Friday, December 11, 2009

MENGENANG MASA SILAM

Mokhtar Petah

Tahun 1956.

Seorang mu’alim dan ahli falak tersuhur, Sheikh Tahir Jalaluddin tinggal di Kampung Stesyen, Kuala Kangsar. Dia terhitung dalam golongan ulama progresif atau disebut juga kaum muda.

Pada satu hari, saya bersama Allahyarham Mohd. Khir bin Haji Taib, penuntutnya dalam ilmu falak. Wartawan kanan Utusan Melayu Singapura.

Pada ketika itu ada di rumah Sheikh Tahir Jalaluddin, anaknya, Hamdan (kemudian Gebernor Pulau Pinang) dan menantunya, Allahya, Yahaya Arif. Yahaya Arif pemilik toko buku Yahaya Arif, dalam bandar Kuala Kangsar, kemudian berniaga ubat bersalin, cop ’kambing gurun’ dan cop ’ burung layang – layang’.

Yahaya Arif adalah abang kepada wartawan Ahmad Arif, Relau, Sungai Bakap, Pulau Pinang. Dia mati dibunuh oleh musuh politiknya. Ada yang sangka, dia dibunuh pengganas komunis.

Sheikh Tahir bercakap dengan kami mengenai undang – undang zakat di Negeri Perak, yang disifatkan tidak praktikal dan bersifat kapitalis.

”Zakat, terutama fitrah, tak boleh simpan lama – lama, pada hari raya fitra kena beri kepada fakir miskin ...,”katanya.

Bercakap mengenai perjuangan Tunku Abdul Rahman, dia meramalkan Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein mempunyai tugas kebangsaan yang baik, tetapi mereka itu tidak dapat menyatukan semua orang Melayu melalui UMNO.

”UMNO syu’ubiyah (kebangsaan), Islam boleh sesuai dengan syu’ubiyah, selagi ia menerima Islam secara total, iaitu menerima dan melaksanakan hukum – hukum Allah dalam Quran,” katanya.

”Belum merdeka, dah nampak orang Melayu tidak satu hala, ada yanhg sokong UMNO dan ada yang sokong PAS ..., pada beberapa tahun akan datang PAS akan menajdi parti politik yang diterima oleh ramai orang Islam,”katanya lagi.

”Orang putih tak suka Pas, tapi kalau Pas rela jadi macam parti (mashab) Wahabi, orang putih sokong , bantu PAS ..., tapi PAS taka macam tu,” tamabahnya.

Saya yang pernah belajar mukadimah ilmu falak pada Sheikh Abdullah Fahim dan puterasnya, Haji Ahmad Badawi, ingin belajar ilmu falak kepadanya, tetapi tidak berhasil, kerana Sheikh Tahir amat garang pada ketika mengajar.

”Awak wartawan, tak usah masuk parti politik ..., biar orang lain masuk, kerana wartawan pendidik kepada semua orang, walaupun dia perdana menteri, presiden atau raja besar,” ujarnya.

”Wartawan mesti tulis dengan adik, benar tulis benar, salah tulis salah ..., tak boleh tipu pembaca dengan pena, Allah tak suka, ”ujarnya lagi.

Menurut wartawan mudah mendapat ’dosa kering’ berbanding dengan orang lain; tulis bohong, dosa. Tulis mengampu, dosa. Dedah keburukan orang, dosa. Gosip manusi, dosa. Tulis sokong parti syu’ubiyah tentang parti Islam, dosa ..., salah – salah langkah boleh jadi kufur.

”Awak tak usah jadi wakil rakyat, orang jadi wakil rakyat, macam jadi kadi, sebelah kaki dalam neraka, sebalah kaki dalam syurga ...., jadi wakil rakyat, cakap bohong dengan cakap benar sama sajha,” tegas Sheikh Tahir Jalaluddin.

”Kadang – kadang janja taka tunai, jadi tak apa, kalau ikut Islam, tak tunai janji salah satu sebab boleh jadi munafik ...,”tegasnya lagi.

Khir Haji Taib telah belajar ilmu falak kepada Sheikh Tahir Jalaluddin hingga tamat. Kemudian dia menjadi pegawai Tabung Haji. Sebelum meninggal dunia, dia tinggal di Sungai Rokam, Ipoh dan berjawatan jurunikah.(mp)

No comments: