Wednesday, January 6, 2010

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS



[Nik+Aziz+sidebar.jpg]

Nik Aziz


"Masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti, kerana masa muda itu pernuh dengan kecergasan fizikal dan metal. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau amal, dan metal remaja yang segar memberikan ruang yang cukup untuk mencapai berbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Masa nuda tidak akan bertahan, kerana usia akan menjengkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya (menjadi) kenangan. Jika masa remaja tidak dipergunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit pada hati tua.
Masa tua segala - galanya tidak ada yang indah, kudrat tenaga sudah lemah, selera makan sudah menurun meskipun disajikan makanan yang serba lazat. Sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan penyakit semakil lemah, keterbatasan telah melingkungi diri.
Dalam situasi demikian, mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat berharga, oleh itu mensiasiakan masa muda yang sangat bererti bagaikan menempah untuk derita menanggung penyesalan. Menyesal kemudian hanyalah satu kesengsaraan.
Masa muda yang diberi secara percuma oleh Allah SWT itu, akan ditanya semula pada hari perhitungan (akhirat) kelak. Kerana usia mnuda itu bukan saja suatu anugerah tetapi juga suatu amanah. Pasti akan ditanya oleh penganugerah - Nya, gerangan apakan usia muda itu dipergunakan? Sama ada untuk melakukan ketaatan atau sebaliknya.
Segenap masa muda dipenuhi dengan perkara selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada di bidang ilmu dan amal, pasti akanmenjadikan masa tua yang penuh kesyukuran."

No comments: