KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mahu rakyat berbilang kaum lebih bijak menangani isu-isu sensitif terutama yang berkaitan dengan kesucian agama Islam.
Baginda bertitah, sekiranya rakyat bertindak melulu dan mengikut nafsu, ia akan merosakkan keharmonian antara kaum yang menjadi resepi kepada keindahan gagasan 1Malaysia yang menjadi slogan nasional.
Bertitah melancarkan projek "Beverage Vending Machine" untuk golongan miskin di Pauh dekat sini hari ini, baginda berharap keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini tidak tercalar dengan isu-isu yang berkaitan dengan agama.
(Berita ini diambil dari Sinar Harian Online, 11 Januari, 2010)
No comments:
Post a Comment