Sunday, December 27, 2009

ISU


KEMALANGAN JALAN RAYA

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata, 10 penumpang yang duduk di tingkat bawah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan termasuk kepala, manakala mangsa yang parah masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

MANGSA NAHAS: (dari atas, kiri); Sharifah Hassanah Al Junid, Sharifah Raheel Al Junid, Shaharin Mohd Noor, Supiah Adam, Musa @ Ismail Abdullah. (dari bawah, kiri); Noor Jismi Noordin, Mohd Bilal Osman, Ng Ph Ngoh, Ng Kah Kit dan Mohd Shukri Mohd Ali. - Berita dan gambar - gambar dari Berita Harian Online, 27 Disember 2009.


Pada masa Semenanjung Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan, semaua jalan raya sempit dan bengkang bengkok.Kenderaan terlalu sedikit. Semua kenderaan berlari paling laju 40 batu sejam. Dan amat kurang kemalangan jalan raya dan orang terbunuh kerana kemalangan tersebut.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, terutama setelah Perdana Menteri, Tun Razak mekancarkan ekonomi baru dan Dr. Mahathir Mohamad membangun negara dengan pesat dan pantas, disokong oleh kemajuan idustri kenderaan bermotor di negara – negara maju dan lam negara, maka, kemalangan jalan raya berlaku pada setiap hari.

Sebilangan rakyat yang beragama Islam ’seronok’ atau hppy go lucky dengan kemakmuran sehingga ternampak mereka sebagai manusia – manusia yang lupa daratan.

Dalam kemakmuran, kegembiraan Allah mendatangkan malapetaka yang dahsyat. Tidak terfikir oleh akal manusia.

Akibat kemalangan itu, paling ramai rakyat Malaysia yang peringkat remaja yang terkorban dan cedera hingga cacat anggota.

Setiap kali berlaku kemalangan jalana raya, sama ada di lebuh raya, jalan Persekutuan, jualan negeri atau jalan luar bandar, tentulah menteri bidang jalan raya, polis, pihah Jabatan Poengaankutan Jalan, pendakwa dan hakim menyalahkan:

1 - Pemandu kenderaan; mengantuk, mabuk

arak atau dadah, memandu terlalu laju,

cuai dan tidak cekap.

2 - Kenderaan bermasalah; Berek tidak

berfungsi dan beberapa perkara lagi.

3 - Jalan raya yang tidak sempurna –

berlubang, licin dan sebagainya.

Semua itu dapat kita menerimanya dengan cara berfikir sekadar keupayaan berfikir hamba Allah yang jahil akan kekuasaan Allah. Lemah fikiran kerana tidak ada pengetahuan Islam yang sempurna. Tidak dapat mengetahui, bahawa kuasa Allah mengatasi segala – galanya.

Sama juga dangan orang jahil lagi kafir memarahi Allah, kerana bakal pengantin atau oengantin baru terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Ibu dan bapa memarahi Allah kerana anak mereka terbunuh dalam kemalangan demikian.

Sebenarnya, jika kita fikir – fikir sebagai orang mukmin, bahawa dengan ikhtiar atau usaha manusia dan dengan pertolongan Allah, manusia menjadi kaya raya, negara menjadi mewah, makmur dan moden. Dalam keadaan ’makmur dan moden’ itu manusia lupa atau sengaja melupakan segala yang diperintahkan oleh Allah agar melakukan dan mepraktikkannya dan cenderung kepada melakukan segala tegahan- Nya.

Dalam melkaksanakan pembangunan untuk tujuan kemodenan, tidak dapat tidak kita tidak sedar atau memang sedar, tetapi tidak mengendahkanya; kita menggunakan wang dari sumber haram untuk melaksakana pembangunan, seperti wang hasil (cukai atau derma) pihak pengamal judi, pengamal riba, pengamal hiburan maksiat dan sebagainya.

Selain dari itu, para pemimpin kita yang beragama Islam, kerana ’demi perpaduan’, mereka reda menyertai orang – orang bukan Islam merayakan agama mereka, perayaan rumah berhala dan sebagaianya.

Satu perkara lagi, kerana Malaysia ramai perempuan yang berpelajaran tinggi, bijak dan berjuang dalam arena politik, maka mereka alfa dari melayan suami, menumpukan rumah tangga dan mereka mendahului lelaki dalam kebanyakan hal.

Jika kita membaca dalam Quran terdapat beberapa catatan sejarah yang dijelaskan Allah, di antaranya:

a . Banjir besar (lebih dari tsunami) pada zaman

Nabi Nuh, kerana manusia menentang Nabi

Nuh a.s.dan menderhakan Allah.

B . Gempa bhumi dan terbakar padsa zaman

Nabi Luth, kerana manusia melakukan liwat

dan menderhakan Allah.

Perbuatan dan tindakan memusuhi golongan yang menegakkan hukum (perundangan) Allah, mencerca dan mengutuk ulama dan tuduh menduh, tohamah dan sebagai sesama amanusia telah menajdi sebagai permaianan di kalangan umat Islam (Melayu) padsa masa ini.

Sesungguhnya, banyak dosa manusia, Allah akan membalasnya di akhirat dengan nergaka dan banayak juga dosa manusia, Allah membalas tunai di dunia lagi.

Ingatlah, sesiapa yang menjadi pemimpin umat manusia Islam, jika dia melakukan segala dosa di atas, negara dan rakyat yang dipimpinnya sentiasa dalam keadaan hauru hara dan malapetaka.Kebenaran ini boleh di selidik dalamm Quran dan Hadis. – Mokhtar Petah.

No comments: