NAMA ALLAH DAN MASA DEPAN UMNO
Kalimat ‘Allah’ boleh digunakan oleh orang – orang yang beragama Krstian dan Yahudi, sekiranya mereka mengasnut agama – agama tersebut tidak mendua atau mensyirikkan Allah, iaitu agama Yahudi dan Krsitian (Nsrani) yang di bawa oleh Rasul – Rasul Allah, Musa dan Isa.
Orang – orang Yahudi dan Kristian yang mengikut agama Yahudi dan Kristian (Nasrani) yang dibawa oleh Rasul Rasul Musa Allah Isa, mereka tidak mendua atau mensyirikkan Allah. Mereka juga mengkui atau beriman kepada Rasul Allah yang terakhir, iaitu Muhmmad sallal Lahu alaihi wasallam.
Haiwan – haiwan halal yang di sembelih oleh orang – orang Yahdi dan Kristian (Nasrani) yang beriman yang Allah itu tunggal atau tidak ada anak, boleh dimakan oleh orang Islam.
Sahabat Rasul Allah, Muhammad, Ali bin Abi Tali memaklumkan kepada umat Islam, bahawa dia telah mendengar sabda Junjungan, iaitu mana – mana haiwan disembelih oleh orang – orang Yahudi dan Kristian (Nasrani) tidak melafazkan nama Allah, haram dimakan daging haiwan sembelihan mereka.
Perpecahan atas keyakinan atau iman orang – orang Yahudi, tentang Allah dan Rasul – Rasulnya, seperti firman Allah yang ertinya seperti berikut:
Orang – orang Yahudi berkata: “ Uzair itu anak lelaki Allah” dan orang – orang Kristian berkata: “ Al Masih – Nabi Isa alaihis salam – itu anak lelaki Allah. Demikianlah ucapan mereka dengan mulut mereka. Mereka meniru perkataan orang – orang kafir yang terdahulu. Meeka dilaknati Allah sampai mereka berpaling.
Mereka menjadikan orang – orang alim dan paderi sebagai Tuhan lain dari Allah (dan juga mereka mempertuhanakan) Al Masih – Nabi Isa aqlahis salam – putera Maryam, pada hal mereka hanya diperintah menyembah Allah Yasng Maha Asa; tidak ada Allah selain Dia. Maha Suci Allah dari sesuatu yang mereka sekutukan. (At Taubah: 30,31.
Orang – orang Kristian yakin, bahawa Nabi Isa alaihis salm, adalah manusia lelaki yang telah mereka bunuh pada ketika mereka mengejar Junjungan untuk dibunuh. Tetapi Allah menjelaskan dalam Quran, bahawa Nabi Isa telah diangkat oleh Allah dan orang yang mereka bunuh itu bukanlah Nabi Isa sebenar.
Mereka membantah Allah. Mereka menjadikan manusia yang mnereka bunuh danb gantung di salib itu sebagai bahan mereka sembah lain dari Allah.
Maka, di sinilah letaknya perbezaan para penganut agama Islam dengan para penganut agama Yahudi dan Kristian (Nasrani). Walaupun kita menjunjung ‘ perpaduan’ antara rakyat negara ini, namun disegi tauhid dan iman tidak boleh dicampur adukkan.
Demikian juga, simbol iman orang – orang Islam, iaitu nama Allah, tidak boleh digunakan oleh umat Yahudi dan Kristian. Mereka memang mengaku adanya Allah dan menyembah Allah. Tetapi mereka tidak lagi beriman yang allah itu tunggal atau satu. Mereka beriman, Allah adan anak.
Iman orang Yahudi dan Kristian yang kononnya Allah ada anak, berti mereka tidak beriman kepada Allah yang satu dan berlawanan dengan firman Allah yang bermksud:
Katakan (hai Muhammad), (Allah saya) ialah yang Maha
Esa;
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk
memohon sebarang hajat;
Ia (Allah) tiada beranak, dan Ia jugta tidak diperanakkan
(tiada ibu bapa);
Dan tisda sesiapapun yang setasra dengannya.
Mengapa terjadi perkara yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini oleh Mahkamah Tinggi? Kerana Mahkamah di bawah kerajaan yang tidak bersiat kerajaan atau negara Islam. Hakim pula tidak memahami Islam dan sensitip umat Islam di negara ini dan seluruh dunia.
Perkara ini, ssiapakah yang hendak kita salahkan.
Perkara ini perlu diperhatikan oleh Yang Dipertuasng Agong dan Raja – Raja Melayu. Sesuai dengan Agama Islam, agama rasmi negara Raja – Raja Melayu menjadi ketua agama Islam di negeri masing – masing, maka merekalah yang patut bertindak, termasuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
No comments:
Post a Comment