Sunday, January 17, 2010

MENGENANG MASA SILAM

Mokhtar Petah

Tahun 1970 - an.

Pada satu hari, Menteri Besar Perak, Tan Sri Haji Mohd. Ghazali bin Haji Jawi berdiri diambang pintu pejabatnya kerana menyambut ketibaan saya. Kedatangan saya kerana berundinga dengan beliau mengenai masalah setinggan - setinggan Melayu di kawasan - kawasan lombong tiggal, di sekitar bandar Ipoh.

Ghazali telah lama rapat dengan saya, iaitu kami sama - sama berjuang menuntut kemerdekaan. Pada tahun 1953 hingga Disember 1957, saya masih ahli UMNO, iaitu Pemuda UMNO. Saya bersama Ghazali telah menjelaja ke ceruk rantau Negeri Perak untuki memberi penerangan kepada warga - warga kampung mengenai kemerdekaan dan faedahnya.

Setelah bersalaman dan kami berjalan beriringan masuk ke dalam pejabat. Saya duduk atas sofa dan Ghazali juga duduk atas sofa di hadapan saya. Dia mepelawa saya minum air kopi hitam yang baru dituang ke dalam cawan di atas meja.

"En. Mokhtar, kita cakap fasal setinggan ...," Ghazali memulakan percakapannya untuk berunding mengenai setinggan.

"Tan Sri, tengahariu semalam, pegawai - pegawai Pejabat Tanah Ipoh yang meruntuh rumah - rumah setinggan di kampung Binaria, memberitau para setinggan, Menteri Besar yang arahkan mereka meruntuhkan rumah - rumah setinggan," kata saya.

"Tak, saya tak arah ..., saya tak pernah mengarahkan pegawai - pegawai pejabat tanah ..., deme tu bohong ..., burukkan nama saya ...," kata Ghazali dengan wajah merah.

"Ia, kalau Tan Sri arah ..., saya fikir maruah UJMNO jatuh ..., hajat untuk meramaikan orang Melayu dalam bandar akan tidak berhasil, "kata saya.

"Tak, tak , saya tak arah ..., percayalah, encik Mokhtar ...,"tegas Ghazali Jawi.

"Kita mahu meramaikan orang Melayu, biar orang Melayu meneroka tanah kerajaan sekitar bandar Ipoh ini ..., ini tuntutan politik Melayu ..., kalau UMNO - Barisan Nasional mahu menang dalam pilihanraya akan datang," kata saya.

"Ia, saya setuju ..., memangpun jadi hasrat saya ..., hasrat kami orang UMNO," Ghazali menegakan.

Setelah bercakap lebih setengah jam, Ghazali berkata, "En. Mokhtar, saya harap ypu dengasn pegawai - pegawai Pejabagt Tanah bantu setinggan sekita Ipoh ni ..., sukat kawasan demo ikut yang ditnetukan oleh Pejabat Tanah."

Dua hari kemudian, saya menyertai para pegawai Pejabat Tanah telah bertindak menyusun ke dudukan kawasan setingga sekitar banvdarq Ipoh.

Apabila masalah setinggan telah di selesai, dalam beberapa perjumpaan, para pemuda UMNO mengumumkan, abahawa UMNO yang bekerja kuat untuk mengastur kawasan setinggan sekitar bandar Ipoh.

Pada hari hari kami menusun kawasan - kawasan setinggan, tidak ada seorang ahli UMNO pun yanhg turut serta.

Saya ketawa sendirian. (mp)

No comments: