IBU DAN KEKASIH
Dua hari selepas pertemuan Sharifah Sakinah dengan Mustafa, Namlatun Sa’adiah telah berendam dalam air mata. Duduk duka. Berdiri nestapa.Tidur di kacau mimpi dan igau.Makanan dan minuman yang dituang dan disumbat ke mulutnya terasa seperti pasir pantai.
Namlatun Sa’adiah terpaksa mengambil cuti selama seminggu. Kalau dia tidak mempunyai kekuatan ‘daya tahan diri’, mungkin dia akan diserang sasau, sewel atau nyayuk- senile. Walau bagaimana derita mendera dirinya, dia tidak lupakan Tuhan. Yang Maha Agung itu amat dekat dengannya.
Dalam tempo seminggu bercuti, Namlatun Sa’adiah telah beberapa kali pergi mencari Mustafa di apartment tempat tinggalnya. Setiap kali dia ke sana, hanya kehampan yang diterimanya. Pada kali yang akhir ke apartment itu, dia telah bertemu dengan pemiliknya, seorang lelaki Arab Palestin, Najib Imad.
“...telah tiga hari Tuan Mustafa pindah dari apartment saya ini,”Najib Imad memberitahu Namlatun Sa’adiah.
“Tuan tahu ke mana dia berpindah...?”Namlatun Sa’adiah.
“Saya minta maaf, saya tidak tahu...,”jawab Najib Imad.
“Allahu Akbar..., ke mana sayang pergi...,”suara Namlatun Sa’adiah dalam keluhannya.
“...dia siapa dengan Cik?” Najib Imad bertanya.
“Dia tunang saya...,”Namlatun Sa’adiah membohongi lelaki Arab itu.
“...masya Allah, dia lelaki yang beramanah...,”kata Najib.
LELAKI PEMURAH
Namlatun Sa’adiah mengangguk. Baginya, Mustafa tidak sahaja lelaki yang beramanah, bahkan dia seorang lelaki pemurah. Jujur. Simbul lelaki Melayu terakhir.
“...dia telah bayar sewa apartment saya untuk setahun, tapi belum sampai seminggu dia telah pindah...,”jelas Najib.
“Ia..., habis, wang sewanya, dia sudah ambil balik?”Namlatun Sa’adiah bertanya.
“Tidak, dia tidak mahu ambil, dia telah hadiahkan kepada saya..., dia minta saya hadiahkan kepada orng-orang Palestin yang menderita...,”jawa Najib Imad..
Namlatun Sa’adiah telah pergi ke pejabat Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow. Di sana dia mendapat tahu Mustafa tidak keluar dari London. Dia percaya, Mustafa masih tinggal di Bandar raya itu.
“Allah, apa dah jadi pada abang, entah sakit, entah apa...,”sungut Namnlatun Sa’adiah dalam rahang duka.
Pada pagi yang ketiga. Pintu apartment Namliatun Sa’adiah telah diketuk beberapa kali dari luar. Sebaik-baik sahaja dia membuka pintu, seorang lelaki penghantar surat berdiri di hadapannya.Lelaki itu mngucapkan selamat pagi kepadanya.
“Cik, ini ada surat berdaftar untuk Cik,”pengantar surat itu memberitahu Namlatun Sa’adiah sambil mengujukkan sampul surat itu.
“Ia..,”sambut Namlatun Sa’adiah.
SAMPUL SURAT
Penghantar surat itu telah menyerahkan sampul surat berdaftar itu kepada Namlatun Sa’adiah. Dia mrminta diri, lalu pergi. Sambil menutup pintu apartmentnya, Namlatun Sa’adiah membaca nama pengirimnya pada sampul surat itu. Surat itu dari Mustafa. Alamatnya, Masjid Tooba & Islamic Cultural, centre of Wigan, Wigan, Lancashire.
Dua biji mata Namlatun Sa’adiah seperti tersembul keluar pada ketika merenung sampul surat yang sedang dibukanya. Jari jemarinya mengeletar. Jantungnya berdebr-debar bagaikan mengopak dinding dadanya.
Adikku, Namlatun Sa’adiah,
Mudah-mudahan dalam lindungan Allah.
Assalamu alaikum.Pada waaktu Atun membaca surat abang ini, abang berada jauh dari Atun. Kita terlalu jauh.Abang berharap, walau pun cinta kita kukuh bagaikan gunung Ledang, tetapi kita terpaksa berjauhan buat selama-lamanya.
Atun, percayalah, cinta abang kepada Atun tetap subur dan indah. Abang akan membawa cinta kita berdua hingga mayat abang dimandikan.
Abang telah mengambil keputusan muktamad, iaitu kita tidak akan berkahwin dan kita tidak akan bertemu lagi. Tindakan abang ini semata-mata kerana abang sayangkan Atun. Abang tak mau Atun rosak binasa kerana sumpahan ibu Atun. Atun pun tahun seorang anak kalau disumpan oleh ibunya, tidak akan selamat hidupnya.
Abang teringat, pada masa abang masih remaja, abang telah tinggal di sebuah kampung, di Padang Besar, Perlis. Di sana abang telah melihat seorang lelaki yang telah disumpah oleh ibunya. Hidupnya menderita, badannya menjadi sarang berbagai jenis penyakit. Akhirnya dia mati dalam keadaan yang menyedihkan. Dia telah mati kerana ditimpa oleh pokok kelapa.
Atun, abang telah bernekad, abang akan berjihad di sini. Abang sanggup menjadi pembela orang Islam. Abang sanggupu menjdi pengebum berani mati. Abang sanggup lakukan apa sahaja asalkan abang berjihad kerana Allah.
Atun memiliki ilmu pengetahuan lebih tinggi dari abang. Atun mestilah menerima hakikah, sesungguh segala yang telah berlaku ke atas kita kerana kehendak Allah. Kita hanya merancang, tetapi sebenarnya Dialah yang menentukan dengan takdirnya.
Atun, abang berharap Atun tidak lama berdukacita kerana perpisahan kita.Atun tidak berputua harapan. Jika ada pemuda atau lelaki yang sesuai untuk menjadi suami Atun dan Atun cintakian dia, abang harap Atun berkahwinlah dengan dia. Jangan Atun sia-siakan hidup Atun kerana cinta kita. Pindahkan cinta Atun itu kepada suami Atun dan kukuhkanlah cinta Atun kepada Allah yang Maha Kuasa.
Akirnya abang minta Atun membacas pantun dari Hikayat Awang Sulung Merah Muda ini:
Antara padi dengan semantung,
Di situ sorek ditukarkan;
Antara hati dengan jatung,
Di situ adik ditinggalkan.
Sambutklah salam dari abang dan abang minta maaf sekala kesalahan dan kesilapan serta halalkan makanan dan minuman Atun yang abang telah makan dan minum.
Sebaik-baik sahaja Namlatun Sa’adiah selesai membaca surat dari Mustafa itu, dia telah tidak terdaya mengawal dirinya lagi. Sesuatu yang dipandang kelihatan berputar-putar jadinya. Terasa dirinya kosong. Hampa.Dipejamkan kedua-dua belah matanya. Tubuhnya terkapai lemah atas sofa dalam dewan tamu itu
DIDERA DUKA
Air jernih tumpah dari kedua-dua telaga matanya.Air itu mengalir atas sepasang pipinya lalu luruh atas sofa. Dalam keadaan seluruh tubuhnya lemah didera duka nestapa. Sayu. Hampa, hatinya bermadah bagaikan untaian-untaian saja tidak bersunting.
Sayang,
Relamu tanpa relaku,
Relamu tanpa rela kita,
Relamu, aku dalam gaung derita,
Relamu itulah cintaku.
Deritaku, rindukammu,
Itulah cintaku.
Cinta kita,
Kita derita dalam cinta.
Namlatun Sa’adiah menangis lagi. Dibiarkan air matanya tumpah.Hanya air mata menjadi temannya pada saat-saat dirinya didera rindu dan lara.
(Disunting dari manuskrip novel, Kelip – kelip Di kota London, oleh: Mokhtar Petah).
No comments:
Post a Comment