Wednesday, December 16, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



SEDEKAH


Dan sedekah (belanjakan) sebahagian dari rezeki yang Kami kurniakan kapada kalian sebelum seseorang dari kelian sampai ajal (maut) kepadanya, (jika tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ”Hai Tuhan, alangkah baiknya jika anda enkau lambatkan ajalku – ke satu masa yang siangkat sahaja lagi, agar aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari (golongan) orang – orang yang salih.” – Al Munafiquun: 10



HADIS



ALLAH REDA


Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah meredai hamba- Nya, bila memakah sesuatu makanan dan meminum sesuatu minuman (bukan arak) lalu dia memuji Allah, kerana Allah mengadakan makanan dan minuman itu.

Perawi: Imam Muslim.




PETUA


LELAKI BAIK

Lelaki yang paling baik, ialah, yang rajin berusaha, sentiasa beribadat kepada Allah, banyak pengetahuan, adil dan rela melakukan poligami, kerana dengan poligami itu akan dapat memberi peluang kepada para isterinya dapat menjadi warga syurga di akhirat kelak.



TAHUKAH?



BAJU DALAM


Wartawan Negara, Allahyarham Tan Sri Samad Ismail, pada masa remaja bekerja wartawan Utusan Melayu, Singapura. Setiap bulan dia membeli baju dalam (sengkelit) 30 atau 31 helai. Setiap hari dia memakainya sehelai dan pada malamnya baju itu dibuang. Rakannya, wartawan juga, Kris Mas mengutip baju itu setiap pagi dan sengkelit itu menjadi miliknya. – sumber: Kris Mas



NOKTAH HIDUP


RASUAH

Seorang lebai, dia dalam keadaan hampir nazak.Beberapa aorang mengajar dia mengucap, tetapi dia tidak dapat mengucap kalimah mulia itu.

Dua tiga orang jemaah masjid berkata: ” ...lebai tu amil fitrah, selalu mengambil wang lebih atau baki dari wang yang orang membayar fitrah. Wang yang disedekahkan kepadanya. Dia anggap pemberian itu sebagai sedekah.

No comments: