Wednesday, December 9, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

AL QURAN

Bukankah Al Quran ini sesuatu yang boleh diada - adakan oleh yanbg lain dari Allah? Tetapi Al Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab - kitab yang diturunkan sebelumnya (Taura, Zabu dan Injil), dan untuk menjelaskan satu persatu hukum - hukum syarak yang diwajnibkan ke atas kalian; tidak ada sebarang syak dan ragu - ragu pada Al Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. - Yunus: 37

Nota: Orang Islam yang sempurna agama dan imannya tidak mrenolah hukum - hukum dalam Quran untuk digunakan bagi dirinya, kelkuarganaya, masyarakatnya dan negaranya. Negara yang tidak menggunakan hukum - hukum dalam Quran, walaupun makmur, tetapi tidak mendapat keredaan Allah.


HADIS

KASIH

Muhammad rasulullah bersabda: Allah tidak mengasihi sesiapa (orang Islam) yang tidak mengasihi manusia (orang Islam dan bukan Islam).
Perawi: Jarir bin Abdullah.


PETUA

PERKARA SIAL

Dalam rumah tangga orang Islam dan mukmin tidak ada perkara sial, kerana Allah melindungi mereka. Rumah tangga yang paling dikutuk atau dilaknat Allah, ialah isteri menderhakakan suami dan suami tidak mengasihi isteri dan anak - anaknya.


TAHUKAH

ORANG BANJAR

Sungai Manik, terletak dalam kawasan Parlimen Pasir Salak, Perak. Penduduk - penduduknya terdiri dari orang Melayu suku Banjar. Mereka bertutur dengan dailet Banjar. Orang Melayu tempatan yang tinggal di sana, mahu tidak mahu bertutur dengan dailet Banjar juga.
Pada tahun 1951, seorang Banjar, Haji Basunan, telah berkata kepada saya: "Cakap Arab, cakap syurga, cakap Banjar, lemah lembut hujung pangkalnya." (mp)






No comments: