Thursday, December 10, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



HUKUM ALLAH


Adakah kalian berkehEndakkan kepada hukum (undang – undang) jahiliah (seperti undang – undang Firaun, Rom dan Inggeris)? Siapakah yang lebih baik hukum (undang – undang) nya daripada hukum (undang – undang) Allah kepada mereka yang yakin (beriman). – Al Maaidah: 50



HADIS


KESAMARAN

Muhammad Rasulullah s.a.w. bersabda; Sesungguhnya halal itu nyata dan haram itupun nyata, di antara keduanya itu terdapat perkara yang bersamaran (syubhat) yang tidak diketahui kebanyakan orang, maka sesiapa yang memelihara dirinya dari perkara yang kesamaran (syubhat) sesungguhnya dia memelihara bagi agamanya (Islam) dan kehormatannya.

Perawi: Abu Nukman bin Basyir, Imam Bukhari dan Imam Muslim.



PETUA


ROSAK JIWA

Kerosakan jiwa seseorang itu kebanyakannya berasal dari tiga hal: 1 - Kefasihan orang yang arif (bercakap untuk keduniaan dan kemewahan), 2 – Khianatnya orang yang cinta (mengikut kehendak nafsu), 3 – Dustanya orang yang murid (mengingati makhluk lebih dari ingatkan Allah). – Ahli Sufi, Abu Hafadz.



TAHUKAH



HUTANG NEGERI

Pada masa UMNO – Barisan Nasional memerintah Negeri Kelantan dan Negeri Kedah mereka telah menimbunkan hutang berbelion ringgit, setelah PAS memerintah negeri – negeri itu, kerana berkat kesabaran, jimat cermat dan tidak membazirkan wang rakyat dan negeri, maka hutang tersebut telah dapat dilangsaikan.

No comments: