Monday, May 4, 2009

USTAZ AHMAD AWANG


JIHAD ULAMA BELA UMMAH

Oleh: Mokhtar Petah




USTAZ AHMAD AWANG


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awan, adalah seorang Muslim Ulul Al bab, di Negeri Perak. Murid kepada Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hamzah. Membaca banyak bukukarya para penulis dan politikus Parti Ikhwanul Muslimin, Mesir: Muhammad Abduh, Syed Qutb , Hassan Al Bana.
Beliau bersama saya pernah mengajar di sekolah agama (rakyat) - Madrasah Al Yasiniah, Kampung Berala, Kati Kuala Kangsar, Perak, pada zaman negara belum merdeka.
Pada satu malam, dalam asrama di tengah sawah, beliua pernah berkata kepada saya: Anak ada azam. Ana akan jadikan Tanah Melayu sebuah negara Islam.
Setelah kembali dari universiti Islam luar negara, Ahmad Awang bekerja sebagai pegaai tinggi dalam Pusat Islam , Kuala Lumpur.


Beliau yang merundingkan perkahwinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datin Sri Wan Azizah Ismail dan bernikah di Puoau Pinang. Kadi Pulau Pinang, Harussani Zakaria (kini Mufti Perak) adalahm yang melakukan akad nikah mereka.
Ustaz Ahmad Awang adalah rakan karib Mufti Perak, Dato Harussani Zakari

Mahkamah Rayuan telah pun membuat keputusan menolak rayuan tiga pelajar yang dibuang sekolah kerana memakai serban.

Kita tidak berniat hendak mempertikaikan keputusan tersebut. Tetapi apa yang hendak dinyatakan di sini ialah tentang kenyataan bertulis yang dibuat oleh salah seorang hakim itu mengenai sunah Nabi adalah sesuatu yang cukup sensitif.

Gambaran yang diberikan itu bukan sahaja telah menjejaskan nama baik Nabi tetapi juga ajaran agama Islam itu sendiri. Kenyataan bahawa serban itu berasal daripada masyarakat Arab jahiliah dan bukan merupakan amalan nabi serta satu perkara yang besar adalah amat dikesali.

Kita hairan dan terkilan apa perlunya hakim mengaitkan cerita orang Arab Jahiliah dan Abu Jahal memakai serban dengan menolak rayuan yang dikemukan oleh tiga pelajar berkenaan.

Memakai serban tidak sekadar ada hubungan dengan sunah tetapi juga ada kaitan dengan hukum. Apabila sudah sentuh hukum syarak maka hakim sepatutnya memanggil pakar rujuk berkaitan bagi mengulas isu tersebut.

Ini lebih afdal dan adil daripada membuat kenyataan tanpa merujuk kepada keterangan yang diberikan oleh mereka yang lebih arif dalam bidang agama. Ini kerana sudah menjadi satu prosedur di mahkamah akan memanggil mereka yang pakar dalam bidang masing-masing sebagai rujukan mereka. Jangan pula hakim menjadi hakim dan pada masa yang sama menjadi pakar rujuk dalam bidang yang bukan menjadi kepakarannya.

Membuat kenyataan tanpa sandaran dan asas agama yang kuat boleh menimbulkan kekeliruan. Hal ini tidak semata-mata dalam perkara yang berkaitan dengan serban tetapi sunah-sunah Nabi yang lain.

Membandingkan siapakah yang lebih alim antara mereka yang naik dengan unta dan kapal terbang jelas mengandungi unsur mempersendakan Nabi. Begitu juga pada zaman Nabi, orang membina rumah dan masjid dengan tanah liat serta daun kurma dan mengosok gigi menggunakan sugi tidak harus dijadikan sebagai hujah penghakiman yang kuat.

Kita bersetuju bahawa dalam al-Quran dan hadis tidak disebut orang yang naik unta lebih alim. Tetapi kondisi tersebut harus dilihat dalam konteks pada zaman nabi. Malahan dalam kebanyakan situasi, apa yang digunakan pada zaman dahulu masih lagi relevan sehingga ke hari ini.

Apakah sesiapa yang berani menafikan bahawa rumah dan masjid yang ada kini bukan diperbuat daripada tanah liat. Tidakkah bata yang digunakan berasal daripada tanah liat. Simen juga berasal daripada tanah. Bahkan besi yang digunakan dalam pembinaan bangunan moden juga berasal daripada tanah.

Jadi, perbandingan yang digunakan oleh hakim tersebut jelas tidak tepat dan kena pada tempatnya. Tidak ramai mufti atau hampir tiada hakim Mahkamah Syariah memakai serban tidak boleh dijadikan sebagai hujah bahawa pemakaian serban bukan merupakan amalan yang digalakkan oleh Islam.

Hujah yang berlandaskan kepada fakta perundangan lebih sesuai digunakan daripada membuat hujah-hujah yang menyentuh sejarah. Hujah sejarah ini nampaknya juga telah digunakan oleh Menteri Pelajaran, Hishammuddin Tun Hussein untuk mempertahankan tindakan pihak sekolah.
Dalam satu kenyataan beliau menyatakan lega dengan keputusan mahkamah itu. Keputusan itu menunjukkan tindakan pihak sekolah adalah betul. Jadi, tidak timbul Kementerian Pendidikan menghalang pelajarnya memakai serban kerana ia bertentangan dengan peraturan yang sedia ada.

Kalau begitu, bagaimana pula dengan kedudukan pelajar-pelajar berketurunan Sikh yang memakai serban di sekolah. Kenapa dibolehkan pula? Kalau pelajar Sikh dibenarkan berbuat demikian kerana pemakaian serban ada kaitan dengan sejarah dan agama maka umat Islam juga mempunyai sejarah dan tuntutan agama yang berkaitan dengan pemakaian serban.

Dalam sejarah pendidikan di negara kita, pelajar-pelajar pondok sudah lama memakai serban dan pemakaian itu ada hubungan dengan agama. Dalam hal ini, kebenaran pakai serban diberikan kepada orang Sikh kerana kaitan dengan pegangan agama mereka.

Kenapa dalam isu ini, kita tidak pula menghormati agama orang Islam. Kita khuatir penolakan rayuan oleh mahkamah dan tindakan Kementerian Pelajaran (KP) akan mengundang lebih banyak pertikaian berhubung pakaian seragam yang dipakai di sekolah.

Kalau hujah sejarah hendak digunakan maka didapati tudung dan baju kurung bukan merupakan pakaian seragam yang disyaratkan oleh KP. Uniform yang diputuskan masih lagi skirt dan blaus. Hanya apabila ibu bapa sedar pemakaian uniform itu bercanggah dengan hukum syarak maka timbullah desakan supaya pelajar dibenarkan bertudung dan pakai baju kurung.

Kebenaran itu datang daripada pihak sekolah semata-mata dan bukannya peraturan yang disyarat atau diwajibkan oleh KP. Sebab itu di kalangan pelajar-pelajar Islam masih ada yang pakai tudung dan berbaju kurung dan ada yang tidak. Sejak akhir-akhir ini sudah ibu bapa yang mempertikaikan anaknya dipaksa pakai tudung dan baju kurung di sekolah. Uniform tudung dan baju kurung adalah pilihan ibu bapa.

Oleh itu, kita mendesak pihak KP supaya mewajibkan pemakaian tudung di kalangan pelajar-pelajar Islam kerana ia diwajibkan bagi orang Islam.

Manakala pemakaian serban pula adalah sunat. KP perlu meminda peraturan supaya uniform yang dipakai haruslah yang tutup aurat termasuk tudung khususnya kepada pelajar yang telah capai akil baligh.

Jangan ingat menteri sudah lega kerana ibu bapa dan masyarakat Islam tidak lega dengan keputusan mahkamah yang boleh memberikan implikasi negatif terhadap pemakaian tudung, baju kurung dan kain sarung di sekolah.

Pakaian tersebut bukan merupakan seragam yang ditetapkan oleh pihak kerajaan melainkan hanya merupakan pilihan sekolah semata-mata. Sekiranya ada yang membawa kes ke mahkamah ada kemungkinan pemakaian tudung dan baju kurung akan dibatalkan di sekolah.(Ahmad Awang 4 Mei 2009)

Di Madrasah Yasiniah juga saya telah mengsdakan darjah persiapan unjtukmasuk ke Kolej Islam Klang. Di antrarea mereka yang pernah belajar dalam darjah persiapan ini, ialah Ismail Arifin (UKM), Mahmjud Najmi (ADUN Pashang), Hamzah Zakaria (Bera, Temerloh, Pahang ) Fuad Zainalk Abidin (Parit Buntar, Perak), Mohd. Nur Ngah (Universiti Malaya), Mokhtar Petah atau M.Pathy (wartawan Berita Harian), Taahir Jais (Rambai Tujuh, Kuala Kangsar) dan Ismail Hashim (guru agama di Selangor).

Perkara mustahak dirakamkan dengan segala ingatan ikhlas dan sanjungan budi ialah kerjasama Ustaz Hasan Idris yang mengirimkan tigak orang pelajar sebagai ‘pelajar merangkap tenaga pengajar’. Mereka itu ialah Ustaz Umar dAud (sekarang di Terengganu), Ustraz Ahmad Awang (Kelantan) dan Ustaz Abdul Satar Zain (Kelantan). (Alias Mohamed, Abu Bakar Hamzah Dalam Kenangan,2003, Gateway Publishin House Sdn.Bhd. Petaloing Jaya)

Mereka bertiga ini memberi banyak sumbangan kepala pelajaran Madrasah Yasiniah itu. Di samping itu, saya tidak lupa jasa pelajar - pelajar yang turut bertungkus lumkus mdemberi tenaga mengajar, iaitu Ustraz Tahair Jais (Kuala Kangsar), Ustaz Mokhtar Petah (Perak), Ustaz Hamjzah Zakaria (Temerloh) dan Usraz Mahmud Najmi (Chenoi, Pahang)

Dalam asrama tengah sawah padi di kampung Berala, Kati, Kuala Kangsar, pada tahun 1955, kami; Ustaz Ahmad Awang (Parit Buntar), Ustaz Zainuddin Zamzam (Sabak Bernam), Ustaz Tahir Jais (Rambai Tujuh, Kuala Kangsar), Ustaz Fuad Zainal
Abidin dan saya telah bercakap mengenai masa depan Tanah Melayu, akan merdeka pada tahun 1957.
Ustaz Ahmad Awang telah menyatakan azamnya, iaitu apabila beliauk telah tamat dari universiti Islam, belilau akan berjuang dalam politik dengan tujuan untuk menegakkan Negara Islam di Tanah Melayu. (bersambung esok).


No comments: