Wednesday, May 6, 2009

QURAN

KAKI DAN TANGAN

Pada hari ini Kami tutup mulut - mulut mereka dan tangan - tangan
mereka berkatalah kepada Kami dan kaki - kaki mereka memberi
kesaksian kepada Kami dengan apa yang mereka
usahakan. - Yaasin: 65.


HADIS


PEREMPUAN MANDU


Rasulullah Muhammad s.a.w. ditanya oleh seorang lelaki: Saya dapat
seorang perempuan bangsawan dan cantik, tetapi mandul, bolehkah saya
berkahwin dengan dia? Rasul menjawab: Tidak boleh. Kemudian lelaki itu
datang dan bertanya lagi, namun Rasul tetap melarang dia berkahwin dengan
prempuan mandul itu. Kemudian lelaki itu datang kali yang ketiga dan
bertanya kepada Rasul dan Rasul bersabda: Kahwinilah perempuan
yang boleh beranak, penyayang, kerana saya dengan anda adalah (lelaki)
pembanyak anak.
- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Ahmad.


PETUA

PEREMPUAN SIAL

Perempuan yang sial bagi lelaki dan tidak baik diambil sebagai isteri,ialah yang
mempunyai perangai dan sikap atau amalan seperti berikut:
1 - Tidak mahu sembahyang.
2 - Membuka aura di luar rumahnya.
3 - Pengumpat.
4 - Pengadu domba.
5 - Melawan ibu bapa.
6 - Melawan gurunya.
7 - Berkahwin (dengan tujuan)
mengharapkan wang dan
harta lelaki.
8 - Tidak mahukan anak.
9 - Tidak sukakan mertua.
10- Berpenyakit bahaya dan berjangkit.





No comments: