Tuesday, December 29, 2009

BERITA



Pas dakwa tiada anggotanya sertai demonstrasi di Selangor

KOTA BAHARU - Pas berkata tidak ada anggotanya yang terbabit dalam perhimpunan mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang yang diadakan di hadapan Pejabat Perhubungan Pas Selangor, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, siasatan awal mendapati mereka yang terbabit bukanlah anggota Pas.

"Jika benar mereka anggota Pas sudah tentu mereka akan diheret kepada jawatankuasa disiplin parti tetapi kita telah menyiasat termasuk jurucakapnya dan didapati mereka bukan ahli kita,”katanya.

Pada perhimpunan itu, kumpulan turut mengemukakan 13 perkara dalam memorandum untuk mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.
(Berita ini diambil dari Sinar Harian –Bernama, Online, 29 Disember 2009)

No comments: