ltd.

Mokhtar Petah, 1966 BANGSA MELAYU MENGGUGAT DUNIA,Kota Bharu, Pustaka Aman Pres

Sdn.Bhd.

Mokhtar Petah, 1993,KERAJAAN MANSUKH KEKEBALAN RAJA MELAYU,Kuala Lumpur, Art

Media, hlm: 33,34,35.

Ibid: 237.

Mokhtar Petah,2004, FALSAFAH KEPIMPINAN DR ABDULLAH BADAWI,Kuala Lumpur,Yayasan

Amal Maaruf Malaysia.

No comments: