Tuesday, May 5, 2009

ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS




Abdul Hadi bin Awang

Abdul Hadi Awang

"Kerajaan perpaduan ini bukan Pas pandai - pandai buat. Saya yang mencetuskan perkara ini kepada DAP dan PKR, saya mengemukakan opsyen baru itu untuk membuat perubahan politik bukan sahaja demi PR tetapi seluruh rakyat termasuk Barisan Nasionhal.
"Kita telah mengalami masalah demokrasi yang semakin haru semakin menguncup termasuk dalam UMNO yang dilanda politik wang. Oleh itu saya mencadangkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik kerana ia bukan perkara baru. Kerajaan seperti ini pernah ditubuh di Britain, Afrika dan Indonesia.
Idea saya itu pernah dibincangkan bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri itu menunjukkan keterbukaan.
"Tetapi,malangnya beliau baru sahaja masuk gear satu beliau diturunkan pangkat, setakat ini tiada perbincangan dengan Datuk Seri Nanjib Tun Razak kerana saya tidak faham lagi kepimpinan mereka yang ibarat baru nak hidupkan injin ... kita tak tahu definisi tetapinya lagi.
Sekiranya mereka faham, apa yang berlaku hari ini bukan sahaja ahli Pas tetapi ahli UMNO seperti Tun Dr. Mahathir pun tidaksetuju, saya tiak tahu beliau faham atau tidak kerajaan perpaduan itu." (Sinar Harian 5 Mei 2009).


No comments: