YU YANG KENYANG
Aku telah mengikuti gerak perjuangan para pemimpin Melayu semenjak tahun 1951 dan pada tahun 1954 aku telah mengikuti secara langsuang perkembangan politik tanah air.Aku mendapati perjuangan orang-orang Melayu pada tahun 1945 mempunyai asas maruah perjuangan bangsa, Negara dan bahasa serta agama Islam.
Mereka itu terdirti dari Ibrahim Haji Yaakob, Dr Burhanuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Rashid Maidin , Abdullah C.D. dan beberapa orang lagi. Mereka berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dengan berteraskan: Satu Negara: Negara Melayu, satu bangsa: Bangsar Melayu , satu bahasa, Bahasa Melayu dan agama Islam.
Pada masa ini, kerana kalangan genarasi muda yang lahir setelah gerakan perjuangan orang Melayu telah dimusnah oleh penjajah Inggeris dengan sokongan orang-orang Melayu yang memihak kepada ideologi mereka, atau setelah negara mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957, maka mereka tidak nampak betapa kekuatan jihad dan jasa orang-orang yang berjuang menuntut kemerdekaan.
PERJUANGAN ORANG KITA
Yang wujud pada masa ini hanya mengejar kemewahan hidup dan memperluaskan jurang perpecahan antara orang Melayu dan umat Islam di negara ini.Oleh yang demikian, aku tidak dapat melihat hakikat ‘perjuangan orang kita’ pada masa ini. Yang ada hanya kosong dari erti perjuangan sebenarnya.
Aku nampak, cara untuk meneruskan lansung perpecahaan di kalangban orang-orang Melayu dan umat Islam dalam UMNO dan PAS, iaitu dengan membiarkan begitu sahaja amalan rasuah – sama ada politik wang di kalangan politikus-politiku dan mahupun di kalangan para pegawai dan kaki tangan kerajaan.Selagi wujud keburukan itu, maka selama itu umat Islam dalam dua parti itu tidak bersatu, kerana satu pihak membiarkan amalan buruk itu dan satu pihan membenci dan memanjang nasiah dan doa perbuatan itu.
Maka, dalam perpcahan di kalangan umat itu, yang untung bukan orang Melayu dan bukan umat Islam, tetapi mereka yang terhitung dalam falsafah orang Melayu, ‘kapal pecah yu kenyang’.
MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN NEGARA
Kerana aku seorang penulis yang telah mengikuti perjuangan bangsa Melayu dan umat Islam Tanah Semenanjung ini semenejak belum mencapai kemerdekaan lagi, maka aku percaya, perjuangan orang Melayu tidak ke mana selagi mereka tidak bersatu padu. Selagi dua parti politik Melayu dan umat Islam, iaitu UMNO dan PAS tidak bersatu.
UMNO telah ditubuhkan oleh orang-orang Melayu beragama Islam. PAS telah ditubuhkan oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam yang pada mulanya menyertai UMNO. Kedua-dua buah parti politik itu memperjuangkan kemerdekaan negara, membina negara dan bangsa. Tetapi kerana pegangan atau ideologi politik dua buah parti politik itu berbeza, maka kedua-duanya telah bermusuhan dan mungkin akan trus bermusuhan.
Satu lagi falsafah orang Melayu dapat kita gunakan bagi menyaksikan perpecahan orang Melayu dan dan umat Islam, ‘antan sama antan bertingkah ayam yang kenyang’.
Sesiapapun yang faham akan pengetahuan Islam, tentulah tidak yakin yang UMNO dan PAS akan dapat bersatu atau bekerjasama, kerana dua buah parti itu berlainan dasar perjuangan. UMNO berpegang kepada dasar nasionalisme dan kapitalisme, manakala PAS berdasarkan Islamisme. Mencantum dua buah parti politik itu sama dengan membawa seekor kambing dan seseokor harimau dalam sebuah bentera.
Perpaduan dua buah parti orang Melayu dan Islam itu, akan boleh bercantuk, sekiranya UMNO berlembut dan mengubaah dasarnya kepada Islamisme. Perkara ini susah. Terlalu susah, kerana sebilangan besar orang UMNO tidak memandang penting kepada dasar tersebut.
No comments:
Post a Comment