Pada masa ini dan hingga kepada masa akan datang, jika sesiapa yang bertanggungjawab untuk menyatu padukan orang Melayu dan ummah serta mengembalikan kekuatan orang Melayu di Negeri Kedah, usaha ada di hadapan, iaitu bersatu semua parti orang Melayu, terutama UMNO dan PAS. Sama - sama berjuang kerana Allah untuk mengekalkan negeri itu sebsgai negeri Melayu dan berpegang kuat kepada Islam.
Sultan Kedah terutamanya, eloklah merenung kepada Islam lebih penting dari segala - galanya. Jika Islam lebih penting dari segala - galanya, baginda mestilah berusaha sedaya upaya menyatu - padukan orang Melayu di negeri itu. Usaha baginda itu tidak bererti mencapuri politik, kerana baginda mengikut perlembagaan negeri tersebut, adalah Ketua agama Islam.
* Islam mewajibkan umat Islam besatu padu dan menjadi kuat, maka menjadi
tanggungjawab baginda untuk melaksanakan kewajipan Islam itu.
* Ada Melayu telah menentukan, bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafaka. Kepala untuk melaksanakan muafaakat terpikut atas ketua
agama dan ketua adat istiadat, iaitu sultan Kedah sendiri.
Di Negeri Kedah terdapat banyak tempat pelancungan di bahagian daran dan pergunungan serta sekitar laut. Di antaranya, Tasik Pedu, Nami, Lembah Bujang, Merbuk, Pantai Merdeka dan Pulau Langkawi.
Hanya pelancoangan Pulau Langkawi yang memberi hasil kepadada Negeri Kedah, namun ia menyedihkan, kerana hampir semua sektor -peancaongan - mperhotelan dan resot di sana menjadi milik orang asing.
Saya menilik di segi moral orang Melayu, bahawa pada masa yang tidak lama lagi, sebahagian orang Melayu di sana akan menjadi penduduk asal Pulau Hawaii. Mereka hidup melarat di bumi sendiri. Hal ini berlaku kerana kerajaan Kedan yang lalua terlalu mengutamakan pembangunan dan mengejar kebendaan.
No comments:
Post a Comment