NOH OMAR
JIHADNYA
BELA RAKYAT JELATA
POLIS PERLU BELA MAT REMPIT
Oleh: Mokhtar Petah
Jika Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dapat menerima pendangan saya ini, mungkin pada masa depan polis negara tidak hanya menjadi 'tukang tangkap dan tukang pasung' Mat rempit sahaja, tetapi menjadi pembela mereka sebagai warganegara yang perlu dibela.
Sebelum ini polis menjalankan tugas mereka membasmi Mat rempit dengan tindakan menangkap, memsuk dan menghadapkan mereka ke mahkamah. Lalu mereka menjadi pemuda atau remaja rakyat yang ' terbelenggu dalam golongan penjenayah' dan gelap masa depan mereka.
BUKAN PENENTANG kERAJAAN
Saya mendapat tahu sebilangan besar Mat rempit bukanlah penenentang polis dan bukan penentang kerajaan, tetapi mereka rakyat muda atau remaja yang perlu mendapat pembelaan dari Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Ramai dari mereka terdiri dari lepasa univesiti, kolej dan sekolah menengah. Mereka bekerja dalam berbagai bidang dan mempunyai pendapatan ayang lumaian. Mampu membeli motosikal berkuasa tinggi.
Tindakah polis menankap dan menghadapkan Mat – Mat rempit ke mahkamah dan mereka dijatuhi hukuman penjara, saya kira 'tidak adil' . Bukan mahkamah tidka adil, tetapi Ketua Polis Negara dan para anggotanya kurang adil dan tidak ihsan.
BERTINDAK DAN MENGHUKUM
Dalam dunia moden ini, setiap yang berkuasa tidak hanya bertindak dan menghukum atau seperti Amerika Syarikat bawa pimpinan Presiden G. W. Bush, iaitu bertindak, mengurung dan membunuh manusia.
Ketua Polis Negara sepatutnya mengadakan rancangan – kertras kerja atau sebarang sponser kepada kerajaan – terutama Perdana Menteri bagaimana hendak mengatasi masalah Mat Rempit.
POLIS DAN MAHKAMAH
Semua Mat Rempit menghadapai lubang tempat mengadu dan meminta tolong tersumbat. Yang mereka hadapai, hanyalah tindakAn polis dan mahkamah dan kemudian menjadi rakyat sebagai penjenayah.
Mereka mahu ruang di negara ini – di tiap-tiap daerah untuk melakukan sukan bermotosikal – laju, rempit dan sebagainya, tetapi kerajaan tidak menyeidakan padang atau kawasan untuk mereka.
SIKAP PERIKEMANUSIAAN
Saya mendapat tahu, hanya Tan Sri Ramli Ngah Talib pada masa beliau memegang jawatan Menteri besar Perak dan ahli Dewan Rakyat telah mengsdakan lapang litar bagi para belia merempit, iaitu terletak di tepi sungai Perak,di Kampung Gajah,Perak.
Ketua Polis Negara dan para ahli Dewan Rakyat perlu merenung atas sikap 'perikemanusiaan', membela Mat Rempit sebagai mana mereka membela para menteri, wakil rakyat, pegawai tinggi kerajaan dan golongan elit dengan mengadakan padan golf dan membelanjakan wang negara berjuta – juta ringgit.
MEMBANTU PARA PEMUDA
Mengapa tidak mengadakan peruntukan untuk mengadakan padang lomba atau padang litar bagi Mat - Mat Rempit berlomba?
Saya harap, Tan Sri Musa Hassan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan kementerian – kementerian lagi bagi membantu para pemuda atau remaja Mat Rempit.
TARBIAH DAN DIDIKAN
Negara kita adalah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.Islam menuntut setiap pemeluknya bijaksana, ihsan, adil dan berperikemanusiaan. Bertindak dan menghukum dengan tidak mencari ikhtiar agar tidak berlaku yang buruk dan tidak disukai, adalah bukan cara Islam.
Serulah kepada jalan Allah dengan hukman (pengetahuan) dan lemah lembu atau berbudi pekerti. - Maksud Quran.
Polis Diraja Malaysia patut mengubah sikap, iaitu adakah tarbiah dan didikan untuk rakyat agar rakyat tidak melakukan keburukan dan tidak membenci polis.
Saya harap Tan Sri Musa Hassan dapat menerimapandangan saya ini untuk dijadikan kajian dan tindakan berperikemanusiaan.
No comments:
Post a Comment