TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Itulah umat manusia pada masa silam, mreka memproleh apa yang mereka telah ushakan, dan kalian menperoleh sesuatu yang kalian usahakan, dan kalian tidka bertanggungjawab terhadap sesuatu yang merek lakukan – Al Baqarah:134
HADIS
NIKMAT
Nabi Muhammad s.a.w. telah member nasihat: Lihat orang yang tarafnya di bawah taraf kalian dan jangan melihat orang yang tarafnya di atas taraf kalian – dalam hal keduniaan.Sebab yang demikian itu lebih nyata yang demikian itu kalian tidak akan menghina (peleceh) kenikmatan yang dikurniakan atas kalian.
– Para ahli Hadis sepakat.
PETUA
PUBLISITI
Jangan mempublisikan kerja atau amalan anda kepada orang ramai, kerana perbuatan itu adalah berunsur ria atau takbur. _Perbuatan itu di luar keredaan Allah. Apabila Allah tidak reda, ertinya anda akan menuju kehan curan atau kehinaan.
TAHUKAH
WAKIL RAKYAT
Sebahagian dari beratus wakil rakyat di seluruh negara ini, tidak menjalakan tanggungjawab kepad rakyat dengan bersungguh – sungguh. Mereka mencuri tulang, banyak membuang masa di tempat – tempat hiburan, melbatkan – perniagaan dengan taukeh – taukeh Cina danm ada kalanya menjadi broker bagi mendapat projek/ tender kerajaan untuk syarikat – syarikat bukan milik Melayu.
NOKAT HIDUP
TIADA HARTA
Seorang bapa tidak memiliki harta, kecuali tanah tapak rumah dan rumah tempat tinggalnya dan kekuarganya. Pada ketika dia akan nazak, dia mengucap syukur kepada Allah kerana dengan usaha empat kerat tulangnya, lima anaknya – dua perempuan telah memiliki pelajaran tinggi dan penuh dengan pengetahuan agama Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadat dengan senyum di hadapan isteri dan anak – anaknya.
No comments:
Post a Comment