Sesiapa yang telah kafir, maka dialah sahaja yang menanggung akibat kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal solih, maka merekalah orang - orang yang membuagt persiapan untuk kesenangan diri mereka masing - masiang. - Ar Rum: 43, 44
HADIS
Bahawa perumpamaan bagi para mualim (ulama) di atas muka bumi ini, bagaikan bintang - bintang yang ada di langit. Bintang - bintang itu memberi petunjuk, baik di daratan mahupun di lautan. Maka apabila cahaya bintang itu tertutup, dikhuatirkan mereka yang telah mendapat petunjuk itu akan sesat. - Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Perawi: Anas dan Ahmad
PETUA
Ahli sufi, Abu Yazid Bistami berpendapat: Berada dengan mereka yang sungguh - sungguh baik lebih baik dari sesuatu yang anda bayangkan menjadi baik. Berada di kalangan mereka yang buruk (jahat) adalah lebih buruk dari sesuatu yang buruk.
TAHUKAH?
Sebilangan orang Melayu - pada umumnyum dari parti - parti pembangkang - mahu nama Persekutuan Tanah Melayu ditukarkan kepada Melayu Raya, tetapi PM Tunku Abdul Rahman menerima nasihat dari beberapa pemimpin China dalam MCA, maka dinamakan Persekutuan Tanah Melayu, Malaysia. Jika diambil pengertian dari cakap orang Cina bererti Malay (Melayu) si ...a (mati). Pada masa itu kebanyakan orang Cina yang kuat berpegang kepada fahaman perkauman, memang mahukan orang Melayu lumpuh atau mudur.
No comments:
Post a Comment