Saturday, December 26, 2009

MENGENANG MASA SILAM

Mokhtar Peta

Pulau Aman, sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pulau yang terletak di peraiaran Pulau Pinang itu, sebuah perkampung nelayan dan terkenal dengan nama Pulau Kera.

Pada tahun 1954, saya bersama beberapa orang rakan telah berkunjung ke sana. Di samping untuk melancong, saya ingin mengetahui mengapa pulau itu di namakan pulau Kera.

Seorang lelaki tua, bekas jurutera, Pak Harun, tinggal di Kepala Batas, memberitahu saya, bahawa pulau tersebut di namakan Pulau Kera, kerana sebilangan penduduknya berkeadaan seperti kera, itu bebas bertukar isteri dan suami.

”Pada waktu malam, bila suami depa pergi ke laut menangkap ikan, isteri depa terghima lelaki lain tiduk bersama depa,” jelas pak Harun.

”Depa tu miskin, sebab miskin depa sanggup buak kegheja tak baik tu ..., nak cari makan,” jelas pak Harun lgi.

Selama satu malam sayang tinggal di Pulau Kera, saya mendapati cerita Pak Harun itu ada benarnya. Tetapi tidak semua perempuan di sana berperangai demikian.

Azman, nelayan tua memberitahu saya, disebabkan penduduk – penduduk pulau terdiri dari nelayan – nelayan miskin maka berlakulah perbuatan tidak baik itu kerana isteri – isteri mencari wang dan hendak hidup senang.

Nelayan – nelayan di sana menjalankan pekerjaan seharian sebagai nelayan. Kebanyakan mereka makan gaji kepada taukeh – tukeh ikan. Gaji dibayar oleh tsaukeh – taukeh yang terdiri dari orang Cina itu mengikut pasang surut pendapatan mereka setiap hari.

Pada masa itu setiap nelayan yang makan gaji mendapat gaji hari sekadar di antara seringgit lima puluh sen dengan tiga ringgi t sahaja. Mereka itu tidak pula bekerja sepanjang bulan. Oleh yang dmeikian, mereka sentiasa dalam kesempitan.

Hidup dalam keadaan miskin menyebabkan penduduk – penduduk di sana , mahu tidak mahu terpaksa mencari makan dengan apa cara jua asaloah usus terisia makanan.

Beberapa orang perempuan – gadis, janda dan ada isteri orang berhijrah ke Goerge Town untuk bekerja sebagai penari joget, kelab malam dan beberap orang pula terus hidup dalam dunia pelacuran.

Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ahli Dewan Undangan Negeri, Allahyarham Haji Sulaiman Palestin telah mengusulkan kepada Dewan Undangan Negeri, agar pulau Kera ditukarkan namanya kepada Pulau Aman.

No comments: