(sambungan semalam)
Di antara mereka itu Panglima Jihad PAS,Ustaz Hasaan Adli (Bagan Datoh), Ustaz Haji Abdul Samad Noh (Padang Rengas), Ustaz Baharuddin Latif (Gunong Semanggol) dan Ustaz Abdul Mutalib Azmi (Kuala Kangsar).
Pengaruh para ulama di kalangan orang Melayu dan umat Islam di seluruh Negeri Perak mengatasi pengaruh Menteri Besar, para menteri dan para wakil rakyat di negeri tersebut.
Kekuatan pengaruh para ulama PAS,ialah percakapan berhikmat dan mendorongkan umat Islam mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.Manakala pengaruh pihak UMNO - BN hanya untuk kebahagian di dunia dan kebendaan.
Apabila Ustaz Ahmad Awang meninggalkan Pusat Islam, beliau telah mengembangkan sayap perjuangannya dengan mendekati dan merikrutkan para belia lepasan universiti Islam, kolej Islam dan sekolah menengah yang mempunyai pegangan kuat pada agama Islam. Mereka hanya yakin, hanya politik Islam sahaja yangb boleh menyatu - padukan orang Melayu dan ummah.
Ustaz Ahmad Awang telah mendekati para ulama muda yang mempunyai pandangan luas, di antara mereka itu, Mufti Perak, Dato Haurssani Zakaria.
Beliau menjalankan pernjuangannya seperti anai - anai makan bangunan atau bubuk makan kayu. Akibatnya bangunan runtuh. Begitu juga UMNO - BN Negeri Perak. Beransur lemah dan kemudiannya menghadapi kejatuhan mulai Pililihan Raya UMUM 2008.
Sebelum mengahadapi kejatuhan, Menteri Besar dan Ketua Badan Perhubungan UMNO Perak, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali kelihatan tenggelam dalam kelemahannya sendiri.
Negeri - negeri lain meningkat maju, Negerei Perak mudur. Yang paling menyedihkan,lapangan terebang Ipoh terpaksa di tutup.
Apabila Dato Seri Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin melonjak ke langit zaman memegang jawatan Menteri Besar, maka Ustaz Ahmad Awang terjulang sebagai pemimpin yang tidak mementingkan diri. Beliau menolak dari dicalon bertanding dalam kawasan Dewan Rakyat dan Negeri. Beliau tidak berhajat untuk memengang jawatan Menteri Besar.
Walaupun Ir. Mohamed Nizar telah terlucut dari jawatan Menteri Besar , beliau dilucuat oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak bererti beliau tidak disukai oleh rakyat umum dan tidak pula bererti PAS telah lumpur.
Jika diadakan pilihan raya semula atau Pilihan Raya Umum akan datang, saya meramalkan, sebilang besar kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh UMNO - BN akan jatuh ke tangan PAS dan Pakatan Rakyat.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment